Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Debu Yang BerterbanganIni adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka tadabbur ayat-ayatnya dan supaya mereka mendapat pelajaran (atau memberi peringatan) kepada orang-orang yang mempunyai akal fikiran (ulul albab). Siri tadabbur dan tafsir ayat al-Quran yang saya ikuti hampir setiap minggu memberikan suatu keseronokan dan kenikmatan ketika membaca al-Quran.Begitu menyeronokkan,walaupun tidak memahami setiap ayat yang dilafazkan.Seronok kerana mendapat gambaran yang jelas dan meluas tentang ayat dan surah tersebut.Seronok kerana dengan mentadabbur ayat Al-Quran itu sendiri,sudah mampu memberi peringatan kepada diri,tanpa memerlukan seorang Syeikh mahupun Ustaz-Ustaz yang berceramah.Bukankah itu suatu yang menyeronokkan? Maka jelaslah Al-Quran itu sebagai peringatan dan khabar gembira buat manusia yang mahu menghayatinya.Saya sertakan sebuah contoh dari kefahaman yang saya peroleh dari mempelajari dan mentadabbur ayat Illahi dari surah Al-Ghasiyah,ayat 1-3. هل أتىك حديث الغاشية.وجوه يومئذ خاشعة.عاملة ناصبة.تصلى نار حامية. Sudah datangkah kepadamu berita (tentang) hari pembalasan?.Banyak muka pada hari itu tunduk terhina.Bekerja keras lagi kepayahan.Memasuki api yang sangat panas (neraka). Pada hari Qiamat,terdapat segolongan manusia yang bermuram durja,menampakkan wajahnya yang kelihatan muram,hina dina,putus asa seolah-olah segala usaha,penat lelahnya tidak dihargai dan diganjari dengan setimpalnya.Mereka itulah ‘‘3amilah nashibah”,mereka yang bekerja dengan begitu tekun,kuat dan penat ketika di dunia akan tetapi hasil yang mereka peroleh di akhirat hanyalah kecelakaan dan dimasukkan ke dalam Neraka yang sangat panas! Golongan itu,adalah golongan yang bekerja dengan sangat bersungguh-sungguh,akan tetapi bukan kerana Allah,bahkan untuk kepentingan diri sendiri,kepentingan anak-anak dan keluarga sahaja. Saya adaptasikan dalam kehidupan realiti. Sebagai seorang pelajar perubatan,sememangnya hidup dia senantiasa bersama dengan kepayahan menghafal fakta-fakta dan nama-nama yang pelik.Saban hari itu juga,dia berpenat lelah ke kelas,bersusah payah meredah panas dan sesak di dalam bas,untuk menuntut ilmu.Tidak mungkin dia mahukan markah ‘fail’ dari usaha-usahanya itu.Tentunya dia mahukan ‘Mumtaz’ atau Jayyid Jiddan’ sebagai balasan kepada usaha-usahanya.Dengan izin Allah,dia berjaya menamatkan ijazah perubatannya dengan berjaya dan cemerlang.Dia meneruskan kerjaya dan pembelajarannya dengan bersungguh sehingga ke peringkat consultant dan berjaya memperoleh harta yang banyak.Namun,ditakdirkan Allah dia pergi pada malam itu.Malam ketika dia sedang kepenatan dan keletihan,untuk mengejar cita-citanya itu.Dia pergi bersama usaha-usahanya itu berserta amalannya yang lain. Di suatu alam yang lain,dia kini sedang gelisah kerana melihat timbangan kebaikannya.Seperti tiada amalan yang pernah dia lakukan! Sedangkan badannya sudah sengal-sengal kepenatan,otaknya sudah habis diperah,mulutnya sudah habis dibicarakan.Adakah layak untuk dia dianugerahkan Neraka,untuk segala kesungguhannya selama ini ? Seandainya kita berada di tempatnya,bagaimanakah agaknya perasaan kita? Ya.Putus asa yang amat dahsyat.Pilu,dihina,tidak dihargai.Sangat sukar untuk digambarkan dengan tulisan dan kata-kata.Ayat dari surah ini memberi suatu gambaran pengajaran yang cukup menyentak.Sangat realitistik dan menepati perjalanan kehidupan manusia.Sangat membekas pada hati-hati.Balasan bagi mereka yang beramal,walau semulia manapun amalannya,walau sehebat manapun usahanya,walau secemerlang manapun hasilnya,sekiranya tidak dilakukan kerana Allah,maka amalannya itu seperti debu-debu yang berterbangan. وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا Dan Kami (Allah) hadapi segala amal yang mereka lakukan, lalu Kami (Allah) jadikannya debu yang berterbangan (Al-Furqan : 23) Kasihnya Allah pada hambaNya dibuktikan dengan peringatan demi peringatan.Diulang pengajaran,demi pengajaran. Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah). (Al-An'aam: 162-163). Beramal kerana Allah.Demi mengejar Mardhatillah Tiada gunanya untuk kita beramal dengan apa jua amalan sekiranya hanya untuk kepentingan diri sendiri atau selain dari Allah.Kerana natijahnya kelak adalah balasan buruk.Ada baiknya kita menukar semua niat yang bukan kerana Allah,kembali kepada empunya Yang Mutlak,supaya Syurga Firdaus itu,kembali menjadi milik kita. Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahaرnam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik. (Al-Israa': 18-19) ***** Saya menyarankan kepada semua untuk sama-sama menukar 'pattern' bacaan al-Quran kita.Dari bacaan semberono,banyak dan tanpa memahami mafhumnya kepada bacaan yang dipenuhi dengan kefahaman-kefahaman dan pengajaran yang mahu dipersembahkan dalam kehidupan.Biarlah sedikit,asal diamalkan.Dari banyak,tapi dibiarkan. اللهم اهدنا واهدى بنا يا ربنا انك انت الوهاب AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |