Salam Aidilfitri !

Allahu Akbar
WalillahilHamd.


Apa selepas Ramadhan?
Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
Qiamullail yang tidak pernah tinggal,Subuh di masjid,bersedekah dan bertadarus.
Tertinggal kah semua amalan itu di bulan Ramadhan?




Moga-moga tidak.
Sekurang-kurangnya,masih ada amalan-amalan tersebut yang kita laksanakan di bulan-bulan lain.


Jika di Ramadhan,Qiamullail tidak pernah tinggal.Selepas Ramadhan,berusaha untuk sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
Jika Ramadhan,tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid.Sekurang-kurangnya selepas Ramadhan solat berjemaah masih tidak ditinggalkan walaupun bukan di masjid.
Jika Ramadhan,Al-Quraan dibaca 2 juzu' setiap hari,setidak-tidaknya bacalah 1 helai setiap hari pada bulan-bulan selepasnya.


Yang menjadi bukti amalan kita diterima sepanjang Ramadhan yang lepas,adalah kesannya pada amalan kita di bulan-bulan yang mendatang.
Dan apa yang lebih penting,keberterusan kita dalam beramal.
Ya,Istiqamah.
Moga Allah menerima semula amalan kita.


Selamat meneruskan amalan buat semua.
Selamat Menyambut Hari Kembali kepada Fitrah (Eidul Fitri)
Kullu 'Am wa Antum Ilallahi Atqa'.


"Berhembuslah wahai angin sang Syurga!.Kami berlumba-lumba mengorak langkah menuju padamu!"


p/s : Undangan untuk semua.Sambutan Aidil Fitri ISMA-Mesir (SAFI 2010) pada 18 September ini,bertempat di Dewan Jawa Tengah untuk siswa dan Dewan Jawa Barat untuk siswi.Majlis bermula jam 10.00pagi dan tamat pada jam 4.30 petang.InshaAllah.