Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
اخشوشنوا..Bersusah-susahlah..
Mahu menjadikan tubuh badan itu sasa,memerlukan seseorang itu untuk kerap melatih otot-ototnya terhadap aktiviti-aktiviti yang berat dan menyusahkan.Kekerapan untuk memberikan kesusahan kepada otot,akhirnya akan menjadikan otot tersebut mampu menghadapi kesusahan-kesusahan yang diletakkan ke atasnya.
Perkara ini makruf (diketahui) oleh mereka yang membina badan ^_^ Bagaimana pula untuk menjadikan Iman seseorang itu sasa,mantap,kental dan tahan? Pada saya,formulanya sama. Melatih dengan KESUSAHAN. Kerana Iman itu lawannya adalah Al-Hawa' ( Hawa Nafsu ) Dan Al-Hawa itu,sentiasa menghendaki perkara-perkara yang menyenangkan. Tidur sehingga mata dipenuhi dengan tahinya.Makan sehingga penuh perutnya.Gelak umpama rahang mulut hampir tertanggal dari bekasnya. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang menyenangkan hati manusia. Saya jadi teringat pada tazkirah mingguan di Suq Sayarat,berkisar tentang ini.Katanya : Bersusah-susahlah,sesungguhnya nikmat itu tidak kekal. Kita berpeluang sebenarnya untuk mengamalkan pesanan ini.Lebih-lebih lagi yang sedang jauh melata,mengembara di seluruh dunia untuk menuntut ilmu.Susahnya untuk ke kuliah,susah untuk memasak,susah untuk berkomunikasi sesama ahli rumah yang tidak bersefahaman dan pelbagai lagi kesusahan terutamanya buat mereka yang bermusafir di bumi kinanah,Mesir ini. Jadi,pesan saya pada yang sedang menghadapi kesulitan : Tahniah kerana diuji.Bersabarlah.Jangan sesekali berputus asa dan mengeluh.Bila susah,itu tanda Allah sayang pada kita.Allah berikan pada kita peluang untuk membina iman kita.Boleh jadi ujian ini adalah untuk kesenangan dimasa akan datang.Boleh jadi ujian untuk mengangkat darjat kita di sisi Allah. Buat yang bahagia kesenangan diulit kemewahan dan kelapangan,cubalah untuk bersusah-susah.Memang kita akan cenderung dengan kesenangan dan kemewahan belaka.Tapi kesusahan itu boleh dilatih dalam suasana yang selesa. Caranya bagaimana...? Fikirkanlah. Ini isu hati dan iman kita. Coretan khas buat diri yang sedang diuji di dalam fatrah ujian.Juga buat teman seperjuangan yang dikasihi. AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |