Ramadhan-Khabar gembira untuk semua!

Gambar dari I-Karya


Hiasilah tidurmu dengan titisan air Wudhu',
lelapkanlah matamu dengan alunan Dzikrullah,
selamatkanlah dirimu dengan kalimah Syahadah,
alaskan dirimu dengan sebait Do'a.







16 Sya'ban 1431 Hijrah


Hidup menyendiri beberapa hari ini memberi sedikit sebanyak hikmah yang wajar saya teliti.
Berapa ramai agaknya dalam kalangan kita yang sudah mengira-ngira saki baki Sya'ban,untuk menyambut ketibaan bulan mulia,Ramadhan?
Saya berjalan bersendirian (lagi) hari ini.Kali ini,mengambil sedikit kesempatan untuk memerhati tingkah laku ikhwah-ikhwah Muslimin di Mesir bagi menyambut Ramadhan.


Saya melintas di sebuah masjid,jemaahnya sedang bergotong-royong membersihkan masjid.Mereka berlumba-lumba menawarkan wang dan khidmat untuk menaik tarafkan rumah Allah.Maka,karpet-karpet ditukar,berwajah baru.Dinding yang usang diberi nafas baru.Lampu-lampu yang malap diganti dengan yang lebih baik.
Allah,bersilih ganti perasaan melihat aktiviti mereka.Seronok.Terharu.Pilu.dan tiba-tiba,teringat tanah air yang jauh,Malaysia.


Apalah agaknya yang mereka sedang buat di sana..?
Selak-selak Facebook kawan-kawan,ada yang mula sembang-sembang tentang warna apa yang sesuai untuk dicat rumahnya,untuk menyambut 'Aidul Fitry.
Sedih.
Itulah realitinya masyarakat yang saya sayangi di Malaysia.


Teringat masa tahun-tahun lalu,menyambut Ramadhan dan Syawal di Malaysia.
Bulan Ramadhan,minggu Pertama.Sudah ada Lagu-lagu raya dimainkan.Dimana2.
Tidak terlintas langsung agaknya dihati mereka rasa bersalah terhadap Ramadhan Yang Mulia.


Petang tadi,saya ke HSBC di 'Abbas.
Terlihat kedai-kedai disekeliling mula menampal notis untuk menyambut ketibaan Ramadhan.
Mereka menutup kedai jauh lebih awal berbanding bulan-bulan biasa.
Sangkaan baik saya,mereka mahu menumpu pada ganjaran berlipat ganda yang ada khusus di bulan Ramadhan.
Alhamdulillah.


Di Malaysia pula,terutamanya di KL,lewat-lewat malam,masih ada lagi peniaga yang giat mencari duit untuk menyambut RAYA dan pembeli yang giat membeli baju-baju RAYA.
Lupa agaknya mereka pada pesan nabi khusus untuk bulan Ramadhan :


Wahai manusia!Sungguh telah datang pada kamu bulan Allah yang membawa berkat,rahmat dan maghfirah.Bulan yang paling mulia di sisi Allah.Hari-harinya adalah hari yang paling utama.Malam-malamnya adalah malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah saat yang paling utama.
(Riwayat Ibnu Huzaimah)

Mengapa tidak kita seperti para sahabat dan para salafussoleh yang sentiasa menanti-menanti ketibaan bulan Ramadhan yang mulia dan meratapi pemergiannya?

Bulan terlambat lagi rasanya untuk kita membuat persiapan mental,fizikal dan niat sebelum ketibaan Ramadhan.Lupakan dahulu Syawal itu.

Bertekadlah untuk mengisi waktu-waktu di dalam bulan Ramadhan dengan ketaatan.Berusahalah untuk meninggalkan segala yang buruk pada diri.Bukalah sebuah lembaran hidup baru yang bersih dari maksiat-maksiat kepada Allah.Rancanglah apa mahu kita capai pada Ramadhan tahun ini supaya kesannya kelak dapat kita rasai disaat-saat akhir Ramadhan.Sambutlah khutbah Rasulullah ini dengan penuh semangat yang berkobar-kobar :

Wahai manusia! Siapa yang memperelokkan akhlaknya di bulan ini,dia akan dapat melintas titian sirat disaat kaki-kaki lainnya tergelincir.Siapa yang meringankan pekerjaan seseorang di bulan ini,Allah akan meringankan pemeriksaan-NYA di hari Kiamat.Barangsiapa yang menahan kejahatannya di bulan ini,Allah akan menahan murka-NYA pada hari dia berjumpa dengan-NYA.Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini,Allah akan memuliakannya pada hari dia berjumpa dengan-NYA.Barangsiapa menyambung tali persaudaraan di bulan ini,Allah akan menghubungkannya dengan rahmat Allah pada hari dia berjumpa dengan-NYA.Barangsiapa memutuskan hubungan kekeluargaan di bulan ini,Allah akan memutuskan rahmat-NYA pada hari dia berjumpa dengan-NYA.Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini,Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.Barangsiapa melakukan solat fardhu,baginya ganjaran melakukan 70 solat fardu di bulan lain.Barangsiapa yang memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini,Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al-Quran,ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan lain.
(Riwayat Ibnu Huzaimah)

Anggaplah ini sebagai khabar gembira buat diri dan semua.Khabar gembira mengenai datangnya bulan Ramadhan sebagaimana Rasulullah selalu menyampaikan khabar gembira kepada sahabat-sahabat Baginda bila datangnya Ramadhan. :

Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan,bulan yang penuh berkat.Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa.Pada bulan Ramadhan itu,Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.
(Riwayat Ahmad)

Tidak mahukah kita menyambut khabar gembira ini?
Allahumma bariklana fi Rajab,wa Sya'ban,wa balighna Ramadhan.