Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
15 Mei - Memperingati Tragedi Berdarah PalestinGambar dari Syed Ahmad Israa' Hari yang bersejarah ini (Nakbah Palestin) pastinya akan menjadikan para pengkaji dan pemikir Islam yang berkecimpung dalam setiap bidang, dari setiap golongan, untuk menelaah sebab-sebab, dan faktor-faktor serta kesan-kesannya terhadap dunia Islam. Tabiat musuh dan ketamakannya, cara untuk berhadapan dengannya, dan menentangnya, pasti ia akan dikaji dan dihuraikan dalam bentuk-bentuk yang lebih luas. Perkara ini khususnya, adalah kerana Nakbah (yang bermaksud tragedi berdarah) yang telah bermula pada tahun 1948 ini masih lagi berterusan dan berpanjangan hari demi hari. Penjajahan Zionis terhadap Palestin hari ini bukanlah seperti penjajahan Barat terhadap negara-negara Islam pada kurun ke-19 dan ke-20, yang hanya berlalu dan pergi, tetapi ia lebih daripada itu. Ia adalah satu jenis penjajahan penghapusan etnik dan penempatan haram secara kekerasan dan keganasan yang terus berkembang tanpa mempedulikan mana-mana peraturan antarabangsa. Dengan inspirasi daripada kecelaruan akidah mereka dan beralaskan dakwaan-dakwaan sejarah, mereka terus berusaha untuk menguasai bumi Palestin itu dan mengosongkan ia daripada penduduknya, dengan keganasan dan pembunuhan, menghalau penduduk tempatan, memusnahkan kampung dan ladang serta menggantikan tempat penduduk Palestin dengan Yahudi yang datang dari seluruh dunia. Walaupun mereka telah mengisytiharkan negara haram mereka (Israel) pada tahun 1948, tetapi mereka sebenarnya belum lagi meletakkan garis pemisah di antara negara mereka dengan negara-negara lain. Ini kerana mereka masih lagi meneruskan misinya iaitu memperkembangkan tanah jajahan mereka sehingga mencapai objektif mereka iaitu mendirikan Israel Raya (Israel Kubra) yang terletak di antara Sungai Nil dan Sungai Furat. Mereka juga berusaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa untuk mendirikan Haikal Sulaiman yang mereka dakwa. Ben Gurion telah berkata: “Tiadalah erti Israel tanpa Al-Quds, dan tiadalah erti Al-Quds tanpa Haikal”. Mereka berusaha untuk menakluk rantau itu dan menguasai segala kekayaannya, dalam masa yang sama memperhambakan rakyatnya dengan cara yang zalim. Ia merupakan suatu projek penjajahan yang lengkap yang berasaskan kepercayaan agama. Ketika mereka mula menjejakkan kaki mereka ke tanah kita, tanah ini tidak pernah mengenal erti keamanan dan keselesaan serta apa-apa bentuk pembangunan, yang ada hanyalah peperangan dan kecelakaan, pada tahun-tahun seperti 1948, 1956, 1967, 1982 dan 2006. Segala malapetaka yang menimpa telah menyebabkan kemusnahan, pembunuhan, pertumpahan darah dan pembaziran harta benda serta kemunduran. Segala penyembelihan yang telah mereka lakukan terhadap rakyat Palestin seperti di Deir Yasin, Qabyah, Kafr Qasim, Khan Yunis, dan banyak lagi kampung-kampung yang lain, telah mengorbankan orang-orang tua dan kanak-kanak serta menguburkan janin-janin, menghancurkan rumah-rumah, yang telah berlaku beberapa kali di Qana, Beirut, Sabra dan Syatila, dan Bahrul Baqar di Mesir. Pembunuhan tawanan Palestin dalam perang 1956 dan 1967, menanam mereka hidup-hidup, konspirasi untuk mengambil sebahagian daripada kawasan Sungai Nil, meletakkan perisik untuk mengetahui rahsia ketenteraan dan ekonomi, usaha untuk memisahkan Selatan Sudan daripada bahagian utaranya, penyebaran fitnah terhadap Darfur untuk memecahbelahkan negara-negara Arab, menyemarakkan permusuhan PLO dan HAMAS, pengepungan di Jalur Gaza, segalanya adalah kekejaman dan kezaliman untuk menundukkan rakyat Palestin dan menimbus isu sebenar (agenda mereka membina Israel Raya). Ia juga termasuk dalam konspirasi mereka terhadap apa yang berlaku di Iraq dan penjajahannya, dengan menyemarakkan isu perkauman, lantas mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan pada setiap sudut kawasannya. Mereka juga berusaha untuk melakukan perkara yang sama kepada Iran, kerana merasakan ia mampu menggugat mereka dengan teknologi persenjataan nuklear yang dimiliki oleh negara Iran. Ini semua telah jelas membuktikan bahawa mereka ini bukanlah manusia biasa yang mempunyai sikap kemanusiaan yang murni, tetapi mereka adalah ibarat binatang buas yang dahagakan darah, yang sentiasa ingin mengambil dan menguasai apa yang ada pada tangan-tangan kita, dan menakluk bumi di bawah tapak kaki kita. Segala perkara yang berlaku ini bersumberkan kepada kefahaman mereka yang sangat-sangat merendahkan manusia selain mereka. Hakham Shamon Bar telah berkata: “Kamu semua wahai para Yahudi inilah yang dinamakan manusia, sedangkan para haiwan itu tidak dinamakan manusia!”. Hakham Eido Alba berkata: “Sesungguhnya pengharaman untuk membunuh dan menumpahkan darah manusia tidak dihukum ke atas Yahudi sekiranya yang dibunuh adalah bukan Yahudi, dibolehkan untuk membunuh selain Yahudi (ke atas bangsa yang kita peranginya) termasuklah wanita dan kanak-kanak”. Semua jenayah yang kejam tanpa perikemanusiaan itu memerlukan penentangan dan pengutukan kita terhadapnya. Sekiranya kita berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa, ia bererti kita memberi mandat kepada mereka dalam jenayah ini, walaupun ia telah melukakan perasaan setiap bangsa Arab dan umat Islam, walaupun ia telah mengorbankan jutaan rakyat Palestin. Penentangan terhadap projek yang hina dan penghancuran Zionis terhadap Al-Aqsa ini tidak boleh tidak mestilah dengan projek dunia Arab dan dunia Islam seluruhnya. Ia perlu bagi menolak sebarang operasi-operasi damai yang dicadangkan sejak tahun 2002, menolak sebarang pengiktirafan kuasa besar Zionis, menilai semula rundingan damai dan hubungan diplomatik bersamanya, menolak sebarang bentuk tolak ansur yang sia-sia di antara Zionis dan Palestin, tidak menerima sebarang perdamaian di antara mereka dengan mana-mana negara Arab, menolak sebarang pengiktirafan terhadap tanah yang telah dirampas dan rakyat yang dihalau serta meng-Yahudi-kan Al-Quds, menyuarakan pandangan umum, di peringkat Mesir, dunia Arab, dan dunia Islam, serta seluruh dunia untuk menegakkan kebenaran bagi pihak rakyat Palestin, mengheret segala penjenayah peperangan ke muka keadilan, mengambil segala aspek kekuatan politik untuk membebaskan rakyat-rakyat daripada penindasan dan mengelakkan mereka daripada kemusnahan, membina dan mentarbiyah rijal-rijal di atas tunjang keimanan dan prinsip-prinsip, berusaha untuk menjadi penyatu yang menyatukan saf-saf umat di negara Arab, dan negara-negara Islam, paling kurang pun di rantau ini, mengumpulkan segala kekuatan ekonomi dengan persepakatan di antara negara-negara ini, mengkaji secara ilmiah terhadap perkara ini dan mementingkan perindustrian dan pembangunan Palestin, menyokong penentangan terhadap Zionis dalam apa jua bentuk sekalipun, menghancurkan pengepungan terhadap Jalur Gaza, serta berusaha untuk menegakkan keadilan buat rakyat Palestin. Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran: “Kamu akan mendapati manusia yang paling benci dan memusuhi orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin” (Surah Al-Maidah: 82) “Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman” (Surah Ali Imran: 139) Ikhwan Muslimin,Kaherah, 10 Jamadil Awal 1431H bersamaan 24 April 2010M Anda mungkin berminat untuk mengetahui tentang point-point penting 62 tahun Nakbah Palestin? Layari sini. Seronok dapat berkongsi dengan anda semua. *kredit buat laman ISMA Malaysia (Membina Generasi Harapan)
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |