Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Mana Mungkin Begitu Sahaja!
Suatu hari, saya duduk meneliti taqwim sekolah.
Baris demi baris, lajur demi lajur, saya perhatikan semuanya. Memang betullah rupanya. Saya sudah tidak punya masa yang panjang lagi di sekolah. Di SMAKL... Saya tinjau-tinjau rakan-rakan saya yang lain. Saya tanyakan kepada mereka, tarikh apa yang mereka debar-debarkan? "Tarikh SPM? Oh, sama sekali tidak. Tarikh tamat SPM, itu sebetulnya. "Berdebar sekali ya? Debar apa? "Debar gembira tentunya. "Oh, tak sangka. Kerana saya berdebar risau bercampur hiba. Mana mungkin saya tidak berasa hiba meninggalkan tapak semaian saya? Mana mungkin saya tidak berasa hiba meninggalkan tanah gembur saya? Mana mungkin saya tidak berasa hiba meninggalkan tempat saya pernah tumbang, lalu didirikan semula? Mana mungkin saya tidak berasa hiba meninggalkan tempat saya pernah menanam, membaja, dan sempat juga melihat buahnya berputik? Mana mungkin saya tidak berasa hiba mengenangkan tempat yang menyatukan,mengukuhkan ukhwah antara saya dengan sahabat-sahabat? Tidak mungkin saya boleh berasa gembira. Meskipun hanya seketika saya di sana. Lalu saya putuskan untuk berbuat sesuatu, demi menampung lompong-lompong hiba dalam hati saya. Sesuatu yang berguna buat sekolah,guru-guru dan adik-adik saya yang tercinta.... ~brad-sid~ smaklian candidates 2007 (ukhwah fillah abadan abada) AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |