Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Atas Nama Cinta!Awan yang berwajah mendung,diiringi dengan angin yang bertiup kencang..Seakan-akan memahami keadaan hati ini..Awan yang mendung itu tiba-tiba menitiskan air mata,menambahkan lagi kepiluan yang tebuku di hati.Disaat itu,hati ini hanya mampu menadah tangan dan berdoa kepadamu Ya Rabbi.Sesungguhnya ketenangan dan kedamaian itu hanya lah milikMu..Maha suci Engkau yang telah mengajarku erti hidup ini.. * * * * * * * * * Ya Allah Ya Rahim, Sungguh!!,hatiku ini tidak mampu untuk melawan dugaan ini..Dugaan kali ini sememangnya sangat membebankan diriku..Seandainya diriku ini tidak punya iman ya Rabbi,nescaya sudah lama ku kecundang,tersungkur di bawah godaan musuhMu-Syaitan laknatullah.. Ya Fattah Ya 'Alim, Yang menciptakan segala pencipta tiruan,yang Maha Mengetahui akan apa yang diciptakan,Yang Mengetahui segala isi hati,tindak-tanduk dan perilaku hambaMu.. Kurniakanlah ketenangan kepada hati ini.. Hati ini bagaikan sedang dilanda sebuah kiamat kecil mengenangkan nostalgia.. Pastinya bukan nostalgia-nostalgia yang biasa.. Nostalgia panjang,mengenangkan hati ini mula tumbuh,bertunas dan berkembang mekar di bawah RahmahMu.. Dengan RahmahMu jua, hati ini dapat disatukan dengan hati-hati yang lain melalui halaqah-halaqah kecil, yang tediri daripadanya hati-hati yang nekad menolong agamaMu demi mencari keredaan dan keberkatanMu.. Ya Halim, Dari halaqah-halaqah itu Engkau temukan hati ini dengan hati yang ikhlas ingin menjadi pembimbingnya.Tekun memeriksa hati ini, dan bersungguh memaut hati ini dengan AgamaMu yangagung. Di tangan pemilik hati itu, hati ini terbuka untuk bersuci, belajar, danpasti, ingin beramal. Semoga rahmah-Mu yang Engkau letakkan di tangan‘naqib-naqib’ itu Engkau lanjutkan Ya Rahiim Melalui halaqah-halaqah kecil ini, Kau susunkan kami dengan pelbagai kenangan manis dan pahit semata-mata untuk menyimpulkan,memperkemaskan hubungan antara hati-hati ini.. Dengan izinMu ya Allah,hati-hati telah bertaut dengan erat.. Ku bermohon padaMu,Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini Melalui halaqah-halaqah kecil ini juga, Kau aturkan kami dengan begitu kemas sekali Dengan dugaan-dugaan daripada manusia-manusia Yang hanya mengenal diriMu ya Allah ,hanyalah sekadar diriMu. Dan diakhir dugaan-dugaan tersebut, rupanya tersimpan pelbagai hikmah pelaksanaan ketentuanMu Ya Allah, Hati ini pernah suatu ketika dahulu mengkufuri pemberian nikmatMu, mempertikaikan segala ketentuanMu.. Sesungguhnya hati ini kini sedar, Disebalik keperitan dan kepayahan yang Kau berikan, terselit kebaikan dan kenikmatan di akhirnya.. KetentuanMu mengatur hidupku untuk ditarbiyyah di bumi yang bernama SMAKL ini, sungguh-sungguh menginsafkan diriku.. Pernah hati ini terfikir,bagaimana sekiranya hati ini langsung tidak dipedulikan olehMu? Dituruti segala kemahuanku tanpa sedikit pun keberkatan dariMu? Oh Tidak! pastinya hidup ini tidak lagi bermakna tanpa keredaan dan keberkatanMu Maka oleh itu Ya Rahim, limpahkanlah keberkatan kepada seluruh hati-hati SMAKL yang mencari keredaanMu limpahkanlah cahaya rabbaniMu kurniakanlah hidayahMu dan taufiq iradatmu kepada hati-hati itu Ya Dzal Jalali Wal Ikram Yang membolak-balikkan hati kami,tetapkanlah hati-hati ini, sentiasa di atas jalan yang lurus, limpahkanlah ma'firah dan kasih-sayangMu kepada hati-hati ini Semoga hidup ini lebih bererti.. Terima Kasih Ya Allah,Syukran Jazilan di atas nikmat keimananMu kepada hati-hati ini.. Kerana nikmat tersebut, hati-hati ini kini bercita-cita tinggi untuk Syahid di jalan Mu, bercita-cita untuk mengorbankan jiwa dan raga semata-mata kerana kecintaan kepadaMu Atas Nama Cinta hati-hati ini korbankan segalanya...... Terima kasih juga YaAllah, senja ini, hati ini keluar dari SMAKL, dan hidupku di dalam bumi SMAKL menjadi senja,dengan pernah merasai hidup dalam ‘uzlah jiwa dan perasaan dari kecamuk dunia dan masyarakat luar yang gila. Nostalgia hati ini takkan pernah berakhir, kerna hati ini akan kerap-kerap lagi terkenang akan bumi itu, bukan kerana tanahnya dan bukan kerana sistemnya, tapi kerana pintu mengenal jalan-Mu yang lurus, Engkau izinkan ia terbuka di sana. Ia pinta moga Engkau jua menyusun jalannya, seperti Engkau menyusun jalan Rasul-Mu, ketika ‘uzlahnya di gua beransur senja dan keluar darinya dengan ubat bagi umatnya... Dipetik dan diubah suai daripada Mujahid oleh Mujahid untuk semua |