..hakikat rijal..



Dunia semakin tenat...
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran...
Pulang membawa pesanan yang dikirim...
Umat masih tertinggung di tangga...
Dengan dua tangan bertupang dagu...
Mengintai andainya kelihatan...
Langkah pulang seorang rijal

********************

Kononnya "Menyeru ke arah kebaikan,Mencegah kemungkaran"
Mana kebaikan yang saya seru?
Mana kejahatan yang saya cegahkan?
Retorik semata-mata!

"Rijal"!!
Sekadar gelaran diri..
Menyedapkan hati..
Kononnya diri ini sudah menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim Sejati..
Amal kebaikan dibuat bekalan diri..
Qiamullail tak ketinggalan dalam hari-hari..
Quraan sudah puas di "hayati"..
Namun...
Pekerjaan "lagha" masih belum disinggirkan..
Kecintaan terhadap duniawi,masih belum dikikiskan..
Zina hati,masih belum diabaikan...

Hai Rijal..
Benar-benar ikhlaskah dikau?
Tuluskah dikau?
Betul-betul berkesedarankah dikau?




Hai Rijal,
Masih belum sedarkah dikau?
Masih belum terjumpa jalan pulangkah dikau?
Atau dikau masih terkontang-kanting memilih jalan hidupmu?
Duhai Rijal, Pulanglah...
Kembalilah kepada jalan yang satu Berdirilah kau di atas jalan yang lurus...
Tertegaklah kau di atas jalan-NYA...


"Tatkala dunia durjana menggelap dalam kehancuran
Allah menjemput hadirnya Dakwah dan Tarbiyyah dalam dirimu
Saat itu,umat jahil memanggil dan mencari kebenaran
Tatkala itulah wahai Rijal
Hadirmu ditengah umat sebagai cahaya
Langkahmu perlu diatur
Bicaramu perlu digubah
Amalmu perlu ditambah"



Sedarilah hai Rijal..
Jalan masih panjang...






...melangkah jauh...

********

Rakan-rakan yang melata di muka bumi, mengembara, dari Mesir hingga ke Amerika, demi masa depan Islam, ini dalam tabah saya cuba berkongsi.


Kisah orang-orang mengembara sudah terlalu biasa kita dengar.
Kita dengar orang mengembara melihat dunia, kita dengar orang mengembara menambah ilmu, kita dengar orang mengembara mencari rezeki.
Terselit di celah-celah liku pengembaraan mereka kisah-kisah keajaiban.
Dalam keadaan susah menemui jalan keluar.
Dalam keadaan terhimpit terbuka pintu yang luas.
Itu semua kisah-kisah.
Kita dengar, dan mungkin kita samada kagum seketika, atau mungkin juga kita menikmatinya, buat halwa telinga.
Tiba masanya, bila kita sendiri yang berkembara, berkelana di bumi orang, kita bakal tahu sendiri besar dalamnya makna kisah-kisah dalam kembara yang dulu sekadar angin lalu di telinga kita.
Susah dalam kisah bakal menjadi susah sebenar, yang sangat menguji.
Tabah dalam kisah bakal menjadi tabah sebenar, yang sangat membebani.
Mahu atau tidak, itu semua harus kita lalui.
Paling BESAR yang bakal diuji dalam kembara kita ialah prinsip kita.
Orang-orang Islam yang sebenar punya prinsip.
Dan prinsip ini bakal digoyang-goyang, dihempas-hempas, digoncang-goncang, hingga mungkin, bagi pengembara yang lemah, akan tercabut akar-akar prinsipnya.
Sedangkan kemenangan itu hanya bila kita THABAT (tetap teguh).
Kata Syed Qutb, 'Thabat Huwa Nasr'. Thabat itulah kemenangan.


Cumanya, penentu THABAT ini hanyalah Allah.
Allah yang menguji, dan Allah juga yang bakal memberi anugerah THABAT.
Doa dan sabar, itu ubatnya.
Dalam tabah ini saya berpesan, kepada diri saya, dan rakan-rakan lain yang sedang dalam kembara :
Biar senang biar susah, prinsip kita jangan goyah.
Jalan masih panjang.
"al-akh brat-mikrajovic"


*****