Coretan hari minggu

Lenguh-lenguh badannya hari ni.
Tapi,itu tak terasa sangat baginya.
Dia punya sahabat baru hari ni..Sahabat-sahabat,lagi tepat!

******

Pagi itu,dia bangun awal.Ada temu janji..
Entah macam mana,lepas subuh,terlelap semula..Keletihan,tidur lewat semalam.
Sedar-sedar,jam hampir pukul 8.00pagi..Sedang temu janjinya pukul 8.15 pagi..

Aduh!

Mahu saja dia 'pukul' dirinya..Orang yang beriman tak patut ingkar janji!
Bergegas die ke bilik air,mandi dan bersiap diri.
Capai kasut dan stokin,terus meluru ke kereta.
Target: UIAM Gombak.

Suhaib sudah lama menunggu.Dia gerak dulu,sms nya..Dah sampai,beritahu dia..
Hati kecilnya betul-betul menyesal..Segera mahu memohon maaf bila berjumpa nanti.
Dia tiba di UIAM dalam jam 8.45 pagi.Huh!Lewat sungguh!
Segera dia 'sms' Suhaib.5minit kemudian,Suhaib tiba dengan beberapa orang rakannya.
Terpancar senyumannya dari dalam kereta,tidak ada langung tanda-tanda kemarahan!
Lega sedikit hatinya...Tak marah..

"Ok,yang baru sampai,'warm-up'..Pusing padang satu 'round'.."

Dia terasa ganjal pusing padang berseorangan,hinggalah dia terserempak dengan kawan lamanya,di pusat pengajian dulu..
Alhamdulillah,Selamat!
Add Image
"Kita mula main sekarang"..


Ini-lah janji temunya hari ini..Riadhah..bersama-sama bakal rakan-rakan yang dia sendiri tak kenal..
Ada yang tua,yang muda pun ada..Sebaya adiknya,tingkatan dua.
Nak berkenalan,tak sempat pula..dah mula bermain..(siapa suruh datang lewat!)

Sedang bermain,'partner' nya dalam posisi bola datang mendekat..
Memberi salam lantas bertanya nama..Takut panggil nama yang bukan-bukan,katanya..
Allah!..Mulia sungguh hatinya..
Terasa seronok bermain dengan mereka,walaupun tak pernah kenal.

Selesai bermain,ada 'warming-down' sikit..Abang-abang yang 'conduct'..
Penuh gelak ketawa!
selesai...Ada juga pengisian sedikit,tazkirah..
Masa tu-lah dia berkesempatan untuk berkenalan dengan 'rakan-rakannya'.
Mesra..macam dah lama kenal..

Indahnya ukhwah bila segala-galanya kerana Allah!

Dalam kereta,dia termenung sebentar..
Disebalik kebahagian yang dirasa hari ini,hatinya tiba-tiba bertanya..
Mana nak cari umat-umat Islam yang seperti ini?
Umat-umat yang seperti zaman nabi.
Bukan hanya kuat pada pegangan agama,menyebarkan risalah.Tapi juga pada jasmani.
Memang ada,tapi jumlahnya?

Sudah berkurangan..
Yang berpangkat 'ustaz-ustaz',yang muda-muda khususnya,kebanyakannya lebih gemar duduk di masjid,memberi ceramah dan tazkirah.Jarang ada yang turut sama bermain bola dan bersukan bersama remaja-remaja.

Yang remaja,sesetengahnya memang 'fit' badannya..Tapi,solatnya entah ke mana.Pergaulannya tak dijaga.

Di mana peranan dia,sebagai seorang muslim yang memahami erti kehidupan?
Masanya untuk dia bermuhasabah..
Bukan hanya memikirkan soal 'selamat sendiri-sendiri'.
Ya!Langkahnya perlu dirombak..

Bismillah..Terus jalan..