World Economy Failure



Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis oleh itu berdasarkan kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis selalu berhujah bahawa sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme. Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal".

Kapitalisme telah gagal secara total dalam pembahagian pendapatan global.Pada tahun 1960, 20 % penduduk dunia kaya menikmati 75 % pendapatan dunia,sedang 20 % penduduk miskin hanya menerima 2.3 % pendapatan dunia. Pada tahun 1997 ketempangan global itu bertambah parah.Sebanyak 20 % penduduk kaya itu menikmati pendapatan global yang bertambah,iaitu 80 %.Sedang 20 % penduduk miskin menerima pendapatan global yang berkurang, 1 %! (Spilanne, 2003).

Kalau sebelum ini umat manusia jadi derita dan menyesali sistem Sosialisme dan komunisme,kini masanya pula dunia belajar daripada padah yang dibawa Kapitalisme. Mungkinkah manusia belajar dari dua kesilapan ini?


************


Mungkinkah ada antara kita yang masih tidak mengetahui akan perbezaan,baik dan buruk Sistem Islam dengan Sistem Kapitalisme ini?


Perbandingan

Sistem Kapitalisme yang menggunakan Fiat money (mata wang kertas) adalah wang kertas yang secara legal diakui pemerintah melalui perintah sebagai wang rasmi,akan tapi tidak disandarkan kepada logam seperti emas dan perak.

Wang kertas itulah yang sekarang digunakan oleh negara-negara kapitalis seperti Amerika Syarikat.Sejak berakhirnya sistem Bretton Woods yang mengaitkan dolar dengan emas (1 ounce/28,35 gram emas = 35 dolar AS) pada tahun 1970-an,dolar AS tidak disandar lagi dengan emas dan dapat ia berlaku hanya kerana kepercayaan masyarakat umum pada dolar! Seiring dengan dominasi kapitalisme AS, mata wang dolar kini menjadi salah satu mata wang kuat (hard currency) dunia yang digunakan sebagai nilai standard dan alat pembayaran dalam perdagangan internasional.

Sistem wang kertas ini merupakan salah satu akar kerapuhan kapitalisme. Kerana apa? Apabila dibandingkan dengan mata wang Islam (dinar dan dirham), wang kertas sesungguhnya mempunyai kelemahan mendasar, seperti sering mengalami inflasi untuk jangka masa yang panjang (Hamidi, 2007). Wang kertas jauh dari nilai keadilan (fairness) lantaran nilai intrinsiknya tidak sama dengan nilai nominalnya.

Mengenai inflasi tetap,perhatikan contoh berikut. Sebagai contoh,anda meminjamkan wang kepada rakan anda untuk tahun ini sebanyak RM 100 juta.Rakan anda akan mengembalikan sejumlah RM 100 juta juga tapi untuk tempoh 10 tahun lagi. Samakah nilai RM 100 juta, dengan RM 100 juta untuk 10 tahun lagi? Jelas tidak sama, kerana wang kertas ini akan mengalami depresiasi (penurunan nilai) kerana inflasi tetap.Inilah kelemahan wang kertas!

Mata wang Islam (dinar dan dirham) berbeza dengan mata wang kapitalisme. Dinar dan dirham terbukti mempunyai nilai inflasinya yang sangat minima melalui pengkajian sejarah.Pada zaman Rasulullah S.A.W,wang 1 dinar (4,25 gram emas) dapat membeli seekor kambing,dan dengan wang 1 dirham (2,975 gram perak) dapat membeli seekor ayam.Hatta pada era modenisasi ini,dengan wang yang senilai 1 dinar kita masih dapat membeli seekor kambing dan dengan wang senilai 1 dirham kita masih dapat membeli seekor ayam!!


Tuntasnya,krisis ini menyedarkan kita bahwa hanya Islam,satu-satunya ideologi yang mampu menyelamatkan dunia.Sistem Islam yang di turunkan Allah merupakan satu-satunya deen yang di redhai dan bersesuaian dengan keperluan manusia sejagat,tidak mengira zaman.


(secara peribadi,krisis ini memberi saya kefahaman yang lebih jelas terhadap tugas saya.)

Erti hidup pada memberi


Melihat perkahwinan sebagai medan untuk MENERIMA menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta.Melihat perkahwinan sebagai medan untuk MEMBERI,akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

****************

"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya,maka kahwinkanlah.Jika tidak kamu laksanakan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas" (Riwayat Tarmizi)

TINTA PENULIS

front cover-nya muka kelihatan agak jambu sedikit(ikut bahasa sekarang) dengan warna biru awan dihiasi tautan merah-hijau warna hati,ditambah pula dengan tajuk besarnya yang berkaitan NIKAH,mungkin mengundang pelbagai spekulasi dan tanggapan daripada rakan-rakan mahupun keluarga sendiri.

Pada rakan-rakan di kampus,soal perkahwinan bukan lagi soal yang tidak relevan atau tidak perlu difikirkan oleh kita.Bercinta tidak salah kerana cinta itu FITRAH.Akan tetapi rumah tangga di bina bukan hanya atas tiket cinta semata-mata.Bukan juga hanya untuk menghindar kemungkaran.Kupasan Ustaz Hasrizal dalam karyanya ini menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda semua.

Cubalah baca.....