Wedding..!




Tahniah,Ustaz.
Moga hubungan yang diikat atas jalan Allah itu sentiasa dilimpahi dengan rahmat.



Hmm,tak berpeluang untuk hadir ke majlis pernikahan guru dan sahabat saya pada 25 Disember yang lepas.Mujur dia sudi melapangkan masa untuk berkongsi gambar 'Kenangan Terindahnya' dengan saya.
Terima kasih dan tahniah,Ustaz.


Dari anak murid,sahabatmu yang jauh,
Syed Anas
Pelajar Perubatan Azhar,Kaherah.


p/s : Ustaz,ana saja je buat formal2 sikit.ehe..jangan marah haa..:p

Nasionalisme

Saja berkongsi.
Saya melawat ke palestinkini.info tadi.Sempat jugalah meninggalkan beberapa ucapan di ShoutMix Chat yang disediakan.
Ada beberapa komen dari pembaca yang saya berminat untuk dikongsikan.
Seperti di bawah ini.


Petrenko i believe malaysia will be next palestine ... cause tolerate with non muslim ... i believe cause you economic , politic and social are so weak








2009-12-27 10:26 AM
 
# a



Guest ???!!! one reason why muslim weak cause nationalisme .... so just accept it








2009-12-25 4:04 PM
 
#





Sebagai reaksi atas komen2 tersebut,saya petik kata2 dari pakcik Hassan saya.







Palestinkini.info

Rakyat Palestin adalah umat yang dikepung di setiap sudut sempadan negara mereka dan hidup dalam serba kekurangan kerana sekatan yang dikenakan sejak mereka memilih HAMAS sebagai pemerintah yang sah dalam pilihanraya yang lalu. Sumber makanan, air, ubat-ubatan dan senjata adalah melalui terowong-terowong rahsia yang merupakan saluran hayat mereka. Berbekalkan sumber hidup yang terhad ini, rakyat Palestin masih mampu menggagalkan hasrat Yahudi dan musuh-musuh Islam yang lain daripada terus menjajah bumi Al-Aqsa.

Kini musuh-musuh Islam berusaha untuk meningkatkan penindasan terhadap umat Palestin dengan menyekat dan memusnahkan terowong-terowong rahsia bawah tanah yang menghubungkan Gaza dengan dunia luar. Kerajaan Mesir tunduk dengan arahan Zionis dan musuh-musuh Islam supaya membina tembok bawah tanah sedalam 18-30 meter di sempadan Gaza-Mesir bagi mengukuhkan lagi sekatan ke atas Palestin. 

Tidak cukup Tebing Barat di timur Palestin diasingkan daripada dunia luar melalui pembinaan Tembok Apartheid oleh kerajaan Israel, kini Semenanjung Gaza di barat Palestin pula akan diasingkan daripada dunia luar melalui pembinaan tembok pemisah bawah tanah oleh kerajaan Mesir sendiri. Tindakan-tindakan ini tidak lain bertujuan untuk melemahkan tekad umat Islam di Palestin dengan menghalang sebarang bantuan dan bekalan daripada sampai ke sana, supaya mereka akhirnya tunduk kepada kehendak Zionis dan musuh-musuh Islam.




Arghh!
Malu!
Marah!
Geram!


Aku yakin bantuan Allah itu akan sampai kepada mereka.
Aku yakin kemenangan itu tetap menjadi milik mereka.
Aku yakin mereka akan terus setia mempertahankan maruah diri,negara dan agama mereka.
Tapi,apakah aku harus terus membiarkan mereka?


Aku terkilan.
Dimana aku ketika mereka bergelut sendirian?
Dimana bantuan & doa yang patut ku kirimkan?
Bagaimanakah kelak aku di hadapan Allah Rabbul Jalil untuk memberi jawapan?


Aku sangat terkilan.
Kerana aku tinggal bersebelahan.
Tapi,tiada apa yang mampu ku berikan.


Syed Anas,bila-lah nak sedar..
Haish..!
Sekarang,insha Allah..!


Sedikit ulasan

Bismillah.
Ya Allah,jauhkan aku dari pengaruh yang tidak baik dalam menyampaikan agamaMu


Ringkas sahaja ulasan kali ini.
Rentetan dari pelbagai artikel dan komen yang ber'tsunami' di dalam blog2 tertentu.
Pada empunya blog (sekiranya terbaca artikel saya ini),saya memohon maaf.Ini hanya sebuah pendapat dan pandangan yang kerdil,mengikut apa yang selama ini saya faham dari al-Quran dan as-Sunnah.


Kepada sahabat yang kurang memahami situasinya,saya berikan sebuah cerita yang lain,yang berkait.


Pada suatu petang,sedang asyik bermain2 dengan laman Facebook,saya terlihat sebuah gambar yang sangat memeranjatkan.Gambar teman yang rata2 saya kenal,yang mempunyai latar belakang yang bagus,membuat sesuatu kemungkaran yang besar dan menayangkan pada khalayak umum.
Lantas,saya menyebarkan aktiviti2 mereka dan gambar2 mereka di dalam medan2 yang saya rasakan ramai orang akan mendapat manfaatnya,dengan niat yang baik untuk memberi pengajaran kepada masyarakat umum dan khususnya kepada si pendosa2.


Boleh faham kan?
Jadi,ulasan saya pada kali ini berkaitan dengan isu itu.
Bukan sikap si pendosa itu,tapi cara teguran itu disampaikan.





Sidang pembaca yang saya cintai kerana Allah.
Sesungguhnya itu merupakan keprihatinan seorang daie terhadap masyarakatnya dan kecintaannya untuk menyelamatkan mereka dari azab neraka,seperti ia menyelamatkan dirinya. Cintanya kepada mereka adalah seperti kecintaannya terhadap diri sendiri.


Alangkah besarnya keprihatinan seorang daie! Suasana ini seperti tidak pernah kita lihat melainkan dalam fenomena dakwah kepada Allah.Cuba kita perhatikan bagaimana Rasulullah dan Habin An-Najar,setelah kaumnya menentang dan memusuhinya,ia tidak berdendam,ia tidak berasa dengki dengan kekayan mereka dan ia tidak merasa sakit hati dengan penghinaan mereka.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 
“Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui.Apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan” (Yaasiin: 26-27)

Dia yang beriman dan berdakwah kepada Allah,dia akan mendapat apa yang dijanjikan oleh Allah kepadanya dalam syurga yang berupa keampunan dan kemuliaan.Dia memberi peringatan kepada kaumnya secara baik dan penuh kerelaan. Dia amat menginginkan sekiranya kaumnya boleh melihat kenikmatan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepadanya yang berupa keredhaan, kemuliaan,agar mereka dapat mengenal kebenaran dengan yakin dan bersedia memeluknya.

Ibnua Abbas mengatakan 
“Dia memberi peringatan kepada kaumnya ketika masih hidup dan memberi peringatan kepada kaumnya setelah ia mati.”

Abu Sa’ud mengatakan 
“Sesungguhnya dia berangan-angan agar kaumnya mengetahui keadaannya yang penuh kenikmatan agar mendorong mereka untuk memperolehi pahala,dan bertaubat dari kekufuran untuk menerima keimanan,sebagaimana sunnah para Nabi yang mengasihani musuh-musuhnya”.Demikianlah seorang mukmin yang mukhlis itu terus menerus berdakwah pada kaumnya dengan penuh kasih sayang dan lemah-lembut dan penuh prihatin.




Allahu A'lam.
Akui yang baik,Koreksi yang buruk.

Awal Muharram


1431H
Salam Maal Hijrah

Muhasabah 1430H
~Iman
~Amal
~Akhlak
~Pergaulan
~Pelajaran
~Kesihatan
~Kebajikan
~Kefahaman



Belajar dari Macrophage (Histeocytes)

بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله اوله واخره


Menarik tak tajuk artikel kali ini?
Sekadar mahu beringan-ringan setelah beberapa artikel yang berat.


Macrophage (Histeocytes).Ada sesetengah Profesor Doktor (Pensyarah) mengejanya dengan Histiocytes.Tidak penting pun ejaan nya,sebutan lebih kurang sahaja.Tapi,sengaja saya mengambil Histeocytes kerana guru saya mengajar demikian.Sengaja memuliakan ilmu guru saya.





Macrophage ini adalah salah satu sel (atau cell dalam bahasa Inggeris) yang membina Connective Tissue.Sekadar ilmu tambahan untuk sidang pembaca yang mengambil jurusan tidak berkait dengan sains dan sebagai ulang kaji untuk sidang pembaca yang mengambil sains,Connective Tissue ini berbeza dengan Tissue2 yang lain kerana ianya terdiri daripada Cells,Fibers dan Matrix.Dan Cell Macrophage atau Histeocytes,adalah antara cell utama dalam Connective Tissue.


Betulkan saya jika salah.Microphage ini dahulunya dispesifikasikan atau dikumpulankan dalam kumpulan Connective Tissue.Akan tetapi,dengan kecanggihan teknologi dan semangat manusia untuk mengkaji,Macrophage ini lantas ditemui sebagai salah satu sistem pertahanan dalam badan kita.Jadi,Histeocytes ini sekarang diklasifikasikan sebagai Phagocytic System.Disimpulkan,tugas Histeocytes adalah sebagai Phagocytosis dan Antigens presentation.
Dah habis rasanya mukaddimah untuk artikel ini.


Panjang jugak intro nya. =)
Sebab isi pentingnya,sedikit sahaja.
Saya diingatkan tentang sesuatu perkara hari ini.Yang kadang2,saya sendiri terlupa,walaupun sudah mengetahuinya.
Saya belajar dari cara Histeocytes ini bekerja.


Histeocytes fuse each other to form large multinucleated cell (Foreign Body Giant Cell) to engulf large foreign bodies.
Histeocytes ini akan bergabung sesama mereka untuk membentuk sebuah cell yang kuat,untuk melawan bendasing2 (yang tidak baik).


Pikirin2 ya,sahabat2 ku.
Allah kurniakan satu contoh yang terbaik buat hamba-NYA.
Usah lihat contoh yang jauh2,lihat sahaja pada sistem badan sendiri.
Kata Profesor saya,"Ini-lah yang perlu ada dalam setiap individu Muslim".
Sekadar sebuah Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dengan rakan2.
Akui yang Baik,Koreksi aja yang Buruknya.


Rujuk-lah pada laman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Histeocytes.

Buka minda sejenak




Bertahun-tahun lamanya kita dikhabarkan tentang penindasan rakyat Palestin.
Hanya beberapa bulan yang lepas,kesengsaraan saudara Islam di Ughyur kian disedari.
Dan cuma beberapa hari yang lepas,pengumuman kemungkinan pengharaman pembinaan menara masjid di Switzerland telah diputuskan oleh Majlis Eropah.
Terfikir sejenak di fikiran dan hati saya.Mampukah saya,sidang pembaca,mahupun barisan pimpinan negara,menjamin keamanan dan kemakmuran negara kita,Malaysia untuk 50 tahun yang akan datang?
Saya jadi terpaku,terdiam sejenak.







Khabar dari saudara saya,masjid Al-Mukarramah,Bandar Sri Damansara sudah kian dinafikan haknya.Penduduk kelilingnya yang majoriti terdiri daripada kaum Cina mula mencari inisiatif supaya masjid itu di'hapuskan'.Antara aduan mereka,azan subuh mengganggu tidur mereka.
Beberapa ketika dahulu,ada juga kedengaran rungutan daripada non-muslim tentang speaker masjid yang mengganggu ketenteraman penduduk.


Seorang penulis artikel, Ibrahim Isa, menulis di kolumnya di akhbar harian Ad-Dustur (Edisi 6 Disember 2009) tentang isu pembinaan menara masjid di Switzerland. Antara persoalan yang dilontarkan beliau ialah : "Adakah terdapat mana-mana dalil atau arahan dari Al-Quran atau As-Sunnah bahawa setiap masjid perlu mempunyai menara?" "Adakah penggunaan mikrofon merupakan syarat sah solat?"
Dan juga persoalan ini : "Mengapa larangan pembinaan menara gereja di Mesir tidak ditentang masyarakat sebagaimana penentangan ke atas larangan pembinaan menara masjid di Switzerland?"

Mari,kita duduk sebentar.Bertenang dan berfikir sejenak,melalui akal dan mata hati serta iman.

Bukan isu menara,speaker mahupun mikrofon itu yang patut menjadi kebimbangan saya dan seluruh umat Islam di dunia.Apa yang patut dan perlu dibimbangkan ialah,apakah yang bakal berlaku selepas ini..?Bagaimana pula cara kita mencegahnya?

kata kuncinya;
PERPADUAN & KESATUAN UMMAH

Ruang lingkup perbincangan saya hanyalah khusus untuk negara tercinta,Malaysia.
Keberadaan saya di luar negara,sedikit sebanyak menyebabkan saya kurang mengetahui masalah negara dan isu semasa yang berlaku di sana.
Namun begitu,sempat juga saya untuk membuka laman2 berita,memilih isu2 yang dirasakan menarik.Betulkan saya jika saya salah,isu yang sedang hangat di Malaysia sekarang adalah isu doa Tuan Guru Nik Aziz.Betul?
Dan sebelum keberangkatan saya ke sini,pelbagai isu telah saya dengar,amati dan akhirnya saya simpulkan,apa yang bakal berlaku ialah,Malaysia berpotensi besar untuk dijajah buat kali kedua!
Boleh jadi dalam tempoh lebih kurang 10 tahun akan datang.

Sesama Islam,kita membenci,mengutuk dan menghina.Jujurnya,umat Islam di Malaysia kurang kesatuan,kurang perpaduan.Bahkan mungkin disedari sendiri oleh para pemikir Islam di seluruh dunia.Sedangkan kita adalah bersaudara,meskipun memiliki ideologi,pemikiran dan pemahaman politik yang berbeza.

Sengaja saya membincangkan hal ini,khusus untuk rakan saya yang bertanya.
Beliau meminta pandangan saya mengenai mereka yang berdemonstrasi membantah tindakan atau doa Tuan Guru Nik Aziz terhadap kepimpinan kerajaan.
Tentunya tindakan Tuan Guru Nik Aziz itu mempunyai hujahnya yang tersendiri,yang berkemungkinan tidak difahami oleh mereka yang biasa (sokong Tuan Guru hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan),khususnya mereka yang pro-kerajaan.Lantas,yang tidak memahami khususnya di pihak satu lagi turun menyatakan bantahan mereka,kerana secara fitrahnya,manusia mana yang tidak terasa apabila diri mereka didoakan binasa.
Cumanya,saya mahu mengajak seluruh sidang pembaca ber'ihsan' dalam setiap tindak-tanduk kita.Memandang muslim yang lain dengan penuh kasih sayang.Menghormati muslim yang lain,walaupun mereka mempunyai pemahaman yang sedikit berbeza dengan kita.Semuanya kerana merasakan Allah melihat setiap tingkah laku kita.
Apakah bezanya mereka yang menghina dan mencaci kita sekiranya kita turut membalas hinaan dan caci makian yang dilemparkan?

Kita adalah Islam.Kita adalah Melayu.
Saya berbangga dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa Melayu,yang sedari kecil dididik dengan adat2 orang Melayu yang merupakan adab2 dalam Islam.Saya berbangga kerana apabila disebut sahaja bangsa Melayu,orang akan terbayang segala yang baik2.Saya sangat berbangga apabila bangsa Melayu adalah bangsa yang kuat berpegang pada ajaran Islam.Dan pada hari ini,saya merasakan yang saya mempunyai sifat Asobiyyah terhadap bangsa saya,bangsa Melayu.
Ya,Asobiyyah!Sifat Asobiyyah yang disarankan oleh Rasulullah.

حدثني علي بن حمشاد العدل ، أنبأ أبو مسلم إبراهيم بن عبد الله ، أن معقل بن مالك حدثهم قال :
ثنا الهيثم بن حماد ، عن ثابت ، عن أنس رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
” حب العرب إيمان وبغضهم نفاق “.

Ringkasannya:
Rasulullah s.a.w. bersabda (dengan sanad yang disebutkan): “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan..”
Imam Al-Hakim berkata:
هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه
Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.


Justeru,mengapa perlu kita bergaduh sedangkan terbentang pelbagai cara untuk mengatasi pergeseran.
Kerana kelak,yang ruginya adalah kita sendiri.Bercakaran sesama puak,lantas puak yang lain mengambil kesempatan.
Saya berkata demikian kerana majoritinya umat Melayu di Malaysia adalah beragama Islam.Dan dipandangan saya,Islam ini bakal lebih mudah ditegakkan dengan bersatunya seluruh umat Melayu di Malaysia.Bersatunya umat Islam di Malaysia kerana masing2 memiliki sikap Asobiyyah terhadap bangsa dan agama mereka yang satu.







Tulisan saya ini bukan dan tidak pernah terlintas untuk menyalahkan mana2 pejuang yang bercita2 untuk memakmurkan Malaysia dengan syi'ar Allah.Cuma mahu membuka mata semua rakan2 yang membaca,bahawasanya tindak tanduk kita pada hari ini memberi kesan pada generasi akan datang.


Usah merasa selesa dengan kemakmuran yang sedikit dan baru seketika di negara kita sedangkan tamadun Islam Turki Uthmaniyyah yang bertapak selama lebih 300 tahun di muka bumi ini,akhirnya jatuh dan tumbang di tangan kafir laknatullah.
Segalanya impak dari perpaduan dan kesatuan umat Islam,yang lahir dari sikap Asobiyyah.


Sebagai pengakhirannya,saya memetik ulasan Ibnu Khaldun mengenai Asobiyyah yang saya sebutkan :



” Keadaan kerajaan dan negara yang mantap dan kuat tidak akan dapat digoyang dan diruntuhkan binaannya kecuali dengan satu tuntutan yang kuat yang disokong oleh asobiyyah kabilah dan kaum”.


Oh ya!
Baru2 ini,Mufti KL bertandang ke Rumah Anak  Negeri KL di Hayyu Sabie'.
Beliau ada mengulas tentang Asobiyyah ini.Rujuk sini

Do we mind?



09 Disember 1987
Ulangtahun Intifadhah Palestin yang Pertama

"Ayuh,goncangkan,sedarkan hati-hati umat Islam!"

Ada apa pada blog?

Saya pernah menyiarkan berita ini :


Abdel Moneim Mahmoud, 28, has been arrested and harassed by Egyptian authorities several times in connection with his blog promoting the Muslim Brotherhood, a powerful Sunni Islamist opposition group. Because he uses Blogspot, the U.S.-based weblog platform, the Egyptian government hasn"t been able to block his blog without banning the site altogether."They threatened, "If you don"t stop blogging, we will arrest you" every month," Mahmoud said. "Police officers ask about specific things on our blogs when they call us in for investigation. They use IP-address tracking to find out who is writing which blog."

Masih ingat?
Rasa-rasanya tidak sukar untuk difahami bukan?
Yang menariknya di situ ialah kehebatan peranan blog di Timur Tengah,tempat saya berpijak sekarang.
Memang sangat mengancam kedudukan pemerintah-pemerintah zalim di sini.
Di Malaysia,belum sampai ke situ kematangan kita.Asas pun belum cukup kukuh. Satu masa nanti kita akan perlu lebih ramai blogger seperti Abdel Moneim Mahmoud.Tentu sekali.

Sengaja saya mengulang siarkan berita ini.
Kerana ramai dalam kalangan sahabat2 saya yang hairan dengan blogger-blogger.
"Nak buat apa blogging,apa faedah,membazir masa dll".
Akh,ini-lah sebabnya..Sekadar memberitahu,untuk difikirkan bersama.

Oh, kalau nak tahu, blognya ialah http://www.ana-ikhwan.blogspot.com/
Dari situ juga-lah lahirnya nama blog saya,'AnaIkhwan'.
Moga saya mampu menjadi seperti dia.Bukan sekarang tentunya,akan datang Insha Allah.

Allahu Akbar. Hasbunallah wa ni'mal wakiil.

Ikhwah,saya kembali.

Innalhamdalillah.Thummalhamdulillah.
Insha a Allah,ini adalah permulaan.
Setelah sekian lama menyepi tanpa tanda.
Saya kembali.

Terlalu lama hidup senang,akhirnya menyebabkan kita lalai.
Alhamdulillah,Allah menjadikan Mukmin ini bersaudara.
Saling menjaga,menasihat.
Agar kembali ke medan dan terus thabat.

Insha a Allah!