Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Kerana manisnya ukhwah...~“….slurppp….Alhamdulillah! Manisnya epal ni!” “Huhhh…Epal…epal yg atas meja makan tu ker?” “ermm..ye… ye.. kenapa Zulfaqar?” “Arghh…itu bukan ana punya! Itu Uzair yg punya!” “Alaa…Uzair tu bukanya orang lain, ikhwah kita juga lagipun epal je kan! Kecil jer” Kulihat Zulfaqar mencebik masam…Oppsss……aku salah cakap ker? Getus hati kecilku.. Lantas kisah Abu Zar al-Ghifari dan Bilal menerjah mindaku. Siapa yg tidak mengenali Abu Zar? Seorang sahabat yg hebat dan mulia. Namun, Al-hawa masih lagi menyentel di suatu sudut kehidupannya. Dan aku, Ya aku sendiri yg sudah jelak diperdengarkan kisah ini, hampir-hampir lalai dari pengajarannya. Aku telah bertindak mengikut al-hawa. Jahilliyyah yg terang dan jelas namun terlalu sukar untuk dikikis. Masakan aku masih tidak mengerti akan hal ini walaupun sudah beberapa tahun dalam tarbiyyah. Hak seorang muslim mesti dihormati. Biarlah siapa pun dia. Ikhwah atau tidak! itu bukan perkara utama dalam situasi ini. Pokoknya di sini, apakah neraca yg kugunakan di dalam membuat pilihan. Di mana sikapku selaku seorang muslim? Adakah dengan akhlak sebegini, aku mahu menyeru manusia? Dahlah makan tanpa meminta kebenaran, tak rasa bertanggungjawab pula tu. Tapi, bukankah seorang islam itu harus mengutamakan saudaranya. Sudah semestinya aku juga patut diutamakan. Lagipun itulah ‘keadaan ideal’ yg semua orang berusaha menuju ke arahnya sepertimana yg berlaku diantara Muhajirin dan Ansar. Benarkah pemahamanku ? atau ianya hanya suatu justifikasi untuk kepentingan diri? Memang benar ukhwah yg sebegitu yg semua orang impikan, tetapi seharusnya ia bermula dengan diriku. Aku yg perlu berusaha mengutamakan orang lain ke atas diriku. Bukan mengharapkan agar orang lain memulakannya. Ini barulah ‘fikir ummah’ namanya. Huhhhhhhhhhh…..hatiku mengeluh panjang. Aku merasa sugul. Benarlah kerisauan Maimum bin Mahran rahimahullah akan Al-hawa dan “kilauan pelbagai nama”. Hakikatnya sama. Jahilliyahnya sama. Hanyasanya namanya yg berbeda. Ya aku akur akan permasalahan sebegini. Walaupun sudah seringkali diperingatkan, aku masih lagi dikelirukan oleh “kilauan pelbagai nama” ini. Kurasakan waktu merangkak pergi. Pelbagai persoalan melintasi ruang legar pemikiranku. Satu demi satu mengingatkan aku kembali tentang keikhlasan. Terutamanya dalam menikmati kehangatan ukhwah yg baru kukenali di bumi Kangaroo ini. Cukup sekadar ini dulu. Makin lama aku memikirkannya makin kurasakan aku tidak mampu untuk melakukannya, sedangkan sosok tubuh yg tercegat didepanku ini masih lagi tidak member reaksi positif. Namun apa yg mampu aku buat selain dari tersengih seraya cuba untuk memperbetulkan keadaan. Moga-moga anugerah tuhan yg berada di antara dua bibirku ini mampu untuk mengembalilkan semula bicara kami yg terhenti… Ya tuhanku, tolonglahlah hambamu ini! “Tak mengapalah Badrul, Masam di bibir Zulfaqar ni tak berkekalan, Kejap lagi hilanglah tu! Tetapi manis yg hadir di sebalik epal tu tak berkesudahan” Ahhhhhhah! Aku menarik nafas dalam-dalam bila sahaja kata-kata itu menyentuh gegendang telingaku. Bertepatan dengan masa dan ketikanya. Inilah “words of comfort” yg kutunggu-tunggu semenjak tadi. Zulfaqar menguntum senyum diikuti oleh tawa kecil mereka berdua. Sekarang aku bingung. Walaupun aku tahu tindakan Zulfaqar untuk ketawa itu adalah sesuatu yg boleh dijangkakan. Namun bila ianya berlaku hatiku rasa tidak senang. Lagipun hubunganku dengannya bukanlah intim sangat. Astaghfirulah….Belumpun tahu hujung pangkalnya, aku sudah menjadikan emosi sebagai pemandu jasadku. Mungkin dia memahami perkara yg berbeda dari apa yg aku fahami. Mungkin..Mungkin.. Saraf-saraf yg berselerakan di hujung jari jemariku hampir sahaja tidak merasai tekstur wajahku kerana kulit mukaku yg makin menebal dek kerana malu. Malu dengan sikapku sendiri. Walaupun dah banyak yg aku pelajari, sikit sekali yg dipraktikan. Usrah setiap minggu. Bacaaan Al-quran hampir setiap waktu. Qiam pula hampir setiap malam. Namun kenapa jadi begini? Kesannya keatas diriku tidak memberangsangkan. Dimanakah silapnya, Kualiti atau kuantiti? Apalagi yg belum kulakukan? Rasanya keberadaanku boleh dirasakan hampir di seluruh rumah di sekitar kota Melbourne ini. …Perlahan-lahan ku usapkan dadaku untuk menenangkan diri. “Manisnya ukhwah kerana keikhlasan, dan segala-galanya kembali kepada keutuhan iman” Uzair menghabiskan kata-katanya dengan memandang tepat ke arahku seolah-olah dia mengetahui apa yg bermain di benak pemikiranku. Pergolakan emosi sebegini seringkali terjadi padaku sejak dahulu lagi. Jika dahulu, aku menanganinya secara sombrono. Sekarang aku punya teman untuk diajak bicara bagi mengatasi kekurangan diri. Paling tidak pun keberadaan di kalangan mereka membantu menyuburkan imanku. Baru kusedar pentingnya untuk aku tegar dalam mentarbiyyah diriku sendiri dan berlapang dada kepada saudaraku yg lain. Perasaan bersalahku terhadap Zulfaqar kian menebal lantaran krisis identiti yg wujud diantara kami. Walaupun saling berpandangan dan bertukar senyuman, namun jauh di sudut hatiku, ada sesuatu yg merunsingkan diantara kami. Namun tak pernah aku cuba untuk menanyakannya kepada dia. Wushhhuuuhhh…Bunyi itu mematikan fikiranku. Kulihat Uzair melalukan pinggan kaca putih buatan india yg siap digosoknya di bawah aliran air paip. Kenal benar aku dengan pinggan tu. Itulah hadiah ibuku sempena kedatanganku ke Australia. “Antum orang tahu tak! Jika ukhwahlah yg menyedarkan antum untuk kembali menjaga apa yg di ‘dalam’ ketika kita sibuk menyeru ke ‘luar’, itu merupakan suatu kemanisan” Aku terpaku pada kelakuan yg membenarkan kata-katanya. Boleh jadi inilah sebab hubunganku dengan Zulfaqar berantakan. Maklumlah jarang sekali aku berada di rumah. Dahlah tu, masa aku di rumah hanyalah waktu tidurku semata-mata. Kebersihan tandas, susun atur dapur, cuci pinggan mangkuk, dan hampir kesemua hal ehwal rumah diuruskannya. Aku pula hanya sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila menunaikan giliranku memasak. Itupun jika aku punya masa lapang. Benarlah suatu kata pujangga Arab, ‘kalau manusia itu tetap manusia, apa yg ada pada seorang manusia tetapkan ada pada manusia lain’. Siapa pun di tempat Zulfaqar tentunya sedikit kecil hati dengan kelakuanku. Orang lain pun menyeru orang juga. Namun masih punya masa untuk perkara-perkara lain kerana setiap sesuatu itu ada hak yg perlu kita tunaikan kepadanya. Islam itu syumul bukannya terletak pada keluar menemui orang semata-mata. Itu amat kecil skopnya. Malahan menunaikan hak seumpama itu juga merupakan seruan kepada islam. Aku berharap ini akan menjadi suatu sempadan buatku di hari mendatang. Sepatutnya aku yg meringankan beban saudaraku sepertimana diajukan ayat 9 surah Al-hasyr. Lebih-lebih aku keluar bertemu manusia untuk keredhaan ilahi bukan maksud duniawi. Masakan aku mendapatnya jika hanya sebahagian hak sahaja yg aku tunaikan dan mengabaikan selainnya. وَالَّذِينَ تَبَوَّؤُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ 9. Dan orang-orang yang Telah menempati kota Madinah dan Telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) ‘mencintai’ orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung Errrr..Cuma masih ade suatu keraguan, kenapa Zulfaqar mendiamkan sahaja perkara ni? Adakah kerana dia mahu menjaga ukhwah atau ….? Entahlah sampai sekarang aku belum dapat menemukan jawapannya. Pintaku agar nanti akan ada mereka yg sanggup untuk menjawabnya. Harapanku biarlah persaudaraan ini bertunjangkan keikhlasan agar ia kekal basah selamanya walaupun di suatu masa nanti kami mungkin tidak lagi sehaluan. |