Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Selesai..!Histology - SELESAI Biochemistry - SELESAI Physiology - SELESAI Anatomy - SELESAI Hari ini,terasa hilang satu beban di dada.Peperiksaan Mid-Year akhirnya tamat.Dengan berjayanya,Alhamdulillah. Terasa sedikit kelainan pada peperiksaan kali ini.Mungkin kerana pertama kali mengambil ujian di universiti,mungkin juga kerana suasananya sendiri. Hari ini,terasa mahu berkongsi situasi,pengamatan dan pemikiran saya sepanjang musim peperiksaan di sini. 1)Beberapa minggu sebelum periksa,ramai sudah dari rakan-rakan sekelas saya yang mula tidak mahu menghadiri kelas.Katanya mahu study di rumah,sendirian.Mungkin juga.Maklumlah,lecturer di kelas mengajar subjek baru yang tidak akan masuk dalam peperiksaan yang terdekat ini.Tambahan,peperiksaan kami kali ini tidak ada jarak antara subjek,berturut 4 hari.Jadi,lebih baik berada di rumah,study subjek yang akan disoal.. 2)Sangat sinonim di Malaysia jika peperiksaan dikaikan dengan perbuatan meniru.Yelah,dengan bilangan pelajarnya yang sangat ramai,untuk dijaga oleh beberapa orang pengawas,mustahil setiap daripada mereka dapat diawasi dengan cermat.Di sini pun,lebih kurang juga..Lagi-lagi bila lecturer yakin dan optimis bahawasanya kami ini pelajar-pelajar yang baik dan tidak akan meniru. “Barang siapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” [Hadith riwayat Al-Bukhari]. Tak kesahlah,janji lulus..! 3)Peperiksaan kami kali ini tidak lama tempohnya.Sejam untuk setiap paper.Jadi,soalannya tidaklah terlalu berat dan jawapannya tidaklah terlalu panjang sehingga 2-3 mukasurat (macam senior-senior ceritakan).Ada antara kami yang dapat menyiapkan soalannya dengan awal.Lalu,meninggalkan kelas dan rakan-rakan yang masih belum menyiapkan ujian masing-masing.Hmm,Yelah,kalau duduk di dewan peperiksaan lama-lama pun,bukannya ada manfaat sangat.Balik awal,dapat study untuk subjek esok pula..! Begitulah antara pengalaman situasi yang saya lihat.Ramai dalam kalangan kita yang hanya suka melihat benda yang kelihatan besar,tetapi sebenarnya hanya kecil.Lalu melupakan hal kecil yang sebenarnya besar jika difikir-fikirkan.Teringat nasihat seorang kawan kepada kami."Belajar ini bukan tentang ulangkaji,faham dan mumtaz semata-mata,tapi juga keberkatan".Benar,sia-sia belajar dan berjaya jika tiada keberkatan. Pada yang sensitif pada perasaan dan emosi ikhwahnya,untuk keluar awal dari dewan peperiksaan terasa cukup berat.Bimbang kalau-kalau ikhwahnya itu terasa tidak tenang dan sukar menjawab peperiksaan dengan baik. Berlegar-legar di fikiran,alangkah harmoni suasana jika perihal kecil seperti itu dititik beratkan oleh setiap individu dalam sesebuah komuniti.Mungkin juga....Tapi bagaimana,dah jadi kebiasaan! Wallahu'alam. AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |