Cuti

Saya mengembara minggu ini..bersama keluarga..
Biasalah,ke Port Dickson.
Macam biasa juga-lah,kolam dan pantai jadi tarikan utamanya.
Tapi,mugkin berbeza sedikit suasananya,sebab musim cuti sekolah..barangkali.

Saya jadi teringat peristiwa pagi tadi.
Kami sekeluarga bangun awal,ada aktiviti sendiri.
Selepas solat subuh,kami turun ke 'court' futsal di tingkat 2.
Sekejap je bermain,dalam setengah jam (mungkin tak sampai).Kemudian,bergerak ke kolam.
Nak mandi cadangnya.
Tapi ditegur oleh 'guard' bertugas.
"Bang,baju tanggal ye"..
Saya hanya mampu tersenyum.
Adik saudara saya yang dah separuh kaki berada di dalam kolam,lantas naik semula ke tebing.Sambil tersengih.

Kami jadi teragak-agak,nak masuk ke tak nak.
Bukan tak boleh bukak,boleh je.
Tapi,zaman kecik-kecik dulu,boleh-lah kut.
Akhirnya,kami bercadang untuk tidak masuk.
Lama juga-lah kami duduk di situ,hampir setengah jam.

Saya kemudian beredar untuk bersarapan.
Sedang bersarapan,saudara mara saya yang lain muncul.
"tak boleh masuk kolam kalau pakai baju'
"ala,masuk je la masa dia tak ada"

Saya tersenyum.
Habis bersarapan,bergerak kembali ke kolam.
Boleh je masuk,'guard' tak ada,tapi saya sengaja tangguh.
Lebih selesa untuk memerhati gelagat-gelagat mereka dan tetamu-tetamu lain.
Lelaki perempuan bercampur,biasa-lah.

Tiba-tiba,seorang perempuan atau lebih tepatnya,budak datang menghampiri saya.
Perempuan!
Duduk berdekatan dengan saya.
Sengaja memandangnya,tapi kemudian dia membalas dan senyum.(Siap angkat kening lagi)
Saya diam,lantas pandang ke tempat lain.
Terasa agaknya,terus beredar.
Saya tidak memikirkan sangat tentang peristiwa tu,hinggalah dia cuba menegur saya buat kali kedua.Ketika itu,saya sedang mencapai bola,untuk dibaling pada saudara saya.

"Abang,baling kuat-kuat sikit"

Sengaja tidak mahu layan,saya menoleh ke tempat lain.
Biar dia fikir saya sombong,memang dah caranya tak betul.
Kemudian,dia tegur pula saudara saya,tanya nama.
Mulanya,saudara saya itu teragak-agak.Tapi akhirnya,dia membalas juga.
"Baru tingkatan 2 budak tu",beritahu saudara saya tu.

Tergelak saya memikirkan telatahnya.
Masih muda dan mentah,tapi dah 'pandai'.
Moga Allah beri hidayah padanya.
Saya nak tunggu esok,nak tengok telatahnya pada esok hari pula.

Di hari yang sama,waktu,tempat dan saat yang sama.
Isu baju tadi.
Akhirnya,'guard' tersebut melihat ketegasan kami,akhirnya membenarkan kami untuk mandi berbaju!
Walaupun sebelum-sebelum ini,kami ada juga curi-curi masuk kolam ketika dia tiada.
Biasa-lah,remaja.

Tapi,tuntasnya,jika kita ada pendirian,dan pendirian itu memang baik dan berbaloi untuk dipertahankan,pertahankan sehabis mampu.
Jangan hanya sebab yang begitu remeh,prinsip kita diabaikan,di beri kelonggaran.

Cukup-lah untuk malam ini.
Penat hari ini tak hilang lagi,tambahan nyamuk yang sangat banyak di lobi ni.
Berkorban untuk post ni.
Moga ada yang mengambil pengajaran.

Kalau saya berkemampuan lagi untuk menulis,nantikan-lah esok,lusa atau tulat.
Kembara percutian saya ini masih panjang.

koreksi diri

Andai kata diterima,sematkan kesetiaan.Tak kisah-lah setahun
ke,dua tahun ke atau tiga tahun dan selanjutnya.Jarak masa tu memang
lama.

Muslimah Idaman
Ana,

Cintanya,bukan cinta biasa.

Cintanya kepada Allah,adalah segalanya,

Cintanya kepada Rasulullah,itu yang utama,

Cintanya kepada Dakwah,itulah tujuan hidupnya,

Cintanya kepada saya,teman dakwah dalam hidupnya.

Aku ingin hati yang bersih.

Yang Jujur apabila berbicara,

Yang Ikhlas apabila membantu,

Yang Kuat apabila difitnah,

Yang Tabah apabila diuji,

Yang sentiasa Bersyukur apabila disakiti,

Yang tetap Gembira apabila dikhianati,

Yang tetap Ceria apabila dibenci.

Aku ingin hati yang bersih.

Yang berasa 'Aib apabila menghina,

Yang berasa Hina apabila meminta,

Yang Insaf apabila terleka,

Yang menangis apabila menyakiti,

Yang Sugul apabila membenci,

Yang Malu apabila dipuji,

Yang Tawadhu' apabila dikasihi.

Khas buat diriku.

Keinginan yang banyak,tidak akan sesekali Allah
tunaikan..

Tanpa usaha,tentunya.

Kejayaan,

Allah tak kan beri bergolek..

Tanpa ujian.

Berusahalah bermula dari sekarang.

Terima kasih sahabat,atas nasihat.

Terima kasih ya Allah,atas kurniaan Sahabat.

Coretan hari minggu

Lenguh-lenguh badannya hari ni.
Tapi,itu tak terasa sangat baginya.
Dia punya sahabat baru hari ni..Sahabat-sahabat,lagi tepat!

******

Pagi itu,dia bangun awal.Ada temu janji..
Entah macam mana,lepas subuh,terlelap semula..Keletihan,tidur lewat semalam.
Sedar-sedar,jam hampir pukul 8.00pagi..Sedang temu janjinya pukul 8.15 pagi..

Aduh!

Mahu saja dia 'pukul' dirinya..Orang yang beriman tak patut ingkar janji!
Bergegas die ke bilik air,mandi dan bersiap diri.
Capai kasut dan stokin,terus meluru ke kereta.
Target: UIAM Gombak.

Suhaib sudah lama menunggu.Dia gerak dulu,sms nya..Dah sampai,beritahu dia..
Hati kecilnya betul-betul menyesal..Segera mahu memohon maaf bila berjumpa nanti.
Dia tiba di UIAM dalam jam 8.45 pagi.Huh!Lewat sungguh!
Segera dia 'sms' Suhaib.5minit kemudian,Suhaib tiba dengan beberapa orang rakannya.
Terpancar senyumannya dari dalam kereta,tidak ada langung tanda-tanda kemarahan!
Lega sedikit hatinya...Tak marah..

"Ok,yang baru sampai,'warm-up'..Pusing padang satu 'round'.."

Dia terasa ganjal pusing padang berseorangan,hinggalah dia terserempak dengan kawan lamanya,di pusat pengajian dulu..
Alhamdulillah,Selamat!
Add Image
"Kita mula main sekarang"..


Ini-lah janji temunya hari ini..Riadhah..bersama-sama bakal rakan-rakan yang dia sendiri tak kenal..
Ada yang tua,yang muda pun ada..Sebaya adiknya,tingkatan dua.
Nak berkenalan,tak sempat pula..dah mula bermain..(siapa suruh datang lewat!)

Sedang bermain,'partner' nya dalam posisi bola datang mendekat..
Memberi salam lantas bertanya nama..Takut panggil nama yang bukan-bukan,katanya..
Allah!..Mulia sungguh hatinya..
Terasa seronok bermain dengan mereka,walaupun tak pernah kenal.

Selesai bermain,ada 'warming-down' sikit..Abang-abang yang 'conduct'..
Penuh gelak ketawa!
selesai...Ada juga pengisian sedikit,tazkirah..
Masa tu-lah dia berkesempatan untuk berkenalan dengan 'rakan-rakannya'.
Mesra..macam dah lama kenal..

Indahnya ukhwah bila segala-galanya kerana Allah!

Dalam kereta,dia termenung sebentar..
Disebalik kebahagian yang dirasa hari ini,hatinya tiba-tiba bertanya..
Mana nak cari umat-umat Islam yang seperti ini?
Umat-umat yang seperti zaman nabi.
Bukan hanya kuat pada pegangan agama,menyebarkan risalah.Tapi juga pada jasmani.
Memang ada,tapi jumlahnya?

Sudah berkurangan..
Yang berpangkat 'ustaz-ustaz',yang muda-muda khususnya,kebanyakannya lebih gemar duduk di masjid,memberi ceramah dan tazkirah.Jarang ada yang turut sama bermain bola dan bersukan bersama remaja-remaja.

Yang remaja,sesetengahnya memang 'fit' badannya..Tapi,solatnya entah ke mana.Pergaulannya tak dijaga.

Di mana peranan dia,sebagai seorang muslim yang memahami erti kehidupan?
Masanya untuk dia bermuhasabah..
Bukan hanya memikirkan soal 'selamat sendiri-sendiri'.
Ya!Langkahnya perlu dirombak..

Bismillah..Terus jalan..



Ceria...!


Ceria - Alarm Me
Pabila ku teringat saat kita bersama
Pelbagai kenangan nan indah menjelma
Kisah suka dan duka
Kita harungi semua
Mengajar kita erti dewasa
Ketika ku berduka
Kaulah penawarnya
Saat ku perlukanmu kau hulurkan
Bantuan tanpa dipinta
Pelangi di awan tinggi
Hujan turun membasahi bumi
Bias cahaynya warna-warna ceria
Mulakan hidup gembira
Usahlah kau berduka
Hilangkan keresahan di jiwa
Lupakan kisah yang lalu
Kita bina hidup baru
Hadirlah ketenangan di kalbu
(ringkas je lirik nya..tapi bermakna buat mereka yang mahu berfikir)

Would you jump into the Hell?



NO! Don’t close it. Read till the end...
When you break her heart - [ the pain NEVER really goes away ]
When she misses you - [ she's hurting inside ]
When she says its over - [ she STILL wants you to be hers ]
When she re-posts this bulletin - [ she wants you to read it ]
When she walks away from you mad - [ Follow her]
When she stare's at your mouth - [ Kiss her ]
When she pushes you or hit's you - [ Grab her and don’t let go ]
When she starts cursing at you - [ Kiss her and tell her you love her ]
When she ignores you - [ Give her your attention]
When she pulls away - [ Pull her back ]
When you see her at her worst - [ Tell her she's beautiful ]
When you see her start crying - [Just hold her and don’t say a word ]
When you see her walking - [ Sneak up and hug her waist from behind ]
When she's scared - [ Protect her ]
When she lays her head on your shoulder - [ Tilt her head up and kiss her ]
When she steals your favorite hat - [ Let her keep it and sleep with it for a night]
When she teases you - [ Tease her back and make her laugh ]
When she doesn’t answer for a long time - [ reassure her that everything is okay ]
When she looks at you with doubt - [ Back yourself up with the TRUTH]
When she says that she likes you - [ she really does more than you could understand ]
When she grabs at your hands - [ Hold hers and play with her fingers ]
When she bumps into you - [ bump into her back and make her laugh ]
When she tells you a secret - [ keep it safe and untold ]
When she looks at you in your eyes - [ don’t look away until she does ]
-DON'T let her have the last word
-DON'T call her hot, but gorgeous or beautiful is soo much better
- Say you love her more than she could ever love you
- When she's mad hug her tight and don't let go
- When she says she's OK don’t believe it, talk with her
- because 10 yrs later she'll remember you
- Call her at 12:00am on her birthday to tell her you love her
- Call her before you sleep and after you wake up
- Treat her like she's all that matters to you
- Tease her and let her tease you back
-Stay up all night with her when she's sick
- Watch her favorite movie with her or her favorite show even if you think its stupid
- Give her the world
- Let her wear your clothes
- When she's bored and sad, hang out with her
- Let her know she's important
- Kiss her in the pouring rain
If you do post this in the next four minutes the one you love will:
Call you
Kiss you
Love you
Text you
Guys post as: "I'd be this Boyfriend"
Girls post as: "The boyfriend every girl would want"

****************

Inilah dia artikel yang saya terbaca hari ini..dari laman web Friendster,bahagian bulletin board (http://www.friendster.com/bulletin.php?bid=106365455&uid=19268070)..

Aduhai remaja..berbeza pula dengan artikel dari bulletin board yang sama..tapi di link kan dengan satu blog..http://saidinaali.blogspot.com/ ...

mungkin di akhir kalam2 tersebut (yang di atas sekali) perlu diingatkan dan ditambah beberapa perkataan..

"you jump into the HELL (an-Narr-Neraka) when she tell you to do so,even you don't want to"

rasanya,ada yang nak buat tak?

Kembara singkat

Di suatu masjid,lebih kurang jam 12.30 tghari.

"Assalamu'alaikum,pakcik..Pakcik AJK masjid ke?"

"Wa'alaikumussalam..Bukan,nak..kenapa?"

"Saya nak minta kebenaran daripada pihak pengurusan masjid,untuk tampal poster/iklan program untuk remaja..Mana boleh saya cari AJK masjid?"

"Ohh..pakcik ada kenal..Kejap ye,pakcik bawa kan kamu pada dia"

"Assalamu'alaikum,pakcik..pakcik AJK masjid?"

"Wa'alaikumussalam,ye..Ada apa?"

"Saya nak mohon kebenaran pakcik untuk tampal iklan program untuk remaja di papan kenyataan masjid..boleh?"

"Boleh..tapi,program apa?"

"program untuk budak2 lepasan SPM,Kem Lepasan SPM 2008..anjuran Persatuan Belia Islam Nasional"

"Owh!Belia Islam..boleh2..silakan..bila program tu?

"26-28 disember ni..sini ramai remaja?"

"boleh la tahan..insyaAllah ramai akan 'join'..belia Islam ye..(sambil melihat pada logo PEMBINA)..

"ye,pakcik..ok,pakcik..saya minta diri dulu..terima kasih banyak ye pakcik..Assalamua'alaikum..

"yelah..sama2..wa'alaikumussalam.."

saya melangkah sambil bertawakkal,moga ramai adik-adik yang akan turut serta..



*********

Dialog yang hampir sama di 10 masjid yang saya kunjungi.

Ya! pakcik-pakcik ini tampak bersemangat dan menyokong tatkala nama BELIA ISLAM diutarakan.Mungkin kerana mereka sedar remaja kini memerlukan bimbingan yang sepatutnya..atau mungkin juga terkejut+bersemangat kerana tidak menyangka masih ada lagi kumpulan remaja atau remaja-remaja yang berkesedaran dan mahu membimbing rakan-rakan mereka kembali ke Jalan Lurus..

Who knows?..Allahu a'lam..


"Setiap kebangkitan atau kejayaan sesebuah bangsa itu ada pasaknya.Dan setiap pasak/asas itu ada senjata rahsianya.dan Remaja atau Pemuda adalah senjata rahsia tersebut"..
lebih kurang begitulah tulisan ustaz Hasan al-Banna..

Relevan?
erm..cukup relevan rasanya..(ada yang rasa tidak?)..
ringkasannya :
1)senjata rosak = pemuda rosak/tersasar = bangsa binasa
2)senjata mantap = pemuda beriman* = bangsa berjaya!

*pengaruh iman dalam diri seseorang cukup hebat untuk memusnahkan angkatan tentera Amerika sekarang;fikiran,tubuh badan;rohani,jasmani;akademik,ko-kurikulum



Wahai angkatan pemuda, Sebenarnya kamu sekarang tidaklah begitu lemah berbanding dengan angkatan yang terdahulu dari kamu yang diberikan kemenangan oleh Allah hasil usaha mereka. Oleh itu janganlah kamu merasa hina, merasa lemah malah hendaklah kamu meletakkan di ruang matahati kamu akan firman Allah (Al-Imran:173):


الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Mereka berkata kepadanya: sesungguhnya orang ramai telah pun mengumpulkan tenaga terhadap kamu, hendaklah kamu merasa takut kepada mereka itu, tetapi mereka ini menjadi bertambah kuat imannya. Lalu mereka berkata memadailah Allah itu untuk kami dan Dialah sebaik-baik pengawal.

Tetapi yang kelihatan kuat dan bersemangatnya adalah si tua.. mana pergi si muda??musim cuti sekolah-kan..itulah sebabnya saya kurang gemar untuk ke Midvalley,KLCC,Times Square dan sebagainya,terutamanya musim cuti..bukan jumud atau kolot,tapi takut tak tertahan amarah melihat perlakuan 'rakan2' saya di sana.

Tunggulah..satu hari nanti..Azam saya,budak2 di sana akan saya 'gegarkan','rombak' kembali pemikiran mereka.

setiap perkara memerlukan strategi utntuk menjadikan ianya berjaya..itulah maksud saya..

AYUH!

KLS 08



Persatuan Belia Islam Nasional sekali lagi akan mengadakan KEM LEPASAN SPM bagi siri yang keempat.
Program yang bakal memberi seribu satu pendedahan kepada semua bakal penuntut di Universiti dalam dan luar negara, serta panduan dan perkongsian pengalaman daripada penuntut-penuntut dari pelbagai Universiti !
Program ini juga bakal memberi persediaan mental di samping ketenangan fizikal dengan pelbagai aktiviti dan games!



Sebenarnya cabaran yang paling besar bagi sesebuah bangsa yang ingin bangkit adalah penyediaan generasi baru. Oleh itu, generasi muda mesti disiapkan untuk menggalas beban yang besar, iaitu membawa bangsa ini ke puncak kejayaan. Mereka mesti dikejutkan daripada tidur mereka yang lama. Mereka mesti disedarkan tentang ancaman dan cabaran yang sedang melanda bangsa mereka, sama ada dari luar mahupun dalam. Mereka mesti diingatkan bahawa survival bangsa ini terletak di atas bahu mereka dan mereka akan ditanya di hadapan Allah yang Maha Agung tentang apa yang mereka usahakan....





*Buat sahabat2 dan sahabiah2 ana,bersama-sama kita menjayakan program ini.Pakat ramai-ramai hantar adik-adik ke kem ini.Untuk lanjutan,lawat laman ini, www.kemlepasanspm.blogspot.com.



Ambillah pengajaran bagi mereka yang mengetahui...

Antara KFC dan RFC

FATWA PROF. DR. YUSUF AL-QARADHAWI :
AGAR UMAT ISLAM MEMBOIKOT SEMUA PRODUK AMERIKA

Ramai antara kita yang tidak sedar akan maslahat ini.Mungkin juga ramai yang tidak tahu.Atau,tahu tapi buat-buat tidak tahu.

Sejumlah (lebik kurangla) USD 10 000 000 dihantar ke Israel,untuk membunuh umat Islam di Palestin,dalam sehari.Lebih 'menyeronokkan',duit-duit yang dihantar itu merupakan duit-duit kita,yang kita 'bayar' (seolah-olah) untuk membunuh adik beradik kita di Palestin melalui belian barang-barang difatwakan boikot!

Tidak keterlaluan rasanya jika saya katakan,puncanya adalah daripada kurangnya perasaan sensitif dalam diri setiap umat Islam,yang berpunca daripada kurangnya ketaqwaan dan pegangan 'akidah dan tidak atau kurang bersifat ehsan (merasakan Allah melihatnya dalam setiap pekerjaan yang dilakukan) dan sering mengikut dorongan hawa nafsu serta kurang kefahaman akan situasi ini.


APA ITU PALESTIN?

1.Kiblat Pertama Ummat Islam (QS 2/142-143)
Di Madinah masih terdapat masjid Qiblatain dimana kaum muslimin solat Subuh menghadap ke masjid al-Aqsha lalu pada raka’at kedua menghadap ke masjid al-Haram.

2.Tanah Isra’ Mi’raj (Quran; 17:1)
Pemberangkatan ini bukan tanpa hikmah atau tujuan tertentu melainkan merupakan tadbir Ilahiyyah.

3.Kota Ketiga Yg Dimuliakan
“Janganlah kamu berniat untuk bermusafir kecuali pada tiga masjid; Masjid al-Haram,Masjid al-Aqsa dan masjidku ini.”
(HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri ra.)

Dalam hadith lain disebutkan : “Tanya para shahabat ra : Masjid manakah yang pertama kali dibina di muka bumi, Ya Rasulallah? Jawab nabi SAW : Masjid al-Haram.Tanya Sahabat lagi : Kemudian di mana lagi? Jawab Rasulullah S.A.W : Masjid al-Aqsa.”
(HR Muttafaq ‘alaih)

4.Bumi Para Nabi
Allah SWT menyebutkan tentang masjid al-Haram tetapi tidak menyebutkan “keberkahannya”, tetapi ketika menyebutkan tentang masjid al-Aqsa, DIA menyebut tentang “alladzi baarakna haulahu”. Dan ayat ini menafsirkan Quran 21:71 tentang tempat Ibrahim dan Luth,tempat Bani Israil setelah Fir'aun ditenggelamkan pd Quran 7:137, Negeri Saba’ pada Quran 34:18, dan tempat Sulaiman pada Quran 21:81, tempat pengutusan Isa bin Maryam pada Quran 95:1
(lihat al-Alusi, Ruh al-Ma’ani, 22/129; Ibnu Katsir, Tafsir al-Qasimi, 17/9196).

5.Bumi Jihad Kaum Muslimin di Akhir Zaman
"Tidak akan terjadi Kiamat sebelum kaum muslimin memerangi Yahudi,sehingga batu dan pohon-pohon akan mengatakan kepada kaum muslimin dimana tempat persembunyian kaum Yahudi laknatullah,kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.
(HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah)
(1) Sumber dari Al-Quds Qadhiyyatu Kulli Muslim, Yusuf al-Qardhawi, Maktabah Wahbah, Cairo, Mesir.

VS

Ini masalah iman kita....Berkaitan hati kita....Macam-macam kaitannya,panjang kalau nak disyarahkan.Bukan mempromosi (walaupun secara tidak langsung),tetapi berkongsi. Saya cukup tertarik dengan info yang saya terima baru-baru ini,dan ianya sahih!

***************************************************************************

KEMANAKAH HASIL KEUNTUNGAN HPA DISUMBANGKAN???

1.Untuk pengetahuan semua,sebanyak 5% daripada keuntungannya KFC bagi pada Yahudi untuk membunuh umat Islam.Akan tetapi,HPA menyalurkan keuntungan 5% daripada Radix Cola untuk pembinaan sekolah di palestin melalui Amal Palestin Malaysia

2.Menyumbang ke rumah anak yatim di kemboja RM10,000....

3.Sekolah-sekolah tahfiz

4.Rumah-rumah kebajikan

HPA juga turut memberi peluang pekerjaan kepada warga emas yang berada di Yan, Kedah untuk menambah pendapatan mereka melalui bekerja sebagai menitik/membuat bedak sejuk secara tradisional iaitu melalui produk bedak delima biji yang baru berada di pasaran.

Inilah INDAHNYA BERSAMA HPA...Hasil keuntungan balik semula ke umat Islam...

Apa yang berlaku sekarang,kita lebih banyak menyangkal/marah terhadap perbuatan Israel @ kezaliman orang bukan Islam terhadap umat Islam tetapi kita lupa dalam masa yang sama,sedar atau tidak kita adalah penyokong dan pemberi dana kepada mereka terutama jenama produk yang ada di rumah kita...

Ayuhlah sahabat semua,kini kita sudah mempunyai produk alternatif daripada HPA.Jom kita pakat tukar supermarket dan hasil daripada itu,InsyaAllah lagi banyak produk baru yang boleh dikeluarkan untuk tuntutan umat Islam.Bukan hanya sekadar bisnes biasa,dunia akhirat,insyaAllah!

***********************************************************************************

Saya sudah...Anda bila lagi?

*RFC = Radix Friend Chicken.Keluaran HPA (Herba Penawar Al-Wahida).100% Muslim