Rehat bagi Da'ie....~




Ketika saya sedang hendak berwudhu’, seorang saudaraku berbangsa Algeria telah menegurku, “Saudara, bukankah solat ni suatu nikmat bagi kita?. Kita bekerjakeras, lalu Allah memberi kita peluang utk berehat. Alangkah indahnya, kan saudara? ”
“Hmm, betul tu ” jawabku ringkas sambil tersenyum. Namun di dalam fikiranku ligat berfikir tentang kurniaan Allah swt yg besar di sebalik solat ni.
Sememangnya manusia sehari harian menjalani kehidupan penuh dengan kesusahan
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” Al Balad:4
Jadi, saban hari kita melihat insan menjalani kehidupan mereka dgn penuh susah payah. Sehingga penatlah ia pada penghujung hari dan tertidur keletihan. Namun dalam kamus orang yang mahu kejayaan, berpenat itu adalah salah satu dari dua - 1) orang yg berpenat lelah semata² utk dunia material, mereka mendapat secukupnya dari hempas pulas mereka di dunia ini. Seperti firman Allah taala
“….barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (42:20)
Golongan kedua adalah mereka yang berhempas pulas di jalan Allah, mengajak manusia kepada Allah siang dan malam. Di samping itu juga, mereka tidak melupakan bahagian mereka yg Allah sediakan dari kehidupan dunia..
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,” (28:77)
Maka kamu akan dapati golongan kedua ini berpenat lelah sepanjang harinya demi utk mengumpul bekalan mereka buat hari akhirat yg pasti. Cara kehidupan ini telah dipelopori oleh para Rasul yg terdahulu dan di sematkan di dalam Al Quran:
“”Nuh berkata: “”Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang,”" (71:5)
Masya Allah, betapa bersungguhnya para Nabi² dalam dakwah mereka ilallah. Begitulah juga kisahnya dengan saudara² daie muslimiin yg memdahului kita.
Seperti diceritakan oleh Imam Hasan Al Banna:
“Ramai di kalangan saudara kita yang masih tertanya-tanya walaupun mereka adalah orang yang amat kita kasihi sepenuh jiwa raga kita. Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagiaan kepada ummah dan saudara-saudara kita. Kita ketepikan anak isteri kita demi mereka. Alangkah besarnya harapan saya jika saudara-saudara yang masih tertanya-tanya ini melihat sendiri para pemuda Ikhwan al-Muslimin yang sentiasa berjaga malam ketika semua manusia sedang nyenyak tidur. Mereka bekerja berhempas pulas sedangkan mereka yang hanyut terus membuang masa. Ada di antara mereka berada di pejabat daripada Asar hingga ke tengah malam bekerja dan berfikir bersungguh-sungguh. Begitulah selama sebulan dan apabila tiba akhir bulan dia menyerahkan pendapatannya untuk jamaah. Segala perbelanjaannya hanya untuk dakwah, hartanya adalah untuk mencapai matlamatnya. Segala geraklakunya seolah berkata kepada masyarakat yang tidak sedar pengorbanan yang dilakukannya itu: Saya tidak pernah meminta ganjaran daripada kamu kerana pengorbanan ini. Segala ganjaran saya hanyalah daripada Allah.
Begitulah karakter orang² yg berjaya. Sentiasa bekerja bersungguh² dan mengelak dari kemalasan diri. Bermujahadah dalam setiap saat hidupnya utk menjadikan setiap detik yg dilaluinya bermanfaat utk dirinya dan kaum muslimiin. Seorang soleh bernama Syeikh ‘Urfi pernah berkata ketika mengejutkan sahabatnya utk bangun malam:
“Bangunlah. Awak akan tidur lama di akhir hayat nanti. Kita mesti bangun dan sujud di hadapan Allah; memuji-Nya dan mengucap syukur kepada-Nya atas segala ganjaran yang Dia kurniakan kepada kita.”
************************************************************************************
Jika kehidupan mereka ini kita teliti, nescaya kita akan melihat betapa masa yg mereka ada tidak mencukupi utk segala urusan mereka dan sentiasalah mereka dalam kepenatan dan otak mereka ligat berfikir ttg masalah dakwah yg perlu diselesaikan saban waktu.
Maka setelah kita melihat kesungguhan para daie tersebut, yg menjadi benchmark amalan kita, maka barulah kita menyedari apa yg dimaksudkan oleh Nabi saw ketika baginda menyeyu kepada Akh Bilal bin Rabah dengan kata²nya
“Arehna biha(ya’ini as solah) ya Bilaal”
“Wahai Bilal, (laungkanlah azan dan) rehatkanlah kami dengan solat.”
Semoga Allah membalas pengorbanan para daie yg menelusuri jalan RasulNya saw, mewakafkan jiwa dan harta mereka fi sabilillah, dengan sebaik baik ganjaran.
Wallahu’alam

Kisah Sebuah "meeting"~~






Sebagai seorang yg mukmin, saya sentiasa cuba untuk ambil tahu tentang hal ehwal saudara-saudara saya di negara-negara luar, terutamanya di negara-negara yang sedang dilanda krisis. Setiap kali saya berjumpa dengan pemuda-pemuda dari Palestin, Iraq atau Indonesia, mahu saja saya menegurnya dan bertanyakan khabar. Beberapa hari lalu saya berpeluang untuk tujuan tersebut apabila bertemu dengan seorang kenalan yang berasal dari Iraq.
Saya kira, umurnya mungkin dalam anggaran 40-an. Namun kesan perjalanan hidup yang penuh susah terlukis di rona mukanya dan begitu membentuk jiwanya yang tak kenal erti kalah. Beliau berpeluang untuk pulang ke tanahair selepas kejatuhan Saddam. Itupun setelah sekian lama beliau merantau di negeri orang. Selepas saling bertanya khabar, perbualan kami serta-merta bertukar arah apabila beliau mula menceritakan tentang keadaan di Iraq pada masa sekarang. Mungkin beliau tidak sabar hendak berkongsi penderitaan dirinya supaya saya tersedar daripada hidup saya yang terleka ini. Beliau menceritakan tentang betapa teruknya keadaan di Iraq - peperangan yang diisytiharkan berhenti secara rasminya oleh Presiden US pada 2004, sebenarnya tak pernah selesai walaupun sejenak. Setiap hari ada sahaja letupan di mana-mana sahaja. Kata beliau, apabila keluar sahaja berita tentang pembunuhan, maka persoalannya bukanlah ’siapa?’, tetapi ‘di mana’. Di dalam Iraq sahaja ada berpuluh-puluh kumpulan bersenjata. Peperangan yang berlaku bukanlah antara tentera penjajah US dan penduduk Iraq sahaja, tetapi peperangan berlaku juga sesama penduduk Iraq. Cuba anda bayangkan, dalam kumpulan Sunni pula ada belasan sekta, dalam kumpulan Syiah sahaja sudah ada lebih daripada 20 sekta yang saling bertelingkah. Sekiranya berlaku letupan pada kawasan penempatan Syi’ah, kemungkinan letupan itu bukan dilakukan oleh kumpulan Sunni tetapi dilakukan oleh sesama Syiah sendiri. Iraq sedang menghampiri era Peperangan saudara (Civil War) seinci demi seinci. Begitulah gambaran beliau tentang betapa teruknya peperangan di Iraq. Kisah ini sahaja sudah cukup menyedihkan hati saya.
Hendak digambarkan lagi betapa teruknya peperangan yg berlaku, beliau menceritakan bahawa solat sunat Jumaat tidak dapat lagi diadakan di masjid di bandar-bandar besar seperti Baghdad. Sekiranya anda keluar untuk tunaikan solat sunat Jumaat, anda keluar dengan mengucapkan ucapan terakhir kepada ahli-ahli keluarga dan telah menyediakan surat-surat wasiat. Sebaik sahaja anda melangkah keluar dari rumah, kemungkinan besar anda tidak akan kembali!
Kisah ini belum berakhir di sini. Ini baru saja permulaannya. Beliau menyebut lagi sekiranya Civil war meletus, ia akan bermula di dalam rumahnya sendiri. Cross-marriage di dalam keluarga-keluarga di Iraq adalah satu perkara yang biasa. Beliau menceritakan bahawa beliau sendiri mempunyai abang-abang ipar Syiah dan juga dari bangsa Kurd. Keluarga-keluarga yang ber’campur’ sebegini adalah suatu yang sebati di kalangan penduduk Iraq. Katanya, penyelesaian yang pernah dicadangkan oleh masyarakat antarabangsa untuk memisahkan Iraq berdasarkan sekta-sekta seperti Syiah dan Sunni, mungkin boleh dilakukan secara geografi; boleh saja mahu ambil marker dan lakarkan peta baru di muka peta dunia, namun bagaimanakah mungkin mahu dilukiskan garis-garis pemisahan ini di dalam keadaan keluarga sebegini?!
Di Iraq, terdapat dua jenis kumpulan bersenjata. Yang pertama adalah kumpulan-kumpulan pejuang (resistence fighters) yang betul-betul berjuang menentang penjajah. Mereka ini disokong oleh masyarakat Iraq. Jenis yang kedua adalah mereka yang membunuh semahunya demi memenuhi kepentingan masing-masing (self-interest). Mereka akan membunuh siapa sahaja yang menghalang mereka mencapai tujuan mereka; mereka inilah yg dipanggil sebagai terrorist. Terrorist-terrorist inilah yang menyebabkan hidup penduduk-penduduk Iraq sengsara dan amat dibenci mereka.
Terlalu tekun saya mendengar, hingga seolah-olah terlupa untuk bernafas; terkejut dan terpegun mendengarkan kesengsaraan saudara-saudara saya di Iraq. Baru sahaja saya hendak mengambil nafas baru, teman saya ini menyambung lagi ceritanya. Selepas jatuhnya Saddam Hussein, masyarakat merasakan bahawa hidup mereka terlepas dari cengkaman pemerintah kuku besi ini. Anggapan mereka salah. Sebenarnya apabila jatuh sahaja satu Saddam, sepuluh lagi Saddam muncul di merata-merata tempat. Bukan dalam bentuk pemerintah yang baru, bahkan Saddam muncul di merata-merata tempat; di hospital-hospital, di pejabat-pejabat. Selepas terlepas dari cengkaman Saddam, masyarakat menjadi seolah-olah terlalu ingin mem’praktik’kan kebebasan mereka itu dengan menindas orang lain. Undang-undang sudah lagi tidak terpakai, hanya menjadi helaian kertas di mahkamah sahaja. Ada yang mengatakan fenomena ini wujud kerana masyarakat merasakan bahawa keadaan sebenarnya akan bertambah teruk, malah lebih teruk daripada zaman Saddam. Jadi sementara itu, baik dia mengambil kesempatan untuk mengkayakan diri…astahgfirullahal azim!
Kawan saya berkata bahawa beliau mula memahami -bukan menjustifikasi!- apa yang Saddam lakukan selama ini; kekejamannya, pemerintahan kuku besi dan segala jenis kekerasan yang lain. Mungkin kekerasan dan kekejaman itulah yang meletakkan setiap kumpulan atau sekta pada tempat masing-masing (put them in their places); yang menghalang berlakunya pergaduhan sesama sendiri. “Kekerasan [kekuatan] perlu ditangani dengan kekerasan [kekuatan] jua”, katanya.
Saya cuba membayangkan sedikit sebanyak kemusnahan yang berlaku, tapi tak tercapai oleh pemikiran saya ini yang selama ini hidup dalam ketenangan dan kemudahan sehingga melekakan tentang tujuan sebenar saya hidup di muka bumi ini. Saya bertanya lagi seandainya diberi pilihan, yang manakah akan dipilihnya; sama ada hidup kembali seperti di bawah pemerintahan Saddam Hussein ataupun hidup pada situasi yang ada sekarang ini di Iraq. Yang manakah lebih baik baginya? Beliau terdiam sejenak. Mungkin terkenangkan tanahairnya yang sedang bergolak. Mungkin juga memikirkan “apa punya soalan la ni…semestinya tak mahu kedua-duanya!”. Dengan kesayuan di dalam nada suaranya, beliau berkata seandainya diberi antara dua pilihan tersebut sahaja dan tiada pilihan lain; dan seandainya dia mengetahui apa yang diketahuinya tentang apa yang berlaku pada hari ini…dia akan pilih hidup semasa di bawah pemerintahan Saddam. Kerana sekurang-kurangnya, semasa pemerintahan Saddam, kekejamannya adalah “sistematik”. Masyarakat Iraq belajar bagaimana untuk deal dengan hidup di bawah Saddam, cara-cara nak elak daripada dizalimi. Tapi, bagi manusia mana sekalipun, semestinya tidak mahu keduanya. Inginkan kehidupan yang aman damai. Dapat menjalani hidup mengabdikan diri kepada Sang Pencipta dengan tenang dan tiada gangguan. Ah, alangkah indahnya hidup sebegitu…
Kami terdiam. Masing-masing mengenangkan tempat tumpah darah sendiri. Seorang telah melalui jalan hidup yang penuh berliku dan penuh dengan onak duri. Merasai betapa pahitnya kehidupan dan begitu menyedari tentang tanggungjawabnya untuk membantu ahli keluarga, sanak saudara dan kaumnya untuk mencapai kehidupan yang lebih indah. Seorang lagi masih yang walaupun mempunyai kehidupan yg serba cukup; tiap-tiap bulan ada sahaja duit yang dimasukkan ke dalam bank, masih lagi mengeluh kerana tidak dapat membeli baju berjenama atau kerana duit lambat masuk. Apatah lagi ingin melaksanakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi; berjuang menolong saudara-saudaranya yang tertindas…
Perpisahan kami berakhir dengan satu keazaman yang ditanam untuk lebih kuat berusaha membantu saudara-saudara yang ditindas dan dizalimi di seluruh dunia; menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang lagha agar masa dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan perkara-perkara yang menyumbang kepada Islam. Semuga apa yang dilakukan menjadi hujah di hadapan Allah bahawa diri ini telah membantu saudara-saudaranya. Ya Allah, persaksikanlah…

Janji...~




Ikhwan mundar-mandir di hadapan lobi apartmentnya, sesekali menjeling ke arah jam tangannya.“ Mana Syed ni? Janji nak datang pukul 8 pagi, dah nak dekat pukul 9 pagi dah ni..”Ikhwan mula rasa tak tenang, rasa meluap-luap, kerana ini bukan kali pertama Syed lewat apabila ada temujanji. Ditelan dalam-dalam perasaan marahnya itu. Dia mencedok koceknya lalu membawa keluar earphone MP3 player nya. Track pertama.. lagu In The End, Linkin Park “time is a valuable thing, watch it count down as the pendulum swing…..”, Ikhwan cepat-cepat cari butang forward, berazam tak mau dengar dah lagu jahiliyah walau dia hyper fan Linkin Park. Next track….Sabar, Alarm Me. Tergelak Sufia di dalam hatinya, mula dia marah sebab Syed tak tepati masa.. Kemudian dia tak sabar… Lagu-lagu dalam MP3 tu ikut sequence mode Ikhwan pula… alhamdulillah, marahnya telah bisa ditelan. Dia teringatkan tazkirah akh Nukman tentang sabar, sabda Rasulallah SAW, ”Sesungguhnya sabar itu pada permulaan”. Terasa menyesal pula di hatinya kerana marah. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Ringtone pun lagu Alarm Me, Sabar. Ikhwan pelik, siapa pula yang gatal-gatal menukar ringtone nya. Dalam hati, “Ni memang betul-betul Allah nak ingatkan aku ni.”
Tertera di skrin handphonenya, Rafiq. Rafiq adalah teman serumah Syed. Rasa kecewa sedikit, kerana dia ingatkan Syed yang dinanti-nanti yang menelefonnya.
“Assalamualaikum” Ikhwan mulakan bicara.
“Wa’alaikumussalam, Ikhwan . Ana ni,Rafiq.. Anta sibuk ke, ana nak cakap kejap boleh?” “Boleh je la, sila-sila, mcm tak biase pulak.Lagipun,ana tak buat apa-apa pun sekarang ni….”
“Ana ada kerja kat uni, nak keluar rumah sekarang, tapi tak sampai hati nak tinggalkan Syed, dia tengah demam teruk. Nak tanya kot-kot Ikhwan free ke sekarang, nak minta tolong temankan Syed”
Ikhwan tergamam, mengurut-urut kepalanya. Terasa bersalah menyerbu benaknya, dah la tadi su’u dzan (buruk sangka) kepada temannya itu, terasa marah pula.“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un….. Patut la ana tunggu Syed tak datang2, sebenarnya ana memang dah ada janji ngan dia nak keluar sama-sama, insya-Allah tak de masalah ,ana pergi umah anta sekarang jugak…”
Ikhwan bergegas ke apartment Syed dan Rafiq. Rasa bersalahnya masih tak padam. Sikap pemarahnya memang menjadi musuh utamanya dalam nak membina dirinya sebagai individu muslim yang mantap. Ikhwan teringatkan pesan akhinya, Rasulullah pernah cakap, “Seorang yang kuat bukanlah seorang yang Berjaya mencampakkan musuhnya ke tanah. Seorang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya apabila dia marah”
“Assalamua’laikum…..” Ikhwan mengetuk-ngetuk pintu rumah Syed dan Rafiq.“Wa’alaikumussalam…” Syed buka pintu perlahan-lahan. Matanya merah, mukanya merah. Dia pun sedang pakai baju merah pada waktu itu. Sufia tergelak kecil.”Rafiq baru keluar tadi… Sorry la Ikhwan, tak dapat nak keluar sama-sama. Nak telefon pun tak larat…” Kata Syed dengan suara sekat-sekat serak.”Camana boleh jadi cam ni? Semalam sihat je…. ” Ikhwan memimpin Syed yang macam nak jatuh.“Semalam ana makan charcoal chicken. Then, baru Rafiq bagitau, charcoal chicken tu dah 3 hari. Dia letak atas meja sebab nak kasi kucing liar kat luar apartment ni…”
”Lah.. Food poisoning lah ni? Nak pegi hospital tak?”
“Tak pe lah, kang baik la tu….”
Ikhwan mencebik mukanya.
“Sayang jugak anta kat ana ye” Syed dalam sakit-sakitnya sempat menyakat Ikhwan. Syed memang terkenal dengan sifat kelakarnya. Ikhwan sangat mengagumi Syed kerana dia seorang yang penyabar, pemaaf. Sufia mengambil bantal kecil atas sofa lalu melemparkan ke muka Syed.
“Hish.. awak ni…. Agresif la.. Lemah lembut la sikit…..Ikhwan senyum kambing.”Ikhwan, anta nak tau tak…… Sekarang ni adalah saat paling berharga yang ana pernah rasa dalam hidup ana” Kata Syed‘’ Eh, kenapa pula anta cakap macam tu?” Syed mencelah.
”Tadi muntah-muntah, tak lalu nak makan apa-apa….. tak bleh minum, terbaring je atas katil, jalan pun tak larat, solat Subuh tadi pun duduk je” Syed tunduk… mula menitiskan air mata.
Ikhwan sebak pula tiba-tiba. Syed menyambung, ‘’ Tiba-tiba ana pengsan tadi, kepada terhantuk kat bucu meja, alhamdulillah Rafiq perasan..”
”Teringat Nabi cakap, ada 2 nikmat Allah yang ramai manusia kerugiannya, iaitu kesihatan dan masa lapang untuk lakukan kebaikan”
”ana recap balik apa yang ana buat semalam…. Tengok citer Korea…. Ex makwe call, ana malas nak layan… tapi cakap2 jugak ngan dia… Study kejap.. Makan charcoal chicken basi tu……”
Syed menyambung, ”Lupa langsung saya pada tazkirah yang pernah kita dengar dulu… Hadith Nabi, seorang lelaki akan ditanya tentang 5 perkara pada hari kiamat, mengenai kehidupannya, bagaimana dia melalui kehidupannya, apa yang dia buat pada waktu mudanya, apa yang dia buat dengan kekayaannya apa bila dia memperolehinya, dan bagaimana dia berbelanja dengan hartanya….”
”Ana rasa, ana ni terlalu banyak bertangguh nak tinggalkan jahiliyah ana ….. Ana cari alasan, citer Korea tu supaya nak lembutkan jiwa lah, layan ex makwe tu sebab nak dakwah kat dia la… Takut nya, sedangkan kalau mati on the spot, Allah tak akan bangkitkan kita lagi, dan kita tak de second chance untuk memperbaiki amal…”
”Ikhwan, janji dengan ana………”
”Janji apa?”
”Janji perkara yang kita telah berjanji pun dulu…”
”Eh, kita pernah janji apa-apa ke.. Last time anta janji ngan ana adalah nak jumpa ana pukul 8 pagi ni..”
”Bukan janji tu…… Tapi….. Janji dengan Allah…… Tinggalkan semua jahiliyah kita…”
Ikhwan terdiam.. Terasa berat di hatinya Ikhwan berkata, ”Tapi, ana tak bersedia lagi, banyak kejahatan ana ni tak boleh nak tinggalkan sekaligus…. I need time”
”As if we know how much time we have……Ada beza ke sebenarnya kalau kita janji dan tak janji… Sama sahaja kan.. Kita tetap kena buat apa yang Allah suruh, dan kita tetap kena tinggalkan apa yang Allah larang….Sebab kita dah sebut pun benda ni dalam solat kita…. Sesungguhnya solatku, pengorbananku, hidupku, matiku hanya untuk Allah”
Ikhwan angguk perlahan.
Suasana hening. Yang pasti Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat menyaksikan apa yang telah mereka janjikan.

Kerana manisnya ukhwah...~



“….slurppp….Alhamdulillah! Manisnya epal ni!”
“Huhhh…Epal…epal yg atas meja makan tu ker?”
“ermm..ye… ye.. kenapa Zulfaqar?”
“Arghh…itu bukan ana punya! Itu Uzair yg punya!”
“Alaa…Uzair tu bukanya orang lain, ikhwah kita juga lagipun epal je kan! Kecil jer”
Kulihat Zulfaqar mencebik masam…Oppsss……aku salah cakap ker? Getus hati kecilku.. Lantas kisah Abu Zar al-Ghifari dan Bilal menerjah mindaku. Siapa yg tidak mengenali Abu Zar? Seorang sahabat yg hebat dan mulia. Namun, Al-hawa masih lagi menyentel di suatu sudut kehidupannya. Dan aku, Ya aku sendiri yg sudah jelak diperdengarkan kisah ini, hampir-hampir lalai dari pengajarannya. Aku telah bertindak mengikut al-hawa. Jahilliyyah yg terang dan jelas namun terlalu sukar untuk dikikis. Masakan aku masih tidak mengerti akan hal ini walaupun sudah beberapa tahun dalam tarbiyyah. Hak seorang muslim mesti dihormati. Biarlah siapa pun dia. Ikhwah atau tidak! itu bukan perkara utama dalam situasi ini. Pokoknya di sini, apakah neraca yg kugunakan di dalam membuat pilihan. Di mana sikapku selaku seorang muslim? Adakah dengan akhlak sebegini, aku mahu menyeru manusia? Dahlah makan tanpa meminta kebenaran, tak rasa bertanggungjawab pula tu. Tapi, bukankah seorang islam itu harus mengutamakan saudaranya. Sudah semestinya aku juga patut diutamakan. Lagipun itulah ‘keadaan ideal’ yg semua orang berusaha menuju ke arahnya sepertimana yg berlaku diantara Muhajirin dan Ansar.
Benarkah pemahamanku ? atau ianya hanya suatu justifikasi untuk kepentingan diri? Memang benar ukhwah yg sebegitu yg semua orang impikan, tetapi seharusnya ia bermula dengan diriku. Aku yg perlu berusaha mengutamakan orang lain ke atas diriku. Bukan mengharapkan agar orang lain memulakannya. Ini barulah ‘fikir ummah’ namanya.
Huhhhhhhhhhh…..hatiku mengeluh panjang. Aku merasa sugul. Benarlah kerisauan Maimum bin Mahran rahimahullah akan Al-hawa dan “kilauan pelbagai nama”. Hakikatnya sama. Jahilliyahnya sama. Hanyasanya namanya yg berbeda. Ya aku akur akan permasalahan sebegini. Walaupun sudah seringkali diperingatkan, aku masih lagi dikelirukan oleh “kilauan pelbagai nama” ini.
Kurasakan waktu merangkak pergi. Pelbagai persoalan melintasi ruang legar pemikiranku. Satu demi satu mengingatkan aku kembali tentang keikhlasan. Terutamanya dalam menikmati kehangatan ukhwah yg baru kukenali di bumi Kangaroo ini.
Cukup sekadar ini dulu. Makin lama aku memikirkannya makin kurasakan aku tidak mampu untuk melakukannya, sedangkan sosok tubuh yg tercegat didepanku ini masih lagi tidak member reaksi positif. Namun apa yg mampu aku buat selain dari tersengih seraya cuba untuk memperbetulkan keadaan. Moga-moga anugerah tuhan yg berada di antara dua bibirku ini mampu untuk mengembalilkan semula bicara kami yg terhenti… Ya tuhanku, tolonglahlah hambamu ini!
“Tak mengapalah Badrul, Masam di bibir Zulfaqar ni tak berkekalan, Kejap lagi hilanglah tu! Tetapi manis yg hadir di sebalik epal tu tak berkesudahan”
Ahhhhhhah! Aku menarik nafas dalam-dalam bila sahaja kata-kata itu menyentuh gegendang telingaku. Bertepatan dengan masa dan ketikanya. Inilah “words of comfort” yg kutunggu-tunggu semenjak tadi.
Zulfaqar menguntum senyum diikuti oleh tawa kecil mereka berdua. Sekarang aku bingung. Walaupun aku tahu tindakan Zulfaqar untuk ketawa itu adalah sesuatu yg boleh dijangkakan. Namun bila ianya berlaku hatiku rasa tidak senang. Lagipun hubunganku dengannya bukanlah intim sangat. Astaghfirulah….Belumpun tahu hujung pangkalnya, aku sudah menjadikan emosi sebagai pemandu jasadku. Mungkin dia memahami perkara yg berbeda dari apa yg aku fahami. Mungkin..Mungkin..
Saraf-saraf yg berselerakan di hujung jari jemariku hampir sahaja tidak merasai tekstur wajahku kerana kulit mukaku yg makin menebal dek kerana malu. Malu dengan sikapku sendiri. Walaupun dah banyak yg aku pelajari, sikit sekali yg dipraktikan. Usrah setiap minggu. Bacaaan Al-quran hampir setiap waktu. Qiam pula hampir setiap malam. Namun kenapa jadi begini? Kesannya keatas diriku tidak memberangsangkan. Dimanakah silapnya, Kualiti atau kuantiti? Apalagi yg belum kulakukan? Rasanya keberadaanku boleh dirasakan hampir di seluruh rumah di sekitar kota Melbourne ini. …Perlahan-lahan ku usapkan dadaku untuk menenangkan diri.
“Manisnya ukhwah kerana keikhlasan, dan segala-galanya kembali kepada keutuhan iman”
Uzair menghabiskan kata-katanya dengan memandang tepat ke arahku seolah-olah dia mengetahui apa yg bermain di benak pemikiranku.
Pergolakan emosi sebegini seringkali terjadi padaku sejak dahulu lagi. Jika dahulu, aku menanganinya secara sombrono. Sekarang aku punya teman untuk diajak bicara bagi mengatasi kekurangan diri. Paling tidak pun keberadaan di kalangan mereka membantu menyuburkan imanku. Baru kusedar pentingnya untuk aku tegar dalam mentarbiyyah diriku sendiri dan berlapang dada kepada saudaraku yg lain. Perasaan bersalahku terhadap Zulfaqar kian menebal lantaran krisis identiti yg wujud diantara kami. Walaupun saling berpandangan dan bertukar senyuman, namun jauh di sudut hatiku, ada sesuatu yg merunsingkan diantara kami. Namun tak pernah aku cuba untuk menanyakannya kepada dia. Wushhhuuuhhh…Bunyi itu mematikan fikiranku. Kulihat Uzair melalukan pinggan kaca putih buatan india yg siap digosoknya di bawah aliran air paip. Kenal benar aku dengan pinggan tu. Itulah hadiah ibuku sempena kedatanganku ke Australia.
“Antum orang tahu tak! Jika ukhwahlah yg menyedarkan antum untuk kembali menjaga apa yg di ‘dalam’ ketika kita sibuk menyeru ke ‘luar’, itu merupakan suatu kemanisan”
Aku terpaku pada kelakuan yg membenarkan kata-katanya. Boleh jadi inilah sebab hubunganku dengan Zulfaqar berantakan. Maklumlah jarang sekali aku berada di rumah. Dahlah tu, masa aku di rumah hanyalah waktu tidurku semata-mata. Kebersihan tandas, susun atur dapur, cuci pinggan mangkuk, dan hampir kesemua hal ehwal rumah diuruskannya. Aku pula hanya sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila menunaikan giliranku memasak. Itupun jika aku punya masa lapang. Benarlah suatu kata pujangga Arab, ‘kalau manusia itu tetap manusia, apa yg ada pada seorang manusia tetapkan ada pada manusia lain’. Siapa pun di tempat Zulfaqar tentunya sedikit kecil hati dengan kelakuanku. Orang lain pun menyeru orang juga. Namun masih punya masa untuk perkara-perkara lain kerana setiap sesuatu itu ada hak yg perlu kita tunaikan kepadanya. Islam itu syumul bukannya terletak pada keluar menemui orang semata-mata. Itu amat kecil skopnya. Malahan menunaikan hak seumpama itu juga merupakan seruan kepada islam. Aku berharap ini akan menjadi suatu sempadan buatku di hari mendatang. Sepatutnya aku yg meringankan beban saudaraku sepertimana diajukan ayat 9 surah Al-hasyr. Lebih-lebih aku keluar bertemu manusia untuk keredhaan ilahi bukan maksud duniawi. Masakan aku mendapatnya jika hanya sebahagian hak sahaja yg aku tunaikan dan mengabaikan selainnya.
وَالَّذِينَ تَبَوَّؤُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
9. Dan orang-orang yang Telah menempati kota Madinah dan Telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) ‘mencintai’ orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung
Errrr..Cuma masih ade suatu keraguan, kenapa Zulfaqar mendiamkan sahaja perkara ni? Adakah kerana dia mahu menjaga ukhwah atau ….? Entahlah sampai sekarang aku belum dapat menemukan jawapannya. Pintaku agar nanti akan ada mereka yg sanggup untuk menjawabnya. Harapanku biarlah persaudaraan ini bertunjangkan keikhlasan agar ia kekal basah selamanya walaupun di suatu masa nanti kami mungkin tidak lagi sehaluan.