Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Tuning PointSuatu ketika. Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,dia bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangian. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau busuk dan hanyir ikan di dalam masjid. Keadaan yang kurang selesa dan enak itu berlanjutan hingga beberapa lama dan makin lama,makin kuat baunya.Hinggalah akhirnya muncul seorang lelaki memasuki saf untuk menunaikan solat di sebelah saya.Bersama bau yang menyengat!Lelaki arab 40-an,berkerja menjual ikan di kedai berdekatan. Fikirannya langsung jadi tidak selesa,rimas dan hilang fokus. Badannya jadi terhuyung-hayang.Cari jalan menjauhkan diri. Nafas tercungap-cungap menahan derita. Nilaian Allah pada keTAQWAan. Secara tiba-tiba,dia teringat sewaktu sembang-sembang bersama seorang Akh. "Anta biasa sembahyang sebelah pakcik arab yang pakaiannya compang camping,berbau?Apa perasaan dan pendapat anta?".Tanpa sempat menjawab,akh tersebut terus menyambung, "mesti anta tak selesa,nak duduk jauh dari dia.Betul?.Kalau anta rasa macam tu,elok anta muhasabah hati.Sekurang-kurangnya arab yang busuk tu solat berjemaah di masjid pada waktunya.Anta tengok masyarakat kita,berapa ramai yang wangi-wangi,tapi ke mana?Busuk sikit,dah tak nak solat kat masjid,takut orang kata macam-macam.Kita lupa,nilaian Allah adalah pada ketaqwaan,bukan luaran kita." Benar. Saat itu,imam membaca ayat 13 dari surah al-Hujurat. Wahai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,dan Kami jadikan kamu dari pelbagai bangsa dan bersuku-suku untuk kamu saling berkenalan.Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah dalam kalangan kamu ialah (orang yang paling tinggi) ketaqwaannya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Insaf. AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |