Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Cuti
Saya mengembara minggu ini..bersama keluarga..
Biasalah,ke Port Dickson. Macam biasa juga-lah,kolam dan pantai jadi tarikan utamanya. Tapi,mugkin berbeza sedikit suasananya,sebab musim cuti sekolah..barangkali. Saya jadi teringat peristiwa pagi tadi. Kami sekeluarga bangun awal,ada aktiviti sendiri. Selepas solat subuh,kami turun ke 'court' futsal di tingkat 2. Sekejap je bermain,dalam setengah jam (mungkin tak sampai).Kemudian,bergerak ke kolam. Nak mandi cadangnya. Tapi ditegur oleh 'guard' bertugas. "Bang,baju tanggal ye".. Saya hanya mampu tersenyum. Adik saudara saya yang dah separuh kaki berada di dalam kolam,lantas naik semula ke tebing.Sambil tersengih. Kami jadi teragak-agak,nak masuk ke tak nak. Bukan tak boleh bukak,boleh je. Tapi,zaman kecik-kecik dulu,boleh-lah kut. Akhirnya,kami bercadang untuk tidak masuk. Lama juga-lah kami duduk di situ,hampir setengah jam. Saya kemudian beredar untuk bersarapan. Sedang bersarapan,saudara mara saya yang lain muncul. "tak boleh masuk kolam kalau pakai baju' "ala,masuk je la masa dia tak ada" Saya tersenyum. Habis bersarapan,bergerak kembali ke kolam. Boleh je masuk,'guard' tak ada,tapi saya sengaja tangguh. Lebih selesa untuk memerhati gelagat-gelagat mereka dan tetamu-tetamu lain. Lelaki perempuan bercampur,biasa-lah. Tiba-tiba,seorang perempuan atau lebih tepatnya,budak datang menghampiri saya. Perempuan! Duduk berdekatan dengan saya. Sengaja memandangnya,tapi kemudian dia membalas dan senyum.(Siap angkat kening lagi) Saya diam,lantas pandang ke tempat lain. Terasa agaknya,terus beredar. Saya tidak memikirkan sangat tentang peristiwa tu,hinggalah dia cuba menegur saya buat kali kedua.Ketika itu,saya sedang mencapai bola,untuk dibaling pada saudara saya. "Abang,baling kuat-kuat sikit" Sengaja tidak mahu layan,saya menoleh ke tempat lain. Biar dia fikir saya sombong,memang dah caranya tak betul. Kemudian,dia tegur pula saudara saya,tanya nama. Mulanya,saudara saya itu teragak-agak.Tapi akhirnya,dia membalas juga. "Baru tingkatan 2 budak tu",beritahu saudara saya tu. Tergelak saya memikirkan telatahnya. Masih muda dan mentah,tapi dah 'pandai'. Moga Allah beri hidayah padanya. Saya nak tunggu esok,nak tengok telatahnya pada esok hari pula. Di hari yang sama,waktu,tempat dan saat yang sama. Isu baju tadi. Akhirnya,'guard' tersebut melihat ketegasan kami,akhirnya membenarkan kami untuk mandi berbaju! Walaupun sebelum-sebelum ini,kami ada juga curi-curi masuk kolam ketika dia tiada. Biasa-lah,remaja. Tapi,tuntasnya,jika kita ada pendirian,dan pendirian itu memang baik dan berbaloi untuk dipertahankan,pertahankan sehabis mampu. Jangan hanya sebab yang begitu remeh,prinsip kita diabaikan,di beri kelonggaran. Cukup-lah untuk malam ini. Penat hari ini tak hilang lagi,tambahan nyamuk yang sangat banyak di lobi ni. Berkorban untuk post ni. Moga ada yang mengambil pengajaran. Kalau saya berkemampuan lagi untuk menulis,nantikan-lah esok,lusa atau tulat. Kembara percutian saya ini masih panjang. koreksi diri
Coretan hari mingguLenguh-lenguh badannya hari ni. Tapi,itu tak terasa sangat baginya. Dia punya sahabat baru hari ni..Sahabat-sahabat,lagi tepat! ****** Pagi itu,dia bangun awal.Ada temu janji.. Entah macam mana,lepas subuh,terlelap semula..Keletihan,tidur lewat semalam. Sedar-sedar,jam hampir pukul 8.00pagi..Sedang temu janjinya pukul 8.15 pagi.. Aduh! Mahu saja dia 'pukul' dirinya..Orang yang beriman tak patut ingkar janji! Bergegas die ke bilik air,mandi dan bersiap diri. Capai kasut dan stokin,terus meluru ke kereta. Target: UIAM Gombak. Suhaib sudah lama menunggu.Dia gerak dulu,sms nya..Dah sampai,beritahu dia.. Hati kecilnya betul-betul menyesal..Segera mahu memohon maaf bila berjumpa nanti. Dia tiba di UIAM dalam jam 8.45 pagi.Huh!Lewat sungguh! Segera dia 'sms' Suhaib.5minit kemudian,Suhaib tiba dengan beberapa orang rakannya. Terpancar senyumannya dari dalam kereta,tidak ada langung tanda-tanda kemarahan! Lega sedikit hatinya...Tak marah.. "Ok,yang baru sampai,'warm-up'..Pusing padang satu 'round'.." Dia terasa ganjal pusing padang berseorangan,hinggalah dia terserempak dengan kawan lamanya,di pusat pengajian dulu.. Alhamdulillah,Selamat! "Kita mula main sekarang".. Ini-lah janji temunya hari ini..Riadhah..bersama-sama bakal rakan-rakan yang dia sendiri tak kenal.. Ada yang tua,yang muda pun ada..Sebaya adiknya,tingkatan dua. Nak berkenalan,tak sempat pula..dah mula bermain..(siapa suruh datang lewat!) Sedang bermain,'partner' nya dalam posisi bola datang mendekat.. Memberi salam lantas bertanya nama..Takut panggil nama yang bukan-bukan,katanya.. Allah!..Mulia sungguh hatinya.. Terasa seronok bermain dengan mereka,walaupun tak pernah kenal. Selesai bermain,ada 'warming-down' sikit..Abang-abang yang 'conduct'.. Penuh gelak ketawa! selesai...Ada juga pengisian sedikit,tazkirah.. Masa tu-lah dia berkesempatan untuk berkenalan dengan 'rakan-rakannya'. Mesra..macam dah lama kenal.. Indahnya ukhwah bila segala-galanya kerana Allah! Dalam kereta,dia termenung sebentar.. Disebalik kebahagian yang dirasa hari ini,hatinya tiba-tiba bertanya.. Mana nak cari umat-umat Islam yang seperti ini? Umat-umat yang seperti zaman nabi. Bukan hanya kuat pada pegangan agama,menyebarkan risalah.Tapi juga pada jasmani. Memang ada,tapi jumlahnya? Sudah berkurangan.. Yang berpangkat 'ustaz-ustaz',yang muda-muda khususnya,kebanyakannya lebih gemar duduk di masjid,memberi ceramah dan tazkirah.Jarang ada yang turut sama bermain bola dan bersukan bersama remaja-remaja. Yang remaja,sesetengahnya memang 'fit' badannya..Tapi,solatnya entah ke mana.Pergaulannya tak dijaga. Di mana peranan dia,sebagai seorang muslim yang memahami erti kehidupan? Masanya untuk dia bermuhasabah.. Bukan hanya memikirkan soal 'selamat sendiri-sendiri'. Ya!Langkahnya perlu dirombak.. Bismillah..Terus jalan.. Ceria...!Ceria - Alarm Me Pabila ku teringat saat kita bersama Pelbagai kenangan nan indah menjelma Kisah suka dan duka Kita harungi semua Mengajar kita erti dewasa Ketika ku berduka Kaulah penawarnya Saat ku perlukanmu kau hulurkan Bantuan tanpa dipinta Pelangi di awan tinggi Hujan turun membasahi bumi Bias cahaynya warna-warna ceria Mulakan hidup gembira Usahlah kau berduka Hilangkan keresahan di jiwa Lupakan kisah yang lalu Kita bina hidup baru Hadirlah ketenangan di kalbu (ringkas je lirik nya..tapi bermakna buat mereka yang mahu berfikir)
Would you jump into the Hell?
**************** Inilah dia artikel yang saya terbaca hari ini..dari laman web Friendster,bahagian bulletin board (http://www.friendster.com/bulletin.php?bid=106365455&uid=19268070).. Aduhai remaja..berbeza pula dengan artikel dari bulletin board yang sama..tapi di link kan dengan satu blog..http://saidinaali.blogspot.com/ ... mungkin di akhir kalam2 tersebut (yang di atas sekali) perlu diingatkan dan ditambah beberapa perkataan.. "you jump into the HELL (an-Narr-Neraka) when she tell you to do so,even you don't want to" rasanya,ada yang nak buat tak? Kembara singkat
Di suatu masjid,lebih kurang jam 12.30 tghari.
"Assalamu'alaikum,pakcik..Pakcik AJK masjid ke?" "Wa'alaikumussalam..Bukan,nak..kenapa?" "Saya nak minta kebenaran daripada pihak pengurusan masjid,untuk tampal poster/iklan program untuk remaja..Mana boleh saya cari AJK masjid?" "Ohh..pakcik ada kenal..Kejap ye,pakcik bawa kan kamu pada dia" "Assalamu'alaikum,pakcik..pakcik AJK masjid?" "Wa'alaikumussalam,ye..Ada apa?" "Saya nak mohon kebenaran pakcik untuk tampal iklan program untuk remaja di papan kenyataan masjid..boleh?" "Boleh..tapi,program apa?" "program untuk budak2 lepasan SPM,Kem Lepasan SPM 2008..anjuran Persatuan Belia Islam Nasional" "Owh!Belia Islam..boleh2..silakan..bila program tu? "26-28 disember ni..sini ramai remaja?" "boleh la tahan..insyaAllah ramai akan 'join'..belia Islam ye..(sambil melihat pada logo PEMBINA).. "ye,pakcik..ok,pakcik..saya minta diri dulu..terima kasih banyak ye pakcik..Assalamua'alaikum.. "yelah..sama2..wa'alaikumussalam.." saya melangkah sambil bertawakkal,moga ramai adik-adik yang akan turut serta.. ********* Dialog yang hampir sama di 10 masjid yang saya kunjungi. Ya! pakcik-pakcik ini tampak bersemangat dan menyokong tatkala nama BELIA ISLAM diutarakan.Mungkin kerana mereka sedar remaja kini memerlukan bimbingan yang sepatutnya..atau mungkin juga terkejut+bersemangat kerana tidak menyangka masih ada lagi kumpulan remaja atau remaja-remaja yang berkesedaran dan mahu membimbing rakan-rakan mereka kembali ke Jalan Lurus.. Who knows?..Allahu a'lam.. "Setiap kebangkitan atau kejayaan sesebuah bangsa itu ada pasaknya.Dan setiap pasak/asas itu ada senjata rahsianya.dan Remaja atau Pemuda adalah senjata rahsia tersebut".. lebih kurang begitulah tulisan ustaz Hasan al-Banna.. Relevan? erm..cukup relevan rasanya..(ada yang rasa tidak?).. ringkasannya : 1)senjata rosak = pemuda rosak/tersasar = bangsa binasa 2)senjata mantap = pemuda beriman* = bangsa berjaya! *pengaruh iman dalam diri seseorang cukup hebat untuk memusnahkan angkatan tentera Amerika sekarang;fikiran,tubuh badan;rohani,jasmani;akademik,ko-kurikulum Wahai angkatan pemuda, Sebenarnya kamu sekarang tidaklah begitu lemah berbanding dengan angkatan yang terdahulu dari kamu yang diberikan kemenangan oleh Allah hasil usaha mereka. Oleh itu janganlah kamu merasa hina, merasa lemah malah hendaklah kamu meletakkan di ruang matahati kamu akan firman Allah (Al-Imran:173):
Mereka berkata kepadanya: sesungguhnya orang ramai telah pun mengumpulkan tenaga terhadap kamu, hendaklah kamu merasa takut kepada mereka itu, tetapi mereka ini menjadi bertambah kuat imannya. Lalu mereka berkata memadailah Allah itu untuk kami dan Dialah sebaik-baik pengawal. Tetapi yang kelihatan kuat dan bersemangatnya adalah si tua.. mana pergi si muda??musim cuti sekolah-kan..itulah sebabnya saya kurang gemar untuk ke Midvalley,KLCC,Times Square dan sebagainya,terutamanya musim cuti..bukan jumud atau kolot,tapi takut tak tertahan amarah melihat perlakuan 'rakan2' saya di sana. Tunggulah..satu hari nanti..Azam saya,budak2 di sana akan saya 'gegarkan','rombak' kembali pemikiran mereka. setiap perkara memerlukan strategi utntuk menjadikan ianya berjaya..itulah maksud saya.. AYUH! KLS 08
Antara KFC dan RFCFATWA PROF. DR. YUSUF AL-QARADHAWI : AGAR UMAT ISLAM MEMBOIKOT SEMUA PRODUK AMERIKA Ramai antara kita yang tidak sedar akan maslahat ini.Mungkin juga ramai yang tidak tahu.Atau,tahu tapi buat-buat tidak tahu. Sejumlah (lebik kurangla) USD 10 000 000 dihantar ke Israel,untuk membunuh umat Islam di Palestin,dalam sehari.Lebih 'menyeronokkan',duit-duit yang dihantar itu merupakan duit-duit kita,yang kita 'bayar' (seolah-olah) untuk membunuh adik beradik kita di Palestin melalui belian barang-barang difatwakan boikot! Tidak keterlaluan rasanya jika saya katakan,puncanya adalah daripada kurangnya perasaan sensitif dalam diri setiap umat Islam,yang berpunca daripada kurangnya ketaqwaan dan pegangan 'akidah dan tidak atau kurang bersifat ehsan (merasakan Allah melihatnya dalam setiap pekerjaan yang dilakukan) dan sering mengikut dorongan hawa nafsu serta kurang kefahaman akan situasi ini. APA ITU PALESTIN? 1.Kiblat Pertama Ummat Islam (QS 2/142-143) Di Madinah masih terdapat masjid Qiblatain dimana kaum muslimin solat Subuh menghadap ke masjid al-Aqsha lalu pada raka’at kedua menghadap ke masjid al-Haram. 2.Tanah Isra’ Mi’raj (Quran; 17:1) Pemberangkatan ini bukan tanpa hikmah atau tujuan tertentu melainkan merupakan tadbir Ilahiyyah. 3.Kota Ketiga Yg Dimuliakan “Janganlah kamu berniat untuk bermusafir kecuali pada tiga masjid; Masjid al-Haram,Masjid al-Aqsa dan masjidku ini.” (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri ra.) Dalam hadith lain disebutkan : “Tanya para shahabat ra : Masjid manakah yang pertama kali dibina di muka bumi, Ya Rasulallah? Jawab nabi SAW : Masjid al-Haram.Tanya Sahabat lagi : Kemudian di mana lagi? Jawab Rasulullah S.A.W : Masjid al-Aqsa.” (HR Muttafaq ‘alaih) 4.Bumi Para Nabi Allah SWT menyebutkan tentang masjid al-Haram tetapi tidak menyebutkan “keberkahannya”, tetapi ketika menyebutkan tentang masjid al-Aqsa, DIA menyebut tentang “alladzi baarakna haulahu”. Dan ayat ini menafsirkan Quran 21:71 tentang tempat Ibrahim dan Luth,tempat Bani Israil setelah Fir'aun ditenggelamkan pd Quran 7:137, Negeri Saba’ pada Quran 34:18, dan tempat Sulaiman pada Quran 21:81, tempat pengutusan Isa bin Maryam pada Quran 95:1 (lihat al-Alusi, Ruh al-Ma’ani, 22/129; Ibnu Katsir, Tafsir al-Qasimi, 17/9196). 5.Bumi Jihad Kaum Muslimin di Akhir Zaman "Tidak akan terjadi Kiamat sebelum kaum muslimin memerangi Yahudi,sehingga batu dan pohon-pohon akan mengatakan kepada kaum muslimin dimana tempat persembunyian kaum Yahudi laknatullah,kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah) (1) Sumber dari Al-Quds Qadhiyyatu Kulli Muslim, Yusuf al-Qardhawi, Maktabah Wahbah, Cairo, Mesir. VS Ini masalah iman kita....Berkaitan hati kita....Macam-macam kaitannya,panjang kalau nak disyarahkan.Bukan mempromosi (walaupun secara tidak langsung),tetapi berkongsi. Saya cukup tertarik dengan info yang saya terima baru-baru ini,dan ianya sahih! *************************************************************************** KEMANAKAH HASIL KEUNTUNGAN HPA DISUMBANGKAN??? *********************************************************************************** Saya sudah...Anda bila lagi? *RFC = Radix Friend Chicken.Keluaran HPA (Herba Penawar Al-Wahida).100% Muslim
Langgan:
Catatan (Atom)
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |