Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Oh Malaysia!
Sungguh,saya kagum!" Boleh jadi sesuatu kerja yang kecil jadi besar dengan niat, Dan boleh jadi sesuatu kerja yang besar jadi kecil dengan niat " Kita sudah saksikannya. Moga-moga ini satu dari banyak lagi rantaian kembalinya taring ummah di akhir zaman ini. Dan ini : Karamah Mujahideen Gaza Kita beriman dengan kemenangan yang Allah janjikan. Masyarakat Gaza kini masyarakat Qudwah umat Islam di dunia. Kerajaan Hamas kini kerajaan Uswah masyarakat Islam dunia. Dan apabila ciri-ciri masyarakat Gaza sudah menebar di muka bumi, saat itu apa yang Allah janjikan turun ke atas bumi seluruhnya. Benar!Sunnatullah! "Maka ambillah 'IBRAH wahai orang yang mempunyai pandangan mata & hati" Melihat dan MentafsirParti HAMAS menang 63% dalam Pilihanraya Umum Palestin II pada 25/1/2006. Sejak itu rakyat dan para pengundi Palestin disekat bantuan kewangan dan makanan, diboikot politik, diserang dari udara, laut dan darat mengorbankan ribuan umatnyaKini masuk tahun ke 3. Namun wakil-wakil rakyat, para pengundi dan rakyatnya tidak berganjak dari pilihan mereka. Melihat jerih-payah saudara-mara saya di Gaza mempertahankan 'akidah,agama dan negara,mengingatkan saya pada kata-kata Hasan al-Banna: . . "Sesungguhnya Agama ini telah tertegak hasil jerih payah generasi-generasi terdahulu di atas tunggak-tunggak yang kukuh iaitu Iman kepada Allah, Zuhud dari keseronokan kehidupan yang fana ini dan mengutamakan Negeri yang kekal abadi, pengorbanan dengan darah, ruh, harta di jalan memenangkan Kebenaran, cinta mati di jalan Allah dan kesemua itu melalui petunjuk Al-Quran Al-Kareem.Maka oleh itu,di atas asas-asas ini jugalah kamu mesti mengasaskan kebangkitan kamu. Perbaikilah jiwa-jiwa kamu, fokus terhadap Dakwah kamu, pimpinlah umat ke arah Kebaikan. Allah bersama kamu dan sekali-kali Dia tidak mensia-siakan amal kamu.” . . Seperti yang pernah saya kongsikan dahulu. Allah jadikan turun naik sesuatu bangsa sebagai satu sunnatullah. Allah pergilirkan waktu penguasaan antara umat-umat. Jika sekarang yang berkuasa si Zalim, akan datang ia akan tumbang,dan si Adil akan naik pula. Benar, ini sunnatullah dari dahulu lagi. Tapi kita juga belajar dari sejarah. Kita memahami semua yang terjadi kerana sebab-sebab tertentu. Ada sebab, dan ada musabab. Begitu juga kebangkitan umat Islam. Jika tiada sebab yang melayakkan,dan masih banyak sebab penghalang, Allah sama sekali tidak akan membenarkan. Makanya,dari tahu saya jadi faham.Saya faham prioriti tarbiyyah ummah dari yang lain dalam menegakkan Islam. . Jika di Kuala Terengganu,Kelantan,bulan mengambang penuh,cantik! Sedang di Perak,bulan sedang ke'tenat'an. Itulah dia,kehendak dan ketentuan Allah. Kuantiti,sungguhpun besar dan memang mengagumkan,selamanya sia-sia,bila yang Allah mahu, selamanya,ialah kualiti. . . Pendapat saya mungkin betul,mungkin salah. Pendapat yang saya rasakan salah,boleh jadi ia betul. Begitu juga pendapat yang saya rasakan betul,boleh jadi ianya salah. Saya Lihat.Saya Tafsir.Saya Kongsi. Moga ada yang mengambil pengajaran. Beriman atau tidak?Subhanallah. Pemilik 'arasy,langit dan bumi,dan semua makhluk. Penguasa semua ciptaan dan pencipta. Pemerintah alam mengikut acuan dan kehendak-NYA. Berkuasa memuliakan dan menghinakan sesiapa yang dikehendaki-NYA. Saya ingin berkongsi cerita. Perihal kejadian-kejadian aneh yang terjadi sepanjang para Mujahidin Hamas dan Gaza berperang menentang sang penjajah asing! 1. Mujahidin,walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi. 2. Ketika para Mujahidin bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut,lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka.Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah. 3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya. 4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan.Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket.Apabila diperiksa,memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya. 5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan televisyen kenapa matanya menjadi buta.Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya. 6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih,sedangkan para Mujahidin memakai pakaian ala tentera seperti biasa. 7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki. 8. Dalam masa 22 hari peperangan,bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja).Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai. “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIA adalah benar.Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya DIA menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52). Apa sahaja yang mustahil difikiran,adalah tidak mustahil sedikit pun di sisi Allah. Apakah tidak ada dalam kalangan kita yang memikirkannya?
Epilog Hati
Sepi sudah kisah penderitaan di Gaza.
Di blog-blog,risalah-risalah mahupun media massa, Yang dahulunya tidak sudah-sudah membangkitkn isu Gaza dalam artikel-artikel mereka. Isu kemanusiaan kata mereka,yang Islam atau bukan daripadanya. Atas nama kemanusiaan,isu Gaza kembali senyap. Seruan mengutuk rejim Zionis semakin hambar. Seruan boikot kian pudar. Semangat boikot kian bertukar. Bermula nya boneka 'gencatan senjata', Bermula-lah gencatan suara. Semuanya kerana hak asasi manusia yg dijanjikan, Oleh sang boneka pejaja keamanan. Hmm..Ya Allah,kurniakan buat hambaMU ini ketaatan yang tidak berbelah bahagi dalam meniti jalan menuju padaMU. Tunduk berdoa,moga hidayah menjelma dalam hati setiap manusia di dunia. 'Hidayah Allah hanya milik Allah,diberi kepada sesiapa yg Dia kehendaki' '..dan banyak dari kalangan mereka yg berpaling' -KKB,21Safar1430H-
Langgan:
Catatan (Atom)
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |