Winter's Project - Break for a while.


Antara penyakit hati @ Masalah hati :

Ghurur
Merasa amalan diri lebih baik dari orang lain dan memperlekehkan amalan orang lain.

'Ujub
Merasa amalan diri lebih baik dari orang lain.

Riak'
Menambah amalan semata-mata untuk ditunjukkan dihadapan orang ramai atau masyarakat.


**********************

Dalam keghairahan kita beramal,ambil masa sebentar pada bila-bila masa.
Untuk kita teliti hari-hari yang berlalu dan amal-amal yang telah dilaksana.
Kadang-kadang,kita tidak sedar kita mempunyai masalah hati seperti ini.
Adakalanya,kita sedar tapi kita tidak tahu itu merupakan masalah hati kita.
Sesudah tersedar,lekaslah beristighfar.Moga taubat dan petunjuk-NYA mengiringi hari-hari kita.
Amin.


[Selingan] cuma seminit.

KOTA BARU, Feb 4 — After rejecting the proposed unity government between PAS and Umno, PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat now wants the two parties to sit together to discuss religious issues. The Kelantan Mentri Besar said nothing could be achieved if PAS and Umno continued their animosity over politics.

“I want discussions on Islam between PAS and Umno. Fifty years of quarrelling… what’s the benefit? The party (Umno) has wasted a lot of time, expertise and funds fighting Islamist movements like PAS. Nothing achieved except endless quarrelling,” he told reporters after attending a seminar here today on the word “Allah”.
The one-day seminar, held at the Islamic Educational Centre (Putik), was also attended by Herald-The Catholic Weekly editor Father Lawrence Andrew and Buddhist representative Loo Choo Siang.
The idea of a unity government was raised by PAS president Datuk Seri Hadi Awang at the party’s general assembly last year to discuss Malay issues and Islam. Although Umno was open to the idea, Nik Aziz strongly opposed it.
Nik Aziz now wants Umno leaders to think about the importance of PAS and Umno sitting together to discusss religious issues, instead of they continuing their quarrel over political and development issues. — Bernama”
Syukur.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah

Selesai..!


Histology - SELESAI
Biochemistry - SELESAI
Physiology - SELESAI
Anatomy - SELESAI





Hari ini,terasa hilang satu beban di dada.Peperiksaan Mid-Year akhirnya tamat.Dengan berjayanya,Alhamdulillah.
Terasa sedikit kelainan pada peperiksaan kali ini.Mungkin kerana pertama kali mengambil ujian di universiti,mungkin juga kerana suasananya sendiri.

Hari ini,terasa mahu berkongsi situasi,pengamatan dan pemikiran saya sepanjang musim peperiksaan di sini.


1)Beberapa minggu sebelum periksa,ramai sudah dari rakan-rakan sekelas saya yang mula tidak mahu  
   menghadiri kelas.Katanya mahu study di rumah,sendirian.Mungkin juga.Maklumlah,lecturer di kelas 
   mengajar subjek baru yang tidak akan masuk dalam peperiksaan yang terdekat 
   ini.Tambahan,peperiksaan kami kali ini tidak ada jarak antara subjek,berturut 4 hari.Jadi,lebih baik 
   berada di rumah,study subjek yang akan disoal..


2)Sangat sinonim di Malaysia jika peperiksaan dikaikan dengan perbuatan meniru.Yelah,dengan 
   bilangan pelajarnya yang sangat ramai,untuk dijaga oleh beberapa orang pengawas,mustahil setiap 
   daripada mereka dapat diawasi dengan cermat.Di sini pun,lebih kurang juga..Lagi-lagi bila lecturer 
   yakin dan optimis bahawasanya kami ini pelajar-pelajar yang baik dan tidak akan meniru.

“Barang siapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” 
[Hadith riwayat Al-Bukhari].
Tak kesahlah,janji lulus..!

3)Peperiksaan kami kali ini tidak lama tempohnya.Sejam untuk setiap paper.Jadi,soalannya tidaklah 
   terlalu berat dan jawapannya tidaklah terlalu panjang sehingga 2-3 mukasurat (macam senior-senior 
   ceritakan).Ada antara kami yang dapat menyiapkan soalannya dengan awal.Lalu,meninggalkan kelas 
   dan rakan-rakan yang masih belum menyiapkan ujian masing-masing.Hmm,Yelah,kalau duduk di 
   dewan peperiksaan lama-lama pun,bukannya ada manfaat sangat.Balik awal,dapat study untuk 
   subjek esok pula..!

Begitulah antara pengalaman situasi yang saya lihat.Ramai dalam kalangan kita yang hanya suka melihat benda yang kelihatan besar,tetapi sebenarnya hanya kecil.Lalu melupakan hal kecil yang sebenarnya besar jika difikir-fikirkan.Teringat nasihat seorang kawan kepada kami."Belajar ini bukan tentang ulangkaji,faham dan mumtaz semata-mata,tapi juga keberkatan".Benar,sia-sia belajar dan berjaya jika tiada keberkatan.

Pada yang sensitif pada perasaan dan emosi ikhwahnya,untuk keluar awal dari dewan peperiksaan terasa cukup berat.Bimbang kalau-kalau ikhwahnya itu terasa tidak tenang dan sukar menjawab peperiksaan dengan baik.

Berlegar-legar di fikiran,alangkah harmoni suasana jika perihal kecil seperti itu dititik beratkan oleh setiap individu dalam sesebuah komuniti.Mungkin juga....Tapi bagaimana,dah jadi kebiasaan!


Wallahu'alam.