Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
|
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
![]() "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Hakikat Nilai Sebuah Seruan (ii)Al-Quran itu untuk dakwah. Mari kita alihkan pandangan kepada nilai dakwah kepada Al-Quran. Jika kita meneliti Al-Quran, kita akan dapati dalamnya sangat banyak rahsia-rahsia ilmu, dan hikmah-hikmah Allah yang terkandung, yang sehingga kini kita belum mampu singkapi kesemuanya. Kisah-kisah generasi sebelum ini, sunnah kehidupan, kejadian alam yang belum tersingkap, kejadian hari Kiamat, kisah-kisah di syurga dan neraka dan banyak lagi isi kandungan yang sangat mengghairahkan ahli akademik untuk mengkaji satu persatu mengenai kandungan kitab suci itu. Namun dalam sibuk pencarian kita secara ilmiah terhadap isi kandungan Al-Quran, dalam sibuk kita menghafaz Al-Quran dengan berbagai-bagai cara bacaan, kebanyakan manusia terlupa suatu perkara penting yang selalu diulang-ulang dalam Al-Quran ; “Ia tidak lain hanyalah sebagai peringatan kepada seluruh alam” – Surah Saad “Ia bukanlah melainkan peringatan kepada seluruh alam” – Surah At-Takwir “Ia tidak lain hanyalah peringatan kepada manusia” – Surah Al-Muddatsir “Dan sesungguhnya ia adalah yang diturunkan oleh Tuhan sekalian alam, yang diturunkan melalui Roh yang jujur (Jibril), ke atas hatimu agar engkau menjadi di kalangan orang-orang yang memberikan peringatan, (ia diturunkan) dengan lisan Arab yang nyata” – Surah Asy-Syu’araa “Sesungguhnya ini hanyalah peringatan, dan sesiapa yang kehendaki, dia akan mencari jalan bertemu Tuhannya” – Surah Al-Muzzammil & Surah Al-Insan Hakikat tujuan Al-Quran ini kurang difahami dan dihayati oleh manusia kini. Tidakkah kita perhatikan bahawa Al-Quran itu hanya turun selepas Muhammad S.A.W itu dilantik menjadi Rasul ? Tidakkah kita perhatikan ayat ini ; “Dan setiap yang Kami kisahkan padamu (wahai Muhammad) daripada kisah-kisah rasul sebelum ini adalah untuk menetapkan jiwamu, dan dari pada kisah-kisah itulah akan datangnya kepadamu kebenaran, dan nasihat serta peringatan untuk orang mukminin” – Surah Hud Benarlah Al-Quran, kehebatannya akan sentiasa melahirkan rijal-rijal dakwah yang memikul risalah. Kehebatannya itu adalah pada tujuan diturunkannya, iaitu dakwah. Tanpa kewujudan kepentingan dakwah ini, sudah pasti Al-Quran tidak akan diturunkan kepada manusia, dan sudah pasti para rasul tidak diutuskan dan mengajarkan kepada manusia segala hakikat kehidupan dan syariat. Kemuliaan pemikul risalah Para duat yang memikul risalah pada hari ini tidak harus merasa kecil, dan sempit dada jika mereka mengharungi jalan dengan penuh derita dan segala cubaan. Mereka sepatutnya merasa kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada para anbiya’ dalam mengajar manusia erti kehidupan dan membawanya kepada jalan Allah. Para pemikul risalah harus merasakan bahawa jika tidak wujud, maka umat manusia terdedah kepada ancaman azab Allah, kerana dunia ini tidak redha jika dakwah tidak wujud dan ditentang sehabis-habisnya. Kita boleh melihat hakikat ini pada sejarah para anbiya’, ketika mana azab akan diturunkan selepas mereka mendustakan para rasul yang telah diutuskan kepada mereka dengan berbagai bentuk azab. Ia merupakan suatu isyarat seolah-olah Allah ingin menyatakan pada kita ; “Jika kamu tidak mahu menerima dakwah, maka tiada sebab lagi kamu layak wujud di bumi yang aku ciptakan ini dengan tujuan ini” Kemudian Allah akan hantarkan apa jua tenteranya yang hanya Dia sahaja yang tahu ; “Dan tiada sesiapa pun mengetahui tentera-tentera-Nya kecuali Dia” – Surah Al-Muddatsir Dan menggantikan golongan manusia yang menentang dakwah itu dengan generasi yang lain, dan begitulah sunnah Allah seterusnya kepada umat manusia seperti yang kita dapati dalam sejarah-sejarah kemanusiaan dan perutusan para rasul. Bezanya situasi di atas dengan situasi kita sebagai umat Muhammad S.A.W, risalah Islam yang kita imani ini adalah untuk seluruh umat manusia, seluruh dunia, sedangkan risalah para anbiya’ hanya untuk kaumnya dan kawasannya sahaja. “Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) kecuali untuk seluruh umat manusia, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi amaran” – Surah Saba’ Oleh itu para duat harus sentiasa meneliti ayat Allah dalam surah Al-Baqarah ; “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada manusia, kamu menyuruh mereka kepada makruf dan melarang mereka daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah” Dengan ayat ini para duat akan sentiasa rasa izzah kerana tugas mereka itu adalah tugas yang paling mulia, dengan tugas itulah baru Al-Quran diturunkan, dengan tugas itulah baru bumi ini akan dapat tetap di tempatnya dan dengan itulah baru keamanan sejagat tercapai. Apabila kita samakan fenomena kejadian bumi ini yang tidak menerima (secara fitrahnya) selain kebaikan, kita boleh mendapati bahawa para duat inilah orang yang paling bermanfaat kepada manusia ; “Demikianlah Allah buat perumpaan yang benar dan batil, adapan buih lautan hanya akan hilang tanpa gunanya, sedangkan apa yang memberi manfaat pada manusia akan terus kekal, begitulah Allah membuat perumpamaan” – Surah Ar-Ra’d Ia seolah-olah menunjukkan bahawa yang batil itu tetap akan hilang dan yang benar tetap akan bertahan. Ia juga memberi isyarat yang halus kepada para duat agar terus meyakini dakwah mereka akhirnya pasti akan menang pada pusingan terakhir, walau apa jenis mehnah pun yang menimpa mereka. Berlakunya kiamat kerana tamatnya umur dakwah Hinggalah pada akhir hari dunia, apabila tiada lagi seruan dakwah, maka ketika itu terjadilah segala yang telah Allah rakamkan dalam surah-surah Makkiyah, apabila bintang-bintang jatuh ke bumi, apabila bukit-bukit tergoncang, dan apabila bumi meluahkan isi-isinya. Pada ketika itu bumi sudah hilang tujuannya, pada ketika itu langsung tiada sesiapa pun menyebut kalimah Allah, ketika itu kesemua yang beriman walau sebesar zarah pun telah dimatikan. Ia adalah penghujung hayat dunia ini. Ketika kerosakan memuncak dan kesemua penghuni bumi tidak beriman, ketika itu bumi tiada sebab untuk dikekalkan, maka datanglah hari yang paling dahsyat untuk seburuk-buruk golongan manusia, iaitu golongan yang layak menyaksikan hari Kiamat. Kesimpulan Jika kita lihat pada apa yang telah diterangkan di atas, kita akan memahami bagaimana akhirnya dakwah ini adalah untuk dunia, dan dunia ini adalah untuk dakwah. Kita akan merasakan bahawa Al-Quran itu untuk dakwah, lantas kita hidup dengannya sebagai penyuluh jalan. Kita akan merasakan bahawa Rasulullah S.A.W adalah ketua kita yang memimpin kita memahami dakwah ini dalam sirahnya, maka kita mencintainya atas dasar itu. Kita akan merasakan orang-orang yang telah pergi sebelum kita yang telah mengukir jalan ini sebagai nenek-moyang kita yang mempunyai pertalian yang lebih agung daripada pertalian darah, iaitu pertalian risalah, lantas kita hormati mereka dan mengikut jejak langkah mereka dan petunjuk-petunjuk mereka. Kita akan merasakan sahabat-sahabat dakwah kita adalah orang yang akan memegang tangan kita sewaktu kita berjalan menuju syurga lantas bersama-sama golongan para anbiya’ di sana Kita akan merasakan hubungan yang sangat rapat dengan seluruh alam, di mana alam meredhai segala gerak geri kita, seluruh haiwan akan mencintai kita, seluruh tumbuhan akan menyokong kita. Tidakkah hadis mengenai pohon yang bercakap pada akhir zaman itu suatu bukti sokongan mereka kepada golongan yang benar ? Di atas kesedaran itu, maka kita akan merebut segala peluang yang ada untuk mencernakan tujuan ini, dalam setiap lapangan, dengan kemuliaan yang telah Allah berikan kepada kita, serta tanggungjawap yang Allah akan tanya pada kita. Dengan kesedaran terhadap betapa mahalnya nilai dakwah ini, maka barulah kita mampu korbankan benda yang paling mahal bagi kita, iaitu roh kita untuk tujuan dakwah ini. Dengan itu kita akan fahami betapa pemurahnya Allah kerana membeli jiwa kita yang hina ini dengan syurga yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak pernah terlintas dalam hati-hati manusia! Akhirnya barulah kita akan mampu bertemu Allah, dengan saham dakwah kita yang telah kita korbankan dan buktikan dengan segala usaha kita, masa kita, duit poket kita, titik peluh kita, dan darah kita, sebagai bukti betapa kita telah tunaikan amanah dakwah yang sangat berat ini. “Dan katakanlah (wahai Muhammad) ; Beramallah, maka Allah akan melihat amal kamu, dan juga rasul-Nya, serta seluruh mukminin” – Surah At-Taubah “Katakanlah (wahai Muhammad) ; Inilah jalanku, aku menyeru kepada Allah, aku dan orang yang mengikutiku, maha suci Allah, dan tidaklah aku ini di kalangan orang-orang yang menyekutukannya” – Surah Yusuf Hakikat Nilai Sebuah Seruan (i)Dunia yang sudah tua ini telah menyaksikan pelbagai peristiwa-peristiwa besar, bermula daripada penurunan Adam A.S dan Hawa A.S sehinggalah hari ini. Berbagai peristiwa yang berlaku telah menjadikan dunia ini sentiasa bersedia menerima segalanya dari tangan-tangan manusia, baik yang baik dan yang buruk. Kejadian gempa bumi, peperangan, pencabulan tanah suci, kezaliman, dan bermacam-macam lagi yang kini dilalui oleh dunia pada saat ini. Rahsia tunggal Namun di sana terdapat satu rahsia yang menolak dunia untuk terus kekal sehingga hari Kiamat. Rahsia yang terkumpul padanya segala kandungan risalah yang dibawa oleh para anbiya’ dan salafussoleh. Dunia hanya mampu bertahan jika perkara ini ada padanya. Ia merupakan perkara daripada urusan Allah yang hanya dengannya diturunkan Adam, hanya dengannya diutus para rasul kepada seluruh umat, dan hanya dengannya Al-Quran diturunkan, sebagai hidayah kepada semua manusia. Rahsia itu adalah dakwah Allah yang dibawa oleh para rasul dan diteruskan oleh para khulafa’ rasyidin kemudian para salafussoleh yang meneruskan penyampaian risalah dakwah ke seluruh alam. Allah S.W.T telah berfirman ; “ Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut Dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta Dalam tentera Talut) membunuh Jalut. dan (Sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) Kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam”, [Al-Baqarah:251] Ayat di atas menunjukkan peranan segolongan manusia yang melawan kerosakan segolongan yang lain supaya bumi ini tidak hancur kesemuanya dengan kerosakan mereka. Ayat ini juga menunjukkan kemuliaan generasi dakwah yang berusaha mendidik anasir-anasir kebaikan bagi melawan arus kejahatan yang hanya membawa kepada kerosakan dunia, dengan Allah menggunakan nama-Nya dalam ayat “sekiranya Allah tidak menolak”. Kemuliaan dakwah ini sehingga Allah menjadikan ia merupakan golongan yang datang daripada Allah atau hizbullah yang membawa maksud kumpulan Allah yang menentang hizbus syaitan iaitu kumpulan syaitan. Jemaah dakwah qudwah Jika kita melihat ayat-ayat sebelumnya, kita akan mendapati kisah tentera Talut memerangi Jalut. Kita juga akan mendapati (pada ayat sebelumnya) mengenai suatu proses penapisan dalam memilih anggota dakwah yang akan menyertai saf peperangan melawan golongan batil. Ia merupakan suatu susunan rabbani yang sangat indah, seolah-olah menunjukkan suatu susun atur sesebuah jemaah dakwah yang membawa arus fitrah, untuk melawan jemaah jahiliyah yang membawa arus fitnah. Dalam ayat-ayat itu terdapat beberapa ciri-ciri jemaah qudwah iaitu : 1. Proses pemilihan saf yang mantap dan penapisan yang sentiasa berlaku 2. Pemilihan pemimpin yang tsiqah dan rabbani (Ketegasan Talut dalam penapisan tentera) 3. Tsiqah kepada janji Allah (berapa ramai kumpulan yang kecil telah memenangi kumpulan yang besar bilangannya ?) 4. Mengambil asbab-asbab kemenangan (Daud menggunakan batu membunuh Jalut) 5. Tawakkal yang tinggi kepada Allah (dibuktikan melalui doa mereka) 6. Tsabat di atas perjuangan walaupun ramai terkorban dan tercicir (bermula daripada pemilihan panglima tentera sehingga ke medan peperangan) 7. Pemilihan saf berteraskan keteguhan iman, bukan selainnya. Ciri-ciri ini perlu ditepati agar sejarah yang telah ditunjukkan oleh Allah ini dapat digunakan pada tempatnya dan diamalkan selari dengan tuntutannya agar kita berjalan selari dengan sunnatullah terhadap alam ini, dan apa yang telah ditetapkan dalam jalan dakwah ini. “Dan kamu tidak akan sekali-kali mendapati sunnatullah itu bertukar” – [Al-Ahzab:62] Permulaan era kegemilangan tamadun manusia Jemaah qudwah ini telah dirakamkan oleh Allah sebagai sebuah permulaan ke atas era baru kemanusiaan. Syed Qutb r.h.m telah menyebut dalam Fi Zilal Quran, bahawa selepas pertempuran antara kedua-dua kumpulan ini, terbentuknya sebuah kerajaan yang diterajui Daud A.S sebagai raja dan memerintah dunia pada waktu itu. Pemerintahan itu seterusnya diterajui oleh Sulaiman A.S, anak baginda. Teknologi telah mula berkembang pada tangan mereka berdua di mana Allah menyebut dalam surah Al-Anbiya’ bahawa Allah telah mengajar Daud A.S membuat baju besi sebagai peralatan perang, dan juga dalam surah An-Naml di mana Sulaiman A.S telah mempunyai Istana Kaca yang menjadikan ratu Balqis memeluk Islam. Jika kita teliti dalam Al-Quran, Allah hanya pernah menyatakan secara jelas kepada Daud A.S suatu amanat Khalifah dalam surah Saad ayat ke-26 ; “Wahai Daud, sesungguhnya Kami jadikan kamu ‘khalifah’ di muka bumi ini maka adililah manusia dengan kebenaran, dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu lantas menyebabkan engkau akan sesat daripada jalan Allah, sesungguhnya orang yang mengikut hawa nafsunya akan dikenakan azab yang pedih, kerana mereka melupakan Hari Perhitungan” [Saad:26] Amanat khalifah ini telah Allah nyatakan secara jelas, kerana ketika itu Daud A.S telah memegang tampuk pemerintahan Palestin dan menguasai dunia, selepas beliau terpilih dalam saf Talut, lantas Allah memilih beliau lagi untuk mengalahkan Jalut, kemudian Allah memilih beliau untuk memegang jawatan sebagai raja kepada Bani Israel, pada ketika itu. Pandangan kita terhadap perkara ini sungguh luas. Kita memandang bahawa permulaan sesuatu tamadun itu bermula daripada sebuah jemaah dakwah qudwah yang berjuang menentang arus jahiliyah dan mengalahkannya. Sebuah jemaah dakwah qudwah itu bermula daripada hidupnya roh dakwah dalam jiwa-jiwa para duat yang beriman dengan fikrah dakwah yang sebenar lantas bergabung tenaga dan membentuk sebuah kumpulan yang hebat. Selepas itu akan datanglah kemajuan-kemajuan lainnya dari segala aspek untuk membentuk era kegemilangan hidup manusia, di mana dakwah Allah merupakan perkara yang tertinggi di muka bumi ini... BERSAMBUNG ke SIRI 2
Ribhatul MawaddahRibatul Mawaddah (ikatan kasih sayang) Kenangan 2008/2009 Moga Ukhuwwah kita berkekalan. Special Thanks to Nik Uqbah (ex-roomate sem 3 C'jil) Uqbah,anta memang pandai la bab-bab sentimental ni. :) SPM 2009
11 Mac 2010
Hari ini,rasa kurang sihat.Semenjak semalam lagi. Nak buat ayat bunga-bunga sebagai intro pun tak mampu.Yelah,hari ini kan keputusan SPM keluar.Cuma nak ucap tahniah kepada semua yang mengambil result SPM,terutamanya buat adik lelaki saya (Syed Muadz,SAMBEST Subang).Walau apa pun keputusan kalian,yakin-lah itu adalah yang terbaik untuk takdir kalian.Setelah bersungguh-sungguh belajar dan menjawab soalan,seindah-indah perasaan dan perkara selepas itu ialah bertawakal dan redha dengan apa jua kehendak Allah.Apa jua keputusan yg diperoleh,syukur dan berdoalah agar keputusan itu diberkati,dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Teringat zaman saya di menengah rendah dahulu.Semasa tingkatan satu dan dua di Perak,saya cukup 'kurang pandai' dalam semua matapelajaran,kecuali Pendidikan Islam.Rata-ratanya,saya hanya mampu mendapat 40-60% dalam subjek sains dan matematik.Takdir Allah akhirnya telah memindahkan saya ke sebuah sekolah di Seremban setelah tamat tingkatan dua,memulakan kehidupan dan suasana belajar baru di sana.Malam sebelum keputusan keluar,saya bermunajat 'habis-habisan' di depan Allah,memohon agar saya mendapat keputusan yang cemerlang.Alhamdulillah,Allah perkenankan permintaan saya.Saya memperoleh 'A yang penuh' dalam peperiksaan PMR pada tahun itu,tahun 2005. Dengan harapan yang tinggi,saya mahu menyambung tingkatan 4 saya di KISAS (KIK) dalam bidang sains.Macam-macam 'kabel' saya guna,termasuklah 'kabel yang kebal',saya gagal untuk menyambung pelajaran di sana walaupun mempunyai keputusan yang cemerlang.Pernah saya melafazkan kata-kata ini,"dapat cemerlang pun susah,tak cemerlang pun susah.Baik tak payah belajar susah-susah". Akhirnya,saya belajar sementara di SMK Seri Gombak (Semerbak) dan kemudiannya mendapat tawaran untuk belajar di SMAKL,sekolah yang sangat-sangat saya tak mahu masuk suatu ketika dahulu.Dan di SMAKL,rupa-rupanya Allah sediakan pelbagai ilmu untuk saya tuntut di sana,Allah buka laluan yang mudah untuk masa depan saya,dan akhirnya,saya adalah saya yang sekarang,penuntut di Universiti Al-Azhar,Kaherah dalam bidang Perubatan,Tahun Pertama.Alhamdulillah. Bukan niat saya untuk menceritakan sejarah hidup sendiri,cuma mahu berkongsi pengajaran. ~Kadang-kadang,kita terlalu mahu untuk menjadi seorang yang cemerlang di depan manusia sehingga kita lupa bahawasanya cemerlang itu hanyalah sementara,bahkan cemerlang di depan Allah,itu yang utama. ~Dalam doa saya pada malam sebelum keputusan itu,saya lupa untuk memohon supaya Allah memberkati apa jua keputusan yang saya peroleh kelak.Boleh jadi,keputusan cemerlang saya itu tidak diberkati,dan segala laluan saya menjadi sukar.Jangan lupa untuk berdoa agar setiap perkara dalam hidup kita sentiasa dalam berkatnya. ~Kadang-kadang juga,Allah tidak memperkenankan semua permintaan hamba-NYA secara langsung.Jalan yang kita rasakan lancar dan mudah sepanjang perjalanan tidak seperti yang kita harapkan.Allah lencongkan kita melalui jalan yang sukar sedikit dan agak jauh.Rupanya-rupanya,jalan itu adalah jalan yang jauh lebih baik dari jalan yang kita rasakan paling baik. ~Ingatlah selalu,setiap ujian hanya untuk menguji dan mematangkan.Ujian,tak semestinya yang 'bala-bala' belaka.Bahkan kesenangan juga adalah ujian. Tahniah sekali lagi untuk kalian. 12A,11A,10A,9A,8A,7A,6A,5A,4A,3A,2A,1A atau tiada A langsung. Itu hanya angka. Itu hanya hitungan si hamba. Itu hanya kesenangan sementara. Itu hanya ujian,untuk dilihat siapa yang leka dan alpa. "Alangkah takjubnya orang Mukmin.Apabila diberi kenikmatan,dia bersyukur.Apabila dia diberi kesusahan,dia tetap bersyukur..."
Langgan:
Catatan (Atom)
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |





