Erti hidup pada memberi


Melihat perkahwinan sebagai medan untuk MENERIMA menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta.Melihat perkahwinan sebagai medan untuk MEMBERI,akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

****************

"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya,maka kahwinkanlah.Jika tidak kamu laksanakan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas" (Riwayat Tarmizi)

TINTA PENULIS

front cover-nya muka kelihatan agak jambu sedikit(ikut bahasa sekarang) dengan warna biru awan dihiasi tautan merah-hijau warna hati,ditambah pula dengan tajuk besarnya yang berkaitan NIKAH,mungkin mengundang pelbagai spekulasi dan tanggapan daripada rakan-rakan mahupun keluarga sendiri.

Pada rakan-rakan di kampus,soal perkahwinan bukan lagi soal yang tidak relevan atau tidak perlu difikirkan oleh kita.Bercinta tidak salah kerana cinta itu FITRAH.Akan tetapi rumah tangga di bina bukan hanya atas tiket cinta semata-mata.Bukan juga hanya untuk menghindar kemungkaran.Kupasan Ustaz Hasrizal dalam karyanya ini menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda semua.

Cubalah baca.....