Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Hanya tinggal sehastaAku tahu Ramadhan tinggal sehasta Indah gerbangnya Seperti melengkung cakerawala terlingkar mawar, wangi kasturi Hanya tinggal sehasta Aku tahu, detik-detik ini amat berharga Bila pagi tiba, aku berharap senja kan menjelma Dan bila senja menjelma Hati kecilku bertanya Adakah diri ini akan ada pada esoknya Aku tahu Ramadhan pasti tiba Sehasta sahaja jaraknya Tetapi rasa takut ku ini, menyelebungi jiwa Menjalar rapat, berhimpit-himpit Antara nadi dan aorta Aku takut, bimbang, gentar Seandainya aku tidak bertemu dengan puasa Kerna diri ini telah bertemu dengan Sang Pencipta Bulan itu, Hampir ku menggapainya Semakin hari, semakin hampir aku denganya Namun dihati ini, masih tertanya-tanya adakah diri ini akan terpilih olehNya Tidak sabar dihati ini untuk menemuinya Alangkah indah dan bahagia Dijiwa ini, tatkala menemuinya Seandainya diri inilah yang dipilih olehNya Ramadhan, Hanya tinggal sehasta sahaja jaraknya Bisakah diri ini untuk sampai ke sana Acapkali aku terdengar akan keistimewaannya Bisa menjadikan hati-hati yang rindu padanya Semakin begelora, bagaikan ribut taufan ditengah pelayaran Keampunan diberikan pada hambaNya Dimakbulkan doa dan segala permintaan hambaNya Malam Lailatul Qadar dijanjikan pada hambaNya Yang amat rindu,cinta,kasih dan sayang padaNya Itulah malam kemuncak Dan malam yang dinantikan oleh hati-hati yang sentiasa mendamba cinta dan maghfirahNya Saat ku merenung diluar jendela pagi Terhampar langit biru Bertukar gelap, dan hanya diterangi dengan hadirnya bulan purnama menjadi teman setia Aku sedar dan mengerti Bulan itu semakin hampir dengan diriku Hanya sehasta sahaja jaraknya Kini, aku kian mersa kehangatannya Bulan yang penuh dengan rahmatNya Bulan yang penuh dengan keampunanNya Ya Allah, Sampaikanlah aku kesana Hatiku ini, semakin rindu padanya Aku ingin memilikinya walau seketika cuma Pilihlah aku, agar aku dapat merasai kemanisannya Ramadhan,Ramadhan,Ramadhan............ 26 Julai 2011 Kaherah,Mesir p/s : hasil karya Ahmad Morshid,Pelajar Usuluddin Tahun 1 Universiti Al-Azhar. Rakaman audio di sini. -----*****----- Hanya tinggal sehasta. Sudahkah kita bersedia? Tinggatkan azam,padukan tekad. Jadikan Ramadhan pada tahun ini,lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Mungkinkah Ramadhan ini yang terakhir bagi kita?
Allahumma Ballighna Ramadhan! AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |