Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Antara KFC dan RFCFATWA PROF. DR. YUSUF AL-QARADHAWI : AGAR UMAT ISLAM MEMBOIKOT SEMUA PRODUK AMERIKA Ramai antara kita yang tidak sedar akan maslahat ini.Mungkin juga ramai yang tidak tahu.Atau,tahu tapi buat-buat tidak tahu. Sejumlah (lebik kurangla) USD 10 000 000 dihantar ke Israel,untuk membunuh umat Islam di Palestin,dalam sehari.Lebih 'menyeronokkan',duit-duit yang dihantar itu merupakan duit-duit kita,yang kita 'bayar' (seolah-olah) untuk membunuh adik beradik kita di Palestin melalui belian barang-barang difatwakan boikot! Tidak keterlaluan rasanya jika saya katakan,puncanya adalah daripada kurangnya perasaan sensitif dalam diri setiap umat Islam,yang berpunca daripada kurangnya ketaqwaan dan pegangan 'akidah dan tidak atau kurang bersifat ehsan (merasakan Allah melihatnya dalam setiap pekerjaan yang dilakukan) dan sering mengikut dorongan hawa nafsu serta kurang kefahaman akan situasi ini. APA ITU PALESTIN? 1.Kiblat Pertama Ummat Islam (QS 2/142-143) Di Madinah masih terdapat masjid Qiblatain dimana kaum muslimin solat Subuh menghadap ke masjid al-Aqsha lalu pada raka’at kedua menghadap ke masjid al-Haram. 2.Tanah Isra’ Mi’raj (Quran; 17:1) Pemberangkatan ini bukan tanpa hikmah atau tujuan tertentu melainkan merupakan tadbir Ilahiyyah. 3.Kota Ketiga Yg Dimuliakan “Janganlah kamu berniat untuk bermusafir kecuali pada tiga masjid; Masjid al-Haram,Masjid al-Aqsa dan masjidku ini.” (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri ra.) Dalam hadith lain disebutkan : “Tanya para shahabat ra : Masjid manakah yang pertama kali dibina di muka bumi, Ya Rasulallah? Jawab nabi SAW : Masjid al-Haram.Tanya Sahabat lagi : Kemudian di mana lagi? Jawab Rasulullah S.A.W : Masjid al-Aqsa.” (HR Muttafaq ‘alaih) 4.Bumi Para Nabi Allah SWT menyebutkan tentang masjid al-Haram tetapi tidak menyebutkan “keberkahannya”, tetapi ketika menyebutkan tentang masjid al-Aqsa, DIA menyebut tentang “alladzi baarakna haulahu”. Dan ayat ini menafsirkan Quran 21:71 tentang tempat Ibrahim dan Luth,tempat Bani Israil setelah Fir'aun ditenggelamkan pd Quran 7:137, Negeri Saba’ pada Quran 34:18, dan tempat Sulaiman pada Quran 21:81, tempat pengutusan Isa bin Maryam pada Quran 95:1 (lihat al-Alusi, Ruh al-Ma’ani, 22/129; Ibnu Katsir, Tafsir al-Qasimi, 17/9196). 5.Bumi Jihad Kaum Muslimin di Akhir Zaman "Tidak akan terjadi Kiamat sebelum kaum muslimin memerangi Yahudi,sehingga batu dan pohon-pohon akan mengatakan kepada kaum muslimin dimana tempat persembunyian kaum Yahudi laknatullah,kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah) (1) Sumber dari Al-Quds Qadhiyyatu Kulli Muslim, Yusuf al-Qardhawi, Maktabah Wahbah, Cairo, Mesir. VS Ini masalah iman kita....Berkaitan hati kita....Macam-macam kaitannya,panjang kalau nak disyarahkan.Bukan mempromosi (walaupun secara tidak langsung),tetapi berkongsi. Saya cukup tertarik dengan info yang saya terima baru-baru ini,dan ianya sahih! *************************************************************************** KEMANAKAH HASIL KEUNTUNGAN HPA DISUMBANGKAN??? *********************************************************************************** Saya sudah...Anda bila lagi? *RFC = Radix Friend Chicken.Keluaran HPA (Herba Penawar Al-Wahida).100% Muslim AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |