Ribhatul Mawaddah

Ribatul Mawaddah (ikatan kasih sayang)
Kenangan 2008/2009
Moga Ukhuwwah kita berkekalan.






Special Thanks to Nik Uqbah (ex-roomate sem 3 C'jil)
Uqbah,anta memang pandai la bab-bab sentimental ni. :)

SPM 2009

11 Mac 2010
Hari ini,rasa kurang sihat.Semenjak semalam lagi.
Nak buat ayat bunga-bunga sebagai intro pun tak mampu.Yelah,hari ini kan keputusan SPM keluar.Cuma nak ucap tahniah kepada semua yang mengambil result SPM,terutamanya buat adik lelaki saya (Syed Muadz,SAMBEST Subang).Walau apa pun keputusan kalian,yakin-lah itu adalah yang terbaik untuk takdir kalian.Setelah bersungguh-sungguh belajar dan menjawab soalan,seindah-indah perasaan dan perkara selepas itu ialah bertawakal dan redha dengan apa jua   kehendak Allah.Apa jua keputusan yg diperoleh,syukur dan berdoalah agar keputusan itu diberkati,dipermudahkan segala urusan oleh Allah.




Teringat zaman saya di menengah rendah dahulu.Semasa tingkatan satu dan dua di Perak,saya cukup 'kurang pandai' dalam semua matapelajaran,kecuali Pendidikan Islam.Rata-ratanya,saya hanya mampu mendapat 40-60% dalam subjek sains dan matematik.Takdir Allah akhirnya telah memindahkan saya ke sebuah sekolah di Seremban setelah tamat tingkatan dua,memulakan kehidupan dan suasana belajar baru di sana.Malam sebelum keputusan keluar,saya bermunajat 'habis-habisan' di depan Allah,memohon agar saya mendapat keputusan yang cemerlang.Alhamdulillah,Allah perkenankan permintaan saya.Saya memperoleh 'A yang penuh' dalam peperiksaan PMR pada tahun itu,tahun 2005.


Dengan harapan yang tinggi,saya mahu menyambung tingkatan 4 saya di KISAS (KIK) dalam bidang sains.Macam-macam 'kabel' saya guna,termasuklah 'kabel yang kebal',saya gagal untuk menyambung pelajaran di sana walaupun mempunyai keputusan yang cemerlang.Pernah saya melafazkan kata-kata ini,"dapat cemerlang pun susah,tak cemerlang pun susah.Baik tak payah belajar susah-susah".


Akhirnya,saya belajar sementara di SMK Seri Gombak (Semerbak) dan kemudiannya mendapat tawaran untuk belajar di SMAKL,sekolah yang sangat-sangat saya tak mahu masuk suatu ketika dahulu.Dan di SMAKL,rupa-rupanya Allah sediakan pelbagai ilmu untuk saya tuntut di sana,Allah buka laluan yang mudah untuk masa depan saya,dan akhirnya,saya adalah saya yang sekarang,penuntut di Universiti Al-Azhar,Kaherah dalam bidang Perubatan,Tahun Pertama.Alhamdulillah.


Bukan niat saya untuk menceritakan sejarah hidup sendiri,cuma mahu berkongsi pengajaran.


~Kadang-kadang,kita terlalu mahu untuk menjadi seorang yang cemerlang di depan manusia sehingga kita lupa bahawasanya cemerlang itu hanyalah sementara,bahkan cemerlang di depan Allah,itu yang utama.

~Dalam doa saya pada malam sebelum keputusan itu,saya lupa untuk memohon supaya Allah memberkati apa jua keputusan yang saya peroleh kelak.Boleh jadi,keputusan cemerlang saya itu tidak diberkati,dan segala laluan saya menjadi sukar.Jangan lupa untuk berdoa agar setiap perkara dalam hidup kita sentiasa dalam berkatnya.

~Kadang-kadang juga,Allah tidak memperkenankan semua permintaan hamba-NYA secara langsung.Jalan yang kita rasakan lancar dan mudah sepanjang perjalanan tidak seperti yang kita harapkan.Allah lencongkan kita melalui jalan yang sukar sedikit dan agak jauh.Rupanya-rupanya,jalan itu adalah jalan yang jauh lebih baik dari jalan yang kita rasakan paling baik.

~Ingatlah selalu,setiap ujian hanya untuk menguji dan mematangkan.Ujian,tak semestinya yang 'bala-bala' belaka.Bahkan kesenangan juga adalah ujian.


Tahniah sekali lagi untuk kalian.
12A,11A,10A,9A,8A,7A,6A,5A,4A,3A,2A,1A atau tiada A langsung.
Itu hanya angka.
Itu hanya hitungan si hamba.
Itu hanya kesenangan sementara.
Itu hanya ujian,untuk dilihat siapa yang leka dan alpa.


"Alangkah takjubnya orang Mukmin.Apabila diberi kenikmatan,dia bersyukur.Apabila dia diberi kesusahan,dia tetap bersyukur..."