Kembara singkat

Di suatu masjid,lebih kurang jam 12.30 tghari.

"Assalamu'alaikum,pakcik..Pakcik AJK masjid ke?"

"Wa'alaikumussalam..Bukan,nak..kenapa?"

"Saya nak minta kebenaran daripada pihak pengurusan masjid,untuk tampal poster/iklan program untuk remaja..Mana boleh saya cari AJK masjid?"

"Ohh..pakcik ada kenal..Kejap ye,pakcik bawa kan kamu pada dia"

"Assalamu'alaikum,pakcik..pakcik AJK masjid?"

"Wa'alaikumussalam,ye..Ada apa?"

"Saya nak mohon kebenaran pakcik untuk tampal iklan program untuk remaja di papan kenyataan masjid..boleh?"

"Boleh..tapi,program apa?"

"program untuk budak2 lepasan SPM,Kem Lepasan SPM 2008..anjuran Persatuan Belia Islam Nasional"

"Owh!Belia Islam..boleh2..silakan..bila program tu?

"26-28 disember ni..sini ramai remaja?"

"boleh la tahan..insyaAllah ramai akan 'join'..belia Islam ye..(sambil melihat pada logo PEMBINA)..

"ye,pakcik..ok,pakcik..saya minta diri dulu..terima kasih banyak ye pakcik..Assalamua'alaikum..

"yelah..sama2..wa'alaikumussalam.."

saya melangkah sambil bertawakkal,moga ramai adik-adik yang akan turut serta..



*********

Dialog yang hampir sama di 10 masjid yang saya kunjungi.

Ya! pakcik-pakcik ini tampak bersemangat dan menyokong tatkala nama BELIA ISLAM diutarakan.Mungkin kerana mereka sedar remaja kini memerlukan bimbingan yang sepatutnya..atau mungkin juga terkejut+bersemangat kerana tidak menyangka masih ada lagi kumpulan remaja atau remaja-remaja yang berkesedaran dan mahu membimbing rakan-rakan mereka kembali ke Jalan Lurus..

Who knows?..Allahu a'lam..


"Setiap kebangkitan atau kejayaan sesebuah bangsa itu ada pasaknya.Dan setiap pasak/asas itu ada senjata rahsianya.dan Remaja atau Pemuda adalah senjata rahsia tersebut"..
lebih kurang begitulah tulisan ustaz Hasan al-Banna..

Relevan?
erm..cukup relevan rasanya..(ada yang rasa tidak?)..
ringkasannya :
1)senjata rosak = pemuda rosak/tersasar = bangsa binasa
2)senjata mantap = pemuda beriman* = bangsa berjaya!

*pengaruh iman dalam diri seseorang cukup hebat untuk memusnahkan angkatan tentera Amerika sekarang;fikiran,tubuh badan;rohani,jasmani;akademik,ko-kurikulum



Wahai angkatan pemuda, Sebenarnya kamu sekarang tidaklah begitu lemah berbanding dengan angkatan yang terdahulu dari kamu yang diberikan kemenangan oleh Allah hasil usaha mereka. Oleh itu janganlah kamu merasa hina, merasa lemah malah hendaklah kamu meletakkan di ruang matahati kamu akan firman Allah (Al-Imran:173):


الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Mereka berkata kepadanya: sesungguhnya orang ramai telah pun mengumpulkan tenaga terhadap kamu, hendaklah kamu merasa takut kepada mereka itu, tetapi mereka ini menjadi bertambah kuat imannya. Lalu mereka berkata memadailah Allah itu untuk kami dan Dialah sebaik-baik pengawal.

Tetapi yang kelihatan kuat dan bersemangatnya adalah si tua.. mana pergi si muda??musim cuti sekolah-kan..itulah sebabnya saya kurang gemar untuk ke Midvalley,KLCC,Times Square dan sebagainya,terutamanya musim cuti..bukan jumud atau kolot,tapi takut tak tertahan amarah melihat perlakuan 'rakan2' saya di sana.

Tunggulah..satu hari nanti..Azam saya,budak2 di sana akan saya 'gegarkan','rombak' kembali pemikiran mereka.

setiap perkara memerlukan strategi utntuk menjadikan ianya berjaya..itulah maksud saya..

AYUH!