Musyrikin Pasti Membenci ini.


Rakyat Malaysia, terutama umat Islam yang hidup dengan panduan Al-Quran adalah diseru untuk membantah keras penganjuran Konsert MTV di i-City, Shah Alam pada bulan Julai ini. Ini adalah kerana konsert tersebut seperti konsert-konsert ala Barat yang lain mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran dan syariat Islam seperti pendedahan aurat, percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, kata-kata yang tidak selari dengan disiplin Syarak serta meleka dan melalaikan umat Islam dari agenda-agenda utama yang mesti mereka tangani seperti menunjukkan teladan yang ulung kepada umat dan bangsa lain serta menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk rantau dan dunia.

Di antara cara membuat protes dan menggagalkan usaha penganjuran berkenaan ialah :
  1. Memberikan taklimat dan ceramah kesedaran kepada seluruh pelusuk masyarakat, dimulai dengan penerangan di masjid ketika solat Jumaat dan kemudian ke surau, sekolah, pejabat, kilang dan institusi-institusi lain.
  2. Menulis surat protes kepada pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen atau permit penganjuran konsert berkenaan.
  3. Menulis surat kepada Menteri Besar Selangor menyatakan bantahan sekeras-kerasnya restu yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri kepada pihak-pihak yang terbabit.
  4. Mengadakan demonstrasi aman di tempat-tempat yang strategik.
  5. Menyebarkan bantahan dan larangan melalui kemudahan seperti di email, facebook dan sebagainya.


Sabda Rasulullah saw bermaksud : 
“Siapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa) nya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mencegahnya dengan menggunakan lidah (nasihat, bantahan dsb) nya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mencegahnya dengan menggunakan hati (benci) nya, yang merupakan iman yang paling lemah”.


Tidakkah Allah sudah memberi peringatan azab bagi mereka yang mengingkari-NYA?

Semoga Allah swt memelihara negara dan umat kita dari perancangan jahat musuh-musuhNya, membersihkan hati dan jiwa para pemuda dan pemudinya dan menjadikan agamaNya mendominasi masyarakat di dalam negara, rantau dan dunia ini sekaliannya, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
http://inijalanku.wordpress.com/