Cuti

Saya mengembara minggu ini..bersama keluarga..
Biasalah,ke Port Dickson.
Macam biasa juga-lah,kolam dan pantai jadi tarikan utamanya.
Tapi,mugkin berbeza sedikit suasananya,sebab musim cuti sekolah..barangkali.

Saya jadi teringat peristiwa pagi tadi.
Kami sekeluarga bangun awal,ada aktiviti sendiri.
Selepas solat subuh,kami turun ke 'court' futsal di tingkat 2.
Sekejap je bermain,dalam setengah jam (mungkin tak sampai).Kemudian,bergerak ke kolam.
Nak mandi cadangnya.
Tapi ditegur oleh 'guard' bertugas.
"Bang,baju tanggal ye"..
Saya hanya mampu tersenyum.
Adik saudara saya yang dah separuh kaki berada di dalam kolam,lantas naik semula ke tebing.Sambil tersengih.

Kami jadi teragak-agak,nak masuk ke tak nak.
Bukan tak boleh bukak,boleh je.
Tapi,zaman kecik-kecik dulu,boleh-lah kut.
Akhirnya,kami bercadang untuk tidak masuk.
Lama juga-lah kami duduk di situ,hampir setengah jam.

Saya kemudian beredar untuk bersarapan.
Sedang bersarapan,saudara mara saya yang lain muncul.
"tak boleh masuk kolam kalau pakai baju'
"ala,masuk je la masa dia tak ada"

Saya tersenyum.
Habis bersarapan,bergerak kembali ke kolam.
Boleh je masuk,'guard' tak ada,tapi saya sengaja tangguh.
Lebih selesa untuk memerhati gelagat-gelagat mereka dan tetamu-tetamu lain.
Lelaki perempuan bercampur,biasa-lah.

Tiba-tiba,seorang perempuan atau lebih tepatnya,budak datang menghampiri saya.
Perempuan!
Duduk berdekatan dengan saya.
Sengaja memandangnya,tapi kemudian dia membalas dan senyum.(Siap angkat kening lagi)
Saya diam,lantas pandang ke tempat lain.
Terasa agaknya,terus beredar.
Saya tidak memikirkan sangat tentang peristiwa tu,hinggalah dia cuba menegur saya buat kali kedua.Ketika itu,saya sedang mencapai bola,untuk dibaling pada saudara saya.

"Abang,baling kuat-kuat sikit"

Sengaja tidak mahu layan,saya menoleh ke tempat lain.
Biar dia fikir saya sombong,memang dah caranya tak betul.
Kemudian,dia tegur pula saudara saya,tanya nama.
Mulanya,saudara saya itu teragak-agak.Tapi akhirnya,dia membalas juga.
"Baru tingkatan 2 budak tu",beritahu saudara saya tu.

Tergelak saya memikirkan telatahnya.
Masih muda dan mentah,tapi dah 'pandai'.
Moga Allah beri hidayah padanya.
Saya nak tunggu esok,nak tengok telatahnya pada esok hari pula.

Di hari yang sama,waktu,tempat dan saat yang sama.
Isu baju tadi.
Akhirnya,'guard' tersebut melihat ketegasan kami,akhirnya membenarkan kami untuk mandi berbaju!
Walaupun sebelum-sebelum ini,kami ada juga curi-curi masuk kolam ketika dia tiada.
Biasa-lah,remaja.

Tapi,tuntasnya,jika kita ada pendirian,dan pendirian itu memang baik dan berbaloi untuk dipertahankan,pertahankan sehabis mampu.
Jangan hanya sebab yang begitu remeh,prinsip kita diabaikan,di beri kelonggaran.

Cukup-lah untuk malam ini.
Penat hari ini tak hilang lagi,tambahan nyamuk yang sangat banyak di lobi ni.
Berkorban untuk post ni.
Moga ada yang mengambil pengajaran.

Kalau saya berkemampuan lagi untuk menulis,nantikan-lah esok,lusa atau tulat.
Kembara percutian saya ini masih panjang.