Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
|
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
![]() "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
..hakikat rijal..Dunia semakin tenat... Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran... Pulang membawa pesanan yang dikirim... Umat masih tertinggung di tangga... Dengan dua tangan bertupang dagu... Mengintai andainya kelihatan... Langkah pulang seorang rijal ******************** Kononnya "Menyeru ke arah kebaikan,Mencegah kemungkaran" Mana kebaikan yang saya seru? Mana kejahatan yang saya cegahkan? Retorik semata-mata! "Rijal"!! Sekadar gelaran diri.. Menyedapkan hati.. Kononnya diri ini sudah menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim Sejati.. Amal kebaikan dibuat bekalan diri.. Qiamullail tak ketinggalan dalam hari-hari.. Quraan sudah puas di "hayati".. Namun... Pekerjaan "lagha" masih belum disinggirkan.. Kecintaan terhadap duniawi,masih belum dikikiskan.. Zina hati,masih belum diabaikan... Hai Rijal.. Benar-benar ikhlaskah dikau? Tuluskah dikau? Betul-betul berkesedarankah dikau? ![]() Hai Rijal, Masih belum sedarkah dikau? Masih belum terjumpa jalan pulangkah dikau? Atau dikau masih terkontang-kanting memilih jalan hidupmu? Duhai Rijal, Pulanglah... Kembalilah kepada jalan yang satu Berdirilah kau di atas jalan yang lurus... Tertegaklah kau di atas jalan-NYA... "Tatkala dunia durjana menggelap dalam kehancuran Allah menjemput hadirnya Dakwah dan Tarbiyyah dalam dirimu Saat itu,umat jahil memanggil dan mencari kebenaran Tatkala itulah wahai Rijal Hadirmu ditengah umat sebagai cahaya Langkahmu perlu diatur Bicaramu perlu digubah Amalmu perlu ditambah" Sedarilah hai Rijal.. Jalan masih panjang... ...melangkah jauh...******** Rakan-rakan yang melata di muka bumi, mengembara, dari Mesir hingga ke Amerika, demi masa depan Islam, ini dalam tabah saya cuba berkongsi. Kisah orang-orang mengembara sudah terlalu biasa kita dengar. Kita dengar orang mengembara melihat dunia, kita dengar orang mengembara menambah ilmu, kita dengar orang mengembara mencari rezeki. Terselit di celah-celah liku pengembaraan mereka kisah-kisah keajaiban. Dalam keadaan susah menemui jalan keluar. Dalam keadaan terhimpit terbuka pintu yang luas. Itu semua kisah-kisah. Kita dengar, dan mungkin kita samada kagum seketika, atau mungkin juga kita menikmatinya, buat halwa telinga. Tiba masanya, bila kita sendiri yang berkembara, berkelana di bumi orang, kita bakal tahu sendiri besar dalamnya makna kisah-kisah dalam kembara yang dulu sekadar angin lalu di telinga kita. Susah dalam kisah bakal menjadi susah sebenar, yang sangat menguji. Tabah dalam kisah bakal menjadi tabah sebenar, yang sangat membebani. Mahu atau tidak, itu semua harus kita lalui. Paling BESAR yang bakal diuji dalam kembara kita ialah prinsip kita. Orang-orang Islam yang sebenar punya prinsip. Dan prinsip ini bakal digoyang-goyang, dihempas-hempas, digoncang-goncang, hingga mungkin, bagi pengembara yang lemah, akan tercabut akar-akar prinsipnya. Sedangkan kemenangan itu hanya bila kita THABAT (tetap teguh). ![]() Cumanya, penentu THABAT ini hanyalah Allah. Allah yang menguji, dan Allah juga yang bakal memberi anugerah THABAT. Doa dan sabar, itu ubatnya. Dalam tabah ini saya berpesan, kepada diri saya, dan rakan-rakan lain yang sedang dalam kembara : Biar senang biar susah, prinsip kita jangan goyah. Jalan masih panjang. "al-akh brat-mikrajovic" ***** Dalam Debat Cinta...Juta-juta manusia Labels: Adab wa Syi'r Relax ar...!??
Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini
1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar) Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!". Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syar'ie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil ‘warak berbungkus’. 2. Couple Duduk berdua di taman-taman, kedai- kedai makan, berjalan berdua malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa. Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita. Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'jangan jaga tepi kain orang'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tiada lagi ungkapan "amar makruf nahi mungkar" dalam kalangan masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda dengan sewenangnya berdua-duaan. 3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin "Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air hingga melibatkan keluarga. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘cop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan. 4. Telefon Tidak ‘Urgent’ Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syar'ie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab di hadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daie, ulama dan taruhan masyarakat di tanah air sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku. 5. SMS Tidak ‘Urgent’ Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala. 6. Berbicara Mendayu-Dayu Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan. 7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’ Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku..
Langgan:
Catatan (Atom)
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |




