KLS 08



Persatuan Belia Islam Nasional sekali lagi akan mengadakan KEM LEPASAN SPM bagi siri yang keempat.
Program yang bakal memberi seribu satu pendedahan kepada semua bakal penuntut di Universiti dalam dan luar negara, serta panduan dan perkongsian pengalaman daripada penuntut-penuntut dari pelbagai Universiti !
Program ini juga bakal memberi persediaan mental di samping ketenangan fizikal dengan pelbagai aktiviti dan games!



Sebenarnya cabaran yang paling besar bagi sesebuah bangsa yang ingin bangkit adalah penyediaan generasi baru. Oleh itu, generasi muda mesti disiapkan untuk menggalas beban yang besar, iaitu membawa bangsa ini ke puncak kejayaan. Mereka mesti dikejutkan daripada tidur mereka yang lama. Mereka mesti disedarkan tentang ancaman dan cabaran yang sedang melanda bangsa mereka, sama ada dari luar mahupun dalam. Mereka mesti diingatkan bahawa survival bangsa ini terletak di atas bahu mereka dan mereka akan ditanya di hadapan Allah yang Maha Agung tentang apa yang mereka usahakan....





*Buat sahabat2 dan sahabiah2 ana,bersama-sama kita menjayakan program ini.Pakat ramai-ramai hantar adik-adik ke kem ini.Untuk lanjutan,lawat laman ini, www.kemlepasanspm.blogspot.com.



Ambillah pengajaran bagi mereka yang mengetahui...