Medic@Cairo


Satu lagi generasi telah berangkat.
Kami iringkan doa ...dan harapan. InsyaAllah.
Ukhwah Fillah,Abadan abada!
(11.59mlm,06/10/2008)


Antum al-awwalun, wa nahnu laahiqun, InsyaAllah


- - Hilmi,Suhaib,Engku,Muhammad,Syafiq,Amirul,dan lain-lain - -

Bangkit Dari Futur Yang Panjang



Jalan ini,yang kita pilih adalah jalan yang panjang,tersangat lama,
Jalan yang kita lalui adalah jalan yang penuh liku,perit dan duka,
Andai diri tidak ikhlas dan tidak sesabar mana,
Silakan,Ahlan untuk memilih jalan yang anda suka.

Seruan kita mengajak manusia,
Mengharap hanya pada Yang Maha Esa,
Ingatlah,bukan sia-sia,
Janji Allah pasti tiba,
Islam diangkat,dijulang di dunia.


Hai puak penentang laknatullah,
Nantikanlah sunnatullah,
Diri ini akan setia bersama panji Allah,
Takkan berhenti sehingga tertegakknya Daulah,
Atau syahid fisabillah..Allah!


4 syawal 1429

Di Kala Syawal


“Hiduplah sesuka hatimu, tapi ingat kau akan mati. Cintailah sesiapa sahaja sepuas hatimu,tapi ingat kau pasti akan berpisah. Lakukanlah apa sahaja yang kau mahu,tapi ingat kau akan dibalas dengan yang selayaknya”

*************

Redup mata merenung ke arah lautan pasir nan meluas. Nun kelihatan di sana dua buah bukit yang memayungi sebuah lembah yang subur.
Baginda melihat suatu peluang yang tampaknya cerah.

Mungkin inilah saat yang dinantikan oleh mereka yang 'selamat'.

Barangkali destinasi ini bakal mengurai seksaan yang tidak pernah kunjung lepas dari pundak mereka.



Kaum Penentang makin mengganas dan makin liar dalam usaha menghancurkan Dinullah.
Agama Allah ini perlu diselamatkan.Jalannya, hijrah.

Hendak diperangi, bilangan masih sedikit.

Hendak kata tidak berani,ramai sudah yang bersiap-siaga untuk menghayun senjata.

Namun, perintah Penguasa tetap dijunjung agung.

Pemimpin ditaati sepenuhnya.

Mungkin ini belum masanya lagi.....

DI KALA BULAN SYAWAL,lebih 1400 tahun yang lampau..

Kaki di langkah ke arah bumi Taif,ditemani Zaid Bin Harithah.Kedua-duanya berjalan dengan hati yang penuh pengharapan.Tidak alpa kepada peluang yang ada,baginda menyeru kabilah yang disinggahi dan dilewati dalam perjalan ke Taif. Namun,tiada yang menyambut baik seruan baginda.Semuanya ditolak mentah-mentah.Tanpa kecewa,langkah baru terus diatur,menuju ke destinasi yang utama.


Muhammad s.a.w mendampingi tiga beradik dari pimpinan bani Thaqif;Abdul Yalii, Mas’ud dan Habib,yang semuanya adalah anak kepada Umair al-Thaqafi.

Sedih,amat sedih sekali.Jawapan yang selama ini dinanti tidak seindah yang diharapkan, sebaliknya menjadi tamparan hebat kepada usahanya.

Bagi manusia biasa,sangat pedih untuk menerima jawapan yang sebegitu.

Namun kerana dia itu kekasih sang Penguasa,Allah Rabbul Jalil,baginda mampu menghadapinya dengan penuh ketenangan sekelumit rasa marah,kesal apatah lagi kecewa.



“Allah telah mengoyakkan tirai Kaabah jika engkau diutus sebagai nabi”,

“Tak ada orang lainkah untuk diutus oleh Allah selain engkau”

“Demi Allah aku tak hendak bercakap dengan engkau, sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih berbahaya untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta, maka tidak seharusnya bagiku menjawab persoalan itu.”



Pelbagai caci makian yang lain diterima.Lantas Baginda dengan tenang bangkit dan meminta jasa mereka supaya tidak menghebohkan perbincangan itu.



Selama 10 hari lamanya baginda menyeru penduduk Thaif untuk bertuhankan Allah yang Esa. Hasilnya memang menghampakan.Tiada seorang pembesar pun yang berjaya didakwah,sebaliknya mereka memperguna golongan yang lemah, amba-hamba dan orang yang kurang akalnya untuk memaki hamun Rasulullah s.a.w.Diperintah untuk berbaris di sepanjang jalan keluar Thaif dengan arahan untuk menghujani baginda dengan batu-batu.

Lontaran demi lontarann.Lantas Zaid membentengkan badannya untuk melindungi Rasulullah. Namun baginda merana luka yang teruk sehingga darah melumuri kasut baginda.Hujanan batu tidak berhenti sehinggalah baginda berjaya berlindung di tepi tembok kepunyaan Utbah dan Syaibah,anak-anak lelaki Rabi’ah yang jaraknya 3 batu dari Taif. Setelah berlindung di situ, akhirnya golongan budak nakal dan hamba tadi berpatah balik.

Baginda bersandar di bawah pohon anggur dan berdoa munajat kepada Allah.Tertera rasa duka baginda dan rasa kesal kerana tiada siapa yang menyahut seruan dakwahnya:


“Tuhanku kepada Dikau aku mengadu hal keletihan tenagaku,kekurangan helahku,kehinaanku di hadapan manusia,wahai Maha Penyayang Lagi Belas kasihan.Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif.Dikaulah Tuhanku,kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah?Apakah kepada orang yang jauh membenci daku,atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku,tidaklah kupeduli,namun afiat dari-Mu lebih luas bagiku.Aku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan,dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik,aku berlindung denganMu dari turunnya ke atasku kemurkaan-Mu,bagi Kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaan-Mu,tiada daya dan upaya kecuali daripada-Mu,Ya Tuhan.”

Setelah diperhati oleh adik-beradik Rabi’ah,timbul rasa belas mereka lalu menyuruh seorang budak suruhan,Addas yang beragama Nasrani:

“Ambil segugus anggur dan berikan kepada orang itu.”



Apabila baginda menerimanya, baginda membaca ‘Bismillah’ lalu makan.
Addas tercengang mendengar kalimah yang asing baginya.Tidak pernak disebut oleh penduduk kampung itu.Terbit rasa ingin tahu dalam dirinya,lalu dia berkata:

“Saya berasal dari agama Nasrani dari kampung Ninawa.”



Rasulullah s.a.w membalas:
“Dari kampung lelaki soleh, Yunus Bin Matta itu?Beliau adalah saudara saya.Beliau adalah nabi dan aku juga adalah nabi.”

Mendengar kenyataan yang amat benar itu,Addas pun memeluk kepala Rasulullah s.a.w dan mencium kedua-dua tangan dan kakinya.
Tatkala anak-anak Rabi’ah melihat perlakuan hamba mereka,mereka berkata:


“Nampak gayanya Addas telah dirosakkan.”

Apabila Addas pulang kepada mereka,mereka pun bertanya:

“Rosakkah engkau? Apa itu?”

Addas menjawab bahawa tidak di atas muka bumi insan yang sebaik Rasulullah s.a.w.

Baginda telah menceritakan hal-hal yang tidak diketahui orang kecuali barisan golongan nabi. Anak-anak Rabi’ah menjawab bahawa:

“Jangan sampai kau keluar dari agama nenek moyangmu yang lebih baik dari agamanya.”

Setelah itu,baginda berangkat pulang ke Mekah diselubungi perasaan duka.Setibanya baginda di perkampungan Qarn al-Manazil, Allah mengutus Jibrail a.s. bersama-sama malaikat penguasa gunung-ganang untuk mendapat perintah baginda untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit Al-Akhsyabain.*

(Hadith riwayat oleh Urwah Ibn Zubair bahawasanya,Aishah r.a berkata)


Jawab Rasulullah:

"....apa yang aku harapkan ialah agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun."


Setelah hampir sampai ke Mekah, Zaid bertanya kepada Rasulullah, bagaimana baginda hendak masuk ke dalam Mekah.

Baginda lalu menjawab:


“Wahai Zaid, sesungguhnya Allah (s.w.t) telahpun memberi pertolongan dan jalan keluar, maka sesungguhnya Allah jualah menolong agama-Nya dan membantu nabi-Nya.”

Mereka meneruskan perjalanan sehingga hampir sampai ke Mekah,singgah dan tinggal di Hira’dan baginda menghantar utusan untuk memperoleh perlindungan (suaka).

Baginda menghantar utusan kepada kabilah Khuza’ah untuk menemui al-Akhnas bin Syuraiq tetapi ditolak kerana bersekutu dengan puak laknatullah.Baginda mengutus pula kepada Suhail bin ,juga ditolak.Diutus pula kepada Mut’am bin ‘Adi dan beliau,sanggup memberi suaka.

Lalu diperintahkan kaumnya bersiap sedia menggalas senjata untuk melindungi Rasulullah s.a.w.


Baginda lalu masuk ke dalam Mekah dan solat sunat secara berjemaah di satu sudut Hajar Aswad lalu baginda pun beredar ke rumahnya.

Pulangnya baginda bukan untuk membawa parut luka yang berbekas di jasad dan jiwa, sebaliknya baginda terus berusaha keras untuk menyampaikan risalah agung.

Moral Cerita

Suatu ujian yang berjaya dilepasi bakal menjadikan seseorang itu bertambah matang dan kental dalam menghadapi cabaran-cabaran dakwah terutamanya mereka yang mempunyai fikrah Islam.Ujian sememangnya dijadikan sebagai kayu pengukur iman kita