Salam Ramadhan 1430H

Terlalu lama meninggalkan ruangan ini,tidak bagus juga.
Tapi,apakan daya.
Akal memang mahu menulis,idea sudah mencurah2,tapi jari jemari ini entah kenapa gagal diatur untuk menaip bait2 bicara fikiran yang sudah lama membeku.
Malah,hingga kini,belum juga mampu.

Tulisan ini,sekadar berkongsi.
Tentang Ramadhan yang telah berlalu lebih kurang 5 hari.
Saya merujuknya di sini.

Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan semenjak bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”.

Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama:
“Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran…”. Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkam (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat.


Puasa di Bulan Ramadhan Adalah Salah Satu Rukun Islam

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu." (Riwayat Bukhari & Muslim)


Maksud Puasa Ramadhan

Puasa dalam bahasa Arab disebut صيام Shiyâm atau صوم Shaûm yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan صوم Shaûm sebagai “hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara”. Perkataan رمضان berasal dari kata dasar رمض yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat". Ini kerana letaknya bulan Ramadhan pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan Ramadhan ialah;
menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan Ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.


Bersahur Itu Berkat

Dari Amr bin ‘Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya):
“Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya:
“Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya:
“Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur”.


Adab-adab Berbuka Puasa

1. Diriwayatkan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakiem)

2. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda:
"Apabila salah seorang di antara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih." (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)

3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar, adalah Nabi s.a.w. selesai berbuka beliau berdo’a (ertinya):
"Telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah." (Riwayat Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)

4. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Ramadhan

1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Baginda s.a.w. al-Quran dan benar-benar Rasulullah s.a.w. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim. (H.R.: Al-Bukhari)

2. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. menggalakkan qiyamullail (shalat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda:
"Barangsiapa yang shalat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu." (H.R.: Jama’ah)

3. Diriwayatkan dari Aisyah r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan isterinya (agar beribadah) dengan mengetatkan ikatan sarungnya (tidak mengauli isterinya). (H.R.: Al-Bukhari dan Muslim)

4. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata: Adalah Nabi s.a.w. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. (H.R.: Muslim)

5. Diriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdul Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah r.a.: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah s.a.w. di bulan Ramadhan? Maka ia menjawab: Rasulullah s.a.w. tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka’at baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan lainnya, caranya: beliau shalat empat raka’at, jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka’at, jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka’at. (H.R.: Al-Bukhari, Muslim dan lainnya)

6. Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka’at yang ringan, kemudian shalat lapan raka’at, kemudian shalat witir. (H.R.: Muslim)

7. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata: Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam? Maka Rasulullah saw menjawab:
"Shalat malam itu dua raka’at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka’at." (H.R.: Jama’ah)

8. Dari Ubay bin Ka’ab ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. shalat witir dengan membaca: (Sabihisma Rabbikal A’la) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). (H.R.: Ahmad, Abu Daud, Annasa’i dan Ibnu Majah)

9. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahawa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Saya pun bermimpi seperti mimpimu, ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia (lailatul qadar) pada malam-malam ganjil." (H.R.: Muslim)

10. Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar, apa yang saya harus baca pada malam itu? Beliau bersabda:
"Bacalah (ertinya) Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku." (H.R.: At-Tirmidzi dan Ahmad)


Antara Peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan

1. Diturunkan kitab Al-Quran, Injil, Taurat dan Zabur

2. Berlaku peperangan Badar al-Kubra

3. Pembukaan Kota Mekah

4. Perjalanan Nabi Muhamamad dan Muslimin ke Tabuk melawan Rom

5. Islam sampai ke Yaman

6. Khalid Al Walid meruntuhkan berhala al-Uzza

7. Penyerahan diri (masuk Islam) penduduk Taif kepada Rasulullah

8. Pembukan Andalus (Sepanyol) oleh Tariq bin Ziyad

9. Tentera Islam pimpinan Sultan Qutuz mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut

Buat semua rakan.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

*Syed Anas al-Habshi

Hamba & Abdi

MidSem baru sahaja selesai.Syukur,Alhamdulillah.

Zaman kini,ramai yang mengaku "saya hamba Allah". kadang-kadang, mereka cakap tak tahu maksud.Jadi saya tolong mereka mentafsirkan ayat ini.

hamba I 1. abdi, budak belian,sahaya ; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain;

abdi I Orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yg diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan: ~ negara

Hamba ini adalah org yang bekerja dan tak layak untuk mendapat balasan. Berbeza dengan orang gaji. Mereka bekerja dan mendapat gaji hasil daripada kerja2 dan usaha2 mereka seperti pegawai kerajaan

SayaHambaAllah

Saya terbaca petikan di atas ini dari blog sahabat saya.

Dulu,semasa saya muda2 mentah,di peringkat sekolah,fenomena ini (tentang pengakuan saya hamba Allah,dari petikan di atas) telah pun berlaku.Kemudian,saya duduk bersama golongan agamawan,fenomena ini juga yang berlaku.Kemudian,saya menetap sementara di sebuah pusat asasi di Selangor,fenomena yang sama juga berlaku.Apa yang saya lihat,perhatikan dan fahami,tika menjelangnya sesuatu yang sangat memerlukan pertolongan-Nya,baru-lah mereka bersungguh melakukan suruhan-Nya.

Paling ketara ketika musim peperiksaan mula tiba atau dalam bahasa penjajah,just around the corner,surau2 dan masjid mula penuh tak cukup tingkat,ahli Qiamullail pun meningkat,bacaan mushaf mulia-al-Quraan semakin hangat,dan kadar masa berdoa pun diperhebat!

Malang skali,selepas berlalunya peperiksaan,lebih2 lagi apabila keputusan peperiksaan sudah keluar,semua amalan 'hebat' tadi lesap.Surau dan masjid kembali berkurangan ahli,malam makin sunyi,alunan merdu bacaan al-Quraan makin sepi.

Jadi.saya terfikir.Layaknya mereka mengatakan
"saya orang gaji Allah",bukan "saya hamba Allah".Sama seperti buruh bergaji.Siap bangunan,gaji masuk, berhenti bekerja.

Jika belajar dan ibadah hanya untuk peperiksaan,tamat peperiksaan,dapat mumtaz atau
pointer 4.0,berhenti belajar,berhenti ibadah.

Alangkah ruginya kita.
"apa2 yang kerana Allah berkekalan dan bersambung,
apa2 yang selain Allah akan terputus dan terhenti"


Peringatan khusus buat diri sendiri.

Wallahu'alam.