15 Mei - Memperingati Tragedi Berdarah Palestin


Gambar dari Syed Ahmad Israa'
Hari yang bersejarah ini (Nakbah Palestin) pastinya akan menjadikan para pengkaji dan pemikir Islam yang berkecimpung dalam setiap bidang, dari setiap golongan, untuk menelaah sebab-sebab, dan faktor-faktor serta kesan-kesannya terhadap dunia Islam. Tabiat musuh dan ketamakannya, cara untuk berhadapan dengannya, dan menentangnya, pasti ia akan dikaji dan dihuraikan dalam bentuk-bentuk yang lebih luas. Perkara ini khususnya, adalah kerana Nakbah (yang bermaksud tragedi berdarah) yang telah bermula pada tahun 1948 ini masih lagi berterusan dan berpanjangan hari demi hari.



Mencari Cinta




Pantun orang Melayu zaman dahulu: 







Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan

Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan



Ujian demi Ujian



"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah."
(HR. Bukhari).

Rasulullah bersabda:

"Tidaklah seorang muslim ditimpa rasa lelah, sakit, kegundahan, kesedihan, gangguan dan kesulitan, hingga duri yang mengenainya, kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengannya."
(HR. Bukhari dan Muslim).

Musibah yang menimpa orang soleh yang berbuat baik adalah cubaan baginya untuk meninggikan darjatnya dengan diuji kesabarannya.Musibah yang menimpa orang yang melakukan dosa adalah peringatan dan muhasabah baginya agar dia bertaubat dan kembali ke jalan yang benar,juga sebagai hukuman atas dosa-dosanya hingga ia terbebas dari hukuman di akhirat.

Musibah sebagai peringatan dan kaffarah sebenarnya adalah rahmat Allah untuk melindungi hambaNya dari sangsi di akhirat.Sakit bukan alasan untuk kita tidak bekerja, bukan alasan untuk saya ponteng kuliah dan mengerjakan ibadah.



Apabila seseorang itu ditimpa ujian atau musibah,dan ada di sisinya rakan-rakan atau sahabat-sahabat yang setia bersamanya,itulah tandanya ukhuwwah yang sejati,berpaksikan redha Illahi.

Akhi,Akhukum Fil Islam.Uhibbukum Fillah.
Dedikasi khas untuk saya dan ikhwah-ikhwah yang sedang diuji.
Thabbitna 3ala hadza Ad-deen.
Allahumma amin!