Oh Malaysia!



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu penggunaan
perkataan 'Allah' dalam penerbitan berkaitan agama Kristian tidak lagi dilarang
seperti terkandung dalam warta baru dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri, awal
tahun ini. Peguam Kanan Persekutuan Nizam Zakaria, yang mewakili Pejabat Peguam Negara, memaklumkan mahkamah bahawa Menteri Dalam Negeri, selaku responden pertama dalam prosiding semakan kehakiman itu yang difailkan Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur, telah mewartakan perintah bertarikh 21 Januari 2009,bertajuk ‘Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009'. Warta itu menyebut "Percetakan,penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubung dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah","Kaabah", "Baitullah" dan "Solat" adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan "Untuk Agama Kristian".


Perintah itu diwartakan 16 Febuari 2009 dan berkuat kuasa pada tarikh itu.
Berikutan perkembangan itu, peguam Porres P Royan, yang mewakili pemohon,
Ketua Paderi Datuk Murphy Pakiam, memaklumkan Hakim Lau Bee Lan bahawa mereka akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara berhubung implikasi perintah itu. "Jika, selepas perbincangan kami berasa selesa, dengan itu jelas perkara ini mungkin tidak perlu diteruskan dan didengar. Kami akan maklumkan kepada mahkamah jika kami mencapai penyelesaian. "Masih terlalu awal untuk kami membuat keputusan," katanya sambil memohon kepada mahkamah untuk memberikan masa dua hingga tiga bulan bagi kedua-dua pihak sebelum menetapkan tarikh perbicaraan bagi permohonan semakan penghakiman itu.


Terdahulu, Porres memberitahu mahkamah yang beliau akan tetap meneruskan permohonan untuk mengenepikan perintah campur tangan yang dipohon pada 21 November tahun lalu oleh tujuh majlis agama Islam negeri - Wilayah Persekutuan, Terengganu, Pulau Pinang,Selangor, Kedah, Johor dan Melaka - dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MCMA) untuk campur tangan dan dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman itu. Mahkamah menetapkan 28 Mei untuk mendengar permohonan itu bersama-sama dengan permohonan Majlis Gurdwaras Malaysia untuk turut campur tangan. Mahkamah juga menetapkan 7 Jun untuk mendengar permohonan tujuh majlis agama Islam negeri dan MCMA, untuk merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan mengenai persoalan perlembagaan. Pada 5 Mei tahun lalu, Murphy selaku penerbit The Herald menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam usahanya bagi diisytiharkan keputusan responden bertarikh 12 Februari 2008, melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam "Herald-The Catholic Weekly" adalah melanggar undang-undang.


Beliau juga memohon perisytiharan yang beliau berhak menggunakan perkataan "Allah" dan perkataan "Allah" bukan eksklusif untuk agama Islam. - Bernama


********


Apa komen anda?




Tunggu ulasan saya pada entri akan datang (minggu depan?mungkin.).Maaf-lah,saya tak punya banyak peluang untuk 'online' di bumi barakah ini.

Sungguh,saya kagum!






" Boleh jadi sesuatu kerja yang kecil jadi besar dengan niat,
Dan boleh jadi sesuatu kerja yang besar jadi kecil dengan niat "

Kita sudah saksikannya.
Moga-moga ini satu dari banyak lagi rantaian kembalinya taring ummah di akhir zaman ini.

Dan ini : Karamah Mujahideen Gaza

Kita beriman dengan kemenangan yang Allah janjikan.
Masyarakat Gaza kini masyarakat Qudwah umat Islam di dunia.
Kerajaan Hamas kini kerajaan Uswah masyarakat Islam dunia.
Dan apabila ciri-ciri masyarakat Gaza sudah menebar di muka bumi, saat itu apa yang Allah janjikan turun ke atas bumi seluruhnya.
Benar!Sunnatullah!

"Maka ambillah 'IBRAH wahai orang yang mempunyai pandangan mata & hati"

Melihat dan Mentafsir


Parti HAMAS menang 63% dalam Pilihanraya Umum Palestin II pada 25/1/2006. Sejak itu rakyat dan para pengundi Palestin disekat bantuan kewangan dan makanan, diboikot politik, diserang dari udara, laut dan darat mengorbankan ribuan umatnyaKini masuk tahun ke 3. Namun wakil-wakil rakyat, para pengundi dan rakyatnya tidak berganjak dari pilihan mereka.
Melihat jerih-payah saudara-mara saya di Gaza mempertahankan 'akidah,agama dan negara,mengingatkan saya pada kata-kata Hasan al-Banna:
.
.
"Sesungguhnya Agama ini telah tertegak hasil jerih payah generasi-generasi terdahulu di atas tunggak-tunggak yang kukuh iaitu Iman kepada Allah, Zuhud dari keseronokan kehidupan yang fana ini dan mengutamakan Negeri yang kekal abadi, pengorbanan dengan darah, ruh, harta di jalan memenangkan Kebenaran, cinta mati di jalan Allah dan kesemua itu melalui petunjuk Al-Quran Al-Kareem.Maka oleh itu,di atas asas-asas ini jugalah kamu mesti mengasaskan kebangkitan kamu. Perbaikilah jiwa-jiwa kamu, fokus terhadap Dakwah kamu, pimpinlah umat ke arah Kebaikan. Allah bersama kamu dan sekali-kali Dia tidak mensia-siakan amal kamu.”
.
.
Seperti yang pernah saya kongsikan dahulu.
Allah jadikan turun naik sesuatu bangsa sebagai satu sunnatullah.
Allah pergilirkan waktu penguasaan antara umat-umat.
Jika sekarang yang berkuasa si Zalim, akan datang ia akan tumbang,dan si Adil akan naik pula. Benar, ini sunnatullah dari dahulu lagi.
Tapi kita juga belajar dari sejarah.
Kita memahami semua yang terjadi kerana sebab-sebab tertentu.
Ada sebab, dan ada musabab.
Begitu juga kebangkitan umat Islam. Jika tiada sebab yang melayakkan,dan masih banyak sebab penghalang, Allah sama sekali tidak akan membenarkan.
Makanya,dari tahu saya jadi faham.Saya faham prioriti tarbiyyah ummah dari yang lain dalam menegakkan Islam.
.
Jika di Kuala Terengganu,Kelantan,bulan mengambang penuh,cantik!
Sedang di Perak,bulan sedang ke'tenat'an.
Itulah dia,kehendak dan ketentuan Allah.
Kuantiti,sungguhpun besar dan memang mengagumkan,selamanya sia-sia,bila yang Allah mahu, selamanya,ialah kualiti.
.
.
Pendapat saya mungkin betul,mungkin salah.
Pendapat yang saya rasakan salah,boleh jadi ia betul.
Begitu juga pendapat yang saya rasakan betul,boleh jadi ianya salah.
Saya Lihat.Saya Tafsir.Saya Kongsi.
Moga ada yang mengambil pengajaran.


Beriman atau tidak?


Subhanallah.
Pemilik 'arasy,langit dan bumi,dan semua makhluk.
Penguasa semua ciptaan dan pencipta.
Pemerintah alam mengikut acuan dan kehendak-NYA.
Berkuasa memuliakan dan menghinakan sesiapa yang dikehendaki-NYA.

Saya ingin berkongsi cerita.
Perihal kejadian-kejadian aneh yang terjadi sepanjang para Mujahidin Hamas dan Gaza berperang menentang sang penjajah asing!

1. Mujahidin,walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahidin bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut,lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka.Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan.Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket.Apabila diperiksa,memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan televisyen kenapa matanya menjadi buta.Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih,sedangkan para Mujahidin memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan,bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja).Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIA adalah benar.Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya DIA menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52).


Apa sahaja yang mustahil difikiran,adalah tidak mustahil sedikit pun di sisi Allah.

Apakah tidak ada dalam kalangan kita yang memikirkannya?

Epilog Hati

Sepi sudah kisah penderitaan di Gaza.
Di blog-blog,risalah-risalah mahupun media massa,
Yang dahulunya tidak sudah-sudah membangkitkn isu Gaza dalam artikel-artikel mereka.
Isu kemanusiaan kata mereka,yang Islam atau bukan daripadanya.

Atas nama kemanusiaan,isu Gaza kembali senyap.
Seruan mengutuk rejim Zionis semakin hambar.
Seruan boikot kian pudar.
Semangat boikot kian bertukar.
Bermula nya boneka 'gencatan senjata',
Bermula-lah gencatan suara.
Semuanya kerana hak asasi manusia yg dijanjikan,
Oleh sang boneka pejaja keamanan.

Hmm..Ya Allah,kurniakan buat hambaMU ini ketaatan yang tidak berbelah bahagi dalam meniti jalan menuju padaMU.

Tunduk berdoa,moga hidayah menjelma dalam hati setiap manusia di dunia.
'Hidayah Allah hanya milik Allah,diberi kepada sesiapa yg Dia kehendaki'
'..dan banyak dari kalangan mereka yg berpaling'

-KKB,21Safar1430H-