Melihat dan Mentafsir


Parti HAMAS menang 63% dalam Pilihanraya Umum Palestin II pada 25/1/2006. Sejak itu rakyat dan para pengundi Palestin disekat bantuan kewangan dan makanan, diboikot politik, diserang dari udara, laut dan darat mengorbankan ribuan umatnyaKini masuk tahun ke 3. Namun wakil-wakil rakyat, para pengundi dan rakyatnya tidak berganjak dari pilihan mereka.
Melihat jerih-payah saudara-mara saya di Gaza mempertahankan 'akidah,agama dan negara,mengingatkan saya pada kata-kata Hasan al-Banna:
.
.
"Sesungguhnya Agama ini telah tertegak hasil jerih payah generasi-generasi terdahulu di atas tunggak-tunggak yang kukuh iaitu Iman kepada Allah, Zuhud dari keseronokan kehidupan yang fana ini dan mengutamakan Negeri yang kekal abadi, pengorbanan dengan darah, ruh, harta di jalan memenangkan Kebenaran, cinta mati di jalan Allah dan kesemua itu melalui petunjuk Al-Quran Al-Kareem.Maka oleh itu,di atas asas-asas ini jugalah kamu mesti mengasaskan kebangkitan kamu. Perbaikilah jiwa-jiwa kamu, fokus terhadap Dakwah kamu, pimpinlah umat ke arah Kebaikan. Allah bersama kamu dan sekali-kali Dia tidak mensia-siakan amal kamu.”
.
.
Seperti yang pernah saya kongsikan dahulu.
Allah jadikan turun naik sesuatu bangsa sebagai satu sunnatullah.
Allah pergilirkan waktu penguasaan antara umat-umat.
Jika sekarang yang berkuasa si Zalim, akan datang ia akan tumbang,dan si Adil akan naik pula. Benar, ini sunnatullah dari dahulu lagi.
Tapi kita juga belajar dari sejarah.
Kita memahami semua yang terjadi kerana sebab-sebab tertentu.
Ada sebab, dan ada musabab.
Begitu juga kebangkitan umat Islam. Jika tiada sebab yang melayakkan,dan masih banyak sebab penghalang, Allah sama sekali tidak akan membenarkan.
Makanya,dari tahu saya jadi faham.Saya faham prioriti tarbiyyah ummah dari yang lain dalam menegakkan Islam.
.
Jika di Kuala Terengganu,Kelantan,bulan mengambang penuh,cantik!
Sedang di Perak,bulan sedang ke'tenat'an.
Itulah dia,kehendak dan ketentuan Allah.
Kuantiti,sungguhpun besar dan memang mengagumkan,selamanya sia-sia,bila yang Allah mahu, selamanya,ialah kualiti.
.
.
Pendapat saya mungkin betul,mungkin salah.
Pendapat yang saya rasakan salah,boleh jadi ia betul.
Begitu juga pendapat yang saya rasakan betul,boleh jadi ianya salah.
Saya Lihat.Saya Tafsir.Saya Kongsi.
Moga ada yang mengambil pengajaran.