J0M!


Part 1

Bersaksi diriku,tiada lain hanya KAU satu,memiliki cintaku.
Ku serah segala kepada-MU......

Hatinya resah gelisah.
Solatnya sudah jadi tidak khusyu'.
Sedar kesilapan dirinya,lantas menumpukan kembali perhatian pada ibadahnya.
Sekejap sahaja bertahan,fikirannya tidak mampu menangkis dari terus memikirkan masalahnya.
Jiwanya jadi tidak tentu arah.
Nekad,dia memberhentikan solatnya,beristighfar,membaca sedikit ayat pendinding,mengangkat takbiratul ihram, kembali dalam saf jemaah.

Kehidupannya sejak beberapa minggu kebelakangan ini,cukup menyedihkan.
Dia sendiri tidak pasti,apa silapnya,sehingga jiwanya jadi sungguh-sungguh tidak tenteram!
Sungguh!Penyakit hati itu memang berat!
Lantas dia muhasabah.Buku ilmiah jadi temannya.Quran menjadi penenangnya.
Seketika,fikirannya melayang,mengenang peristiwa2 aib yang berlaku padanya...


***********

Niatnya memang baik,membina baitul muslim,memeriahkan umat dan ikhwan Rasulullah.
Atas niat suci itu,dia merangka perancangan.Cukup teliti.
Bermula dari hari itu,sehingga saat ajalnya.Cukup semua aspek kehidupan dia rancangkan,termasuk siapa yang bakal menjadi pasangannya..

Rancangannya itu berjalan dengan baik dan lancar.
Dia telah berterus terang dengan 'bakal' pasangannya,dan merancang untuk berjumpa dengan keluarga 'bakal' pasangannya.
Tanpa disedari,rancangan yang disangkakan baik dan Islamik itu,rupanya telah berbaur kedustaan pada Allah.
Rencana syaitan memang bijak,bermula dengan hanya sms perkara2 'sepatutnya',sehingga-lah meleret pada perkara2 yang 'belum patut' di 'sms' kan.

Tapi,naluri hatinya mengatakan,'tidak mengapa,nak buat isteri'.
Lama kelamaan,aktiviti tersebut berubah menjadi suatu kebiasaan.
Sangat bijak syaitan!

Sehingga-lah suatu hari,dia telah dicadangkan agar tidak menghubungi 'pasangan' nya lagi,sehingga mereka benar2 diijab kabulkan.
Cadangan itu,diterimanya dengan hati yang berat.

Dia kembali berfikir.
"Gunakan iman,bukan nafsu",getus hatinya.
Dia tenang dan redha menerima ketentuan tersebut.
Berbulan-bulan lamanya mereka tidak berhubung.Hanya Allah tempat dia mengadu.
Melatih diri bergantung hanya pada Allah.
Alhamdulillah,berjalan baik!

Hari itu,dia bertemu dengan ibu bapa bakal pasangannya.
Memang mudah untuk merancang,menuturkannya?
Allah sahaja yang tahu.
Agak panjang mereka berbual dan berbincang.
Syaratnya yang menjadikannya senang hati.Tidak ada apa yang luar biasa pun pada syaratnya.

"TIDAK BOLEH BERHUBUNG SELAGI BELUM ADA IKATAN YANG SAH"

akan saya sambung kemudian.