Kembalinya tokoh Islam

Siapakah penggantinya..?

Lubnan, 13 Jun - Ketua جبهة العمل الاسلامي yang juga mantan ahli parlimen Lubnan, Ustaz Dr Fathi Yakan diberitakan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya di sini hari ini.

Ustaz Dr. Fathi Yakan yang lahir pada tahun 1933 di Kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang tokoh penting bagi gerakan Islam di dunia Islam dan telah mengasaskan gerakan Islam di Lubnan pada sekitar 50-an.

Sepanjang hayatnya, beliau telah melahirkan sejumlah karya ulung,termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lain.

Ustaz Dr. Fathi Yakan telah menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak Sunni di Tripoli.Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta dalam Muktamar Islam Antarabangsa.

Beliau memainkan peranan besar di Lubnan bagi menyatukan dan menghindari perselisihan dalam kalangan rakyat Lubnan,terutama antara kekuatan golongan majoriti dan minoriti.

Innalillahi Wainna Ilaihi Roji'un

**************

Dari Allah kita 'datang',kepada Allah kita 'kembali'

Setiap yang hidup,pasti akan merasai kematian.

Dan berbekal-lah,maka sesungguhnya sebaik2 bekalan itu adalah Taqwa.

***********************

Tunduk mengerti dan menyedari,
Hidup ini tidak lama.

Al-Fatihah buat Ustaz.
Selamat tinggal dan selamat bertemu Rabb-mu yang abadi.
Moga ditempatkan dalam kalangan mereka yang Soleh.
Halalkan ilmu-mu padaku.
Syukran 'ala Kulli Hal.

Allah.Subhanallah.Astaghfirullah.
Al-Fatihah juga buat ikhwah Mesir yang ditimpa musibah.
Kemalangan.
1 Syahid.
2 Koma.
lain?