Movement of Islamic Couple (MIC)



(P/S:gambar hanyalah hiasan untuk menyedapkan lagi pandangan)

Telah dijadikan Allah setiap ciptaanNya dengan berpasangan,Kaum Adam dan Kaum Hawa,sifat baik sifat jahat.....
Dan setiap ciptaan Allah itu terdapat sebab yang tersendiri
Yang pada sesetengahnya,hanya Yang Maha Pencipta sahaja yang tahu..
Dan telah Allah jadikan juga perkara-perkara yang diperintah dan perkara-perkara yang dilarang.
Ketahuilah setiap perkara yang diperintah oleh Allah itu untuk kebaikan hambaNya begitu juga perkara-perkara yang dilarang olehNya..




* * * * * * * * * * * * *




Keluar dari stesen komuter di KL Sentral,saya bergegas menuju ke Stesen Putra..
Syukur Alhamdulillah,tiba sahaja saya di platform,train pon tiba..
Sekadar menghilangkan lelah di dada,saya duduk bersandar sebentar di tepi pintu..
Memikirkan pekerjaan saya hari ini..


Puas!
kerana dapat mengerjakan kebaikan..Kerja apa? Rahsia saya!
Sedang duduk memuhasabah diri,tiba-tiba handphone saya berbunyi..
Message masuk..


"Salam,akh..knape kite xbole kapel?"


Sambil tersenyum sendirian,akal saya ligat memikirkan hujah yang sesuai untuk meyakinkan saudara se-Islam saya ini..


"Salam,akh..bole ana tau,spe yg nak couple tuu",saya membalas..
Cuba mengelak sambil menantikan ilham muncul tiba..
Soalan demi soalan saya ajukan berulang kali sehingga akhirnya dia membalas,


"Ala..ape yg susah sgt nih..bg jela tau jwpn"


Disaat itu,ilham daripada Allah berkunjung tiba,menyusun setiap bait-bait hujah untuk dilontarkan kepada sahabat..
Sememangnya kalau saya memberikan musabab yang bernas,kukuh sekali pun,pastinya takkan
dapat memuaskan kehendaknya(jawapan untuk couple)
Justeru,tangan saya bergerak pantas menyusuri setiap butang-butang handphone,menyusun satu hujah
yang bisa menjawab seluruh persoalannya..


"Ya akh,tau knape susah sangat untuk anta dapatkan jawapan daripada ana tadi?
Itulah dia simbolik betapa susahnya manusia nak ikut perintah Allah..
Padahal apa yang diperintahkan Allah itu bukanlah sukar untuk dilakukan dan dipatuhi.
Tetapi disebabkan sifat manusia yang tidak pernah bersyukur dan tidak pernah berpuas hati, bermacam-macam soalan yang tidak logik,remeh dan tak masuk akal dilontarkan oleh manusia apabila Allah memberikan perintah dan melarang..
Sedangkan manusia ini hanyalah manusia yang hina..Manusia penciptakah?? atau Allah yang menciptakan manusia?
Tentulah Allah yang menciptakan manusia..Nah! sudah terang lagi bersuluh..
Tentunya yang mencipta lebih mengetahui tentang barang ciptaannya daripada barang ciptaannya mengetahui tentang diri mereka sendiri..
Allah menciptakan manusia,justeru Allah lebih mengetahui apa yang baik dan buruk untuk manusia..
Justeru juga,terciptalah perintah dan larangan Allah terhadap manusia..
Kalau Allah dah tetapkan batas hubungan antara lelaki dan perempuan sebegitu, mengapa perlu kita mempersoalkannya?
Jangan banyak tanya,ya akh..Ikut sahaja apa yang Allah dah perintahkan dan jauhi daripada perkara yang Allah larangkan..
Kenapa kita tak ikut umat nabi Muhammad(selawat ke atasnya) dahulu??
Menerima setiap syariat yang diturunkan Allah tanpa mempersoalkannya..
Kenapa?
Dan kenapa kita perlu mengikut jalan dan cara hidup orang kafir yang tidak mendapat petunjuk
dan sentiasa mengharapkan kemusnahan agama Islam dan umat Islam??
Kenapa ya akh?
Kenapa perlu kita ikut mereka?"


Saya mengakhiri "sms" saya di situ..
Sahabat saya kemudian membalas,


"Ok,syukran ya akh..tapi,macam mane pula dengan "couple islamic",maknanye tak pernah jumpe,pegang tangan dan sebagainya?boleh ke?"


Tergelak sendirian,sekali lagi tangan saya ligat memicit punat-punat handphone,
merangka jawapan untuk soalannya..


"Akh,kita kena ingat,syaitan & kafir (laknatullah) ini pandai memikirkan cara untuk menyesatkan manusia..
Contoh,kisah 'alim yang telah beribadah beberapa tahun lamanya..
Didatangi seorang perempuan yang dihasut syaitan laknatullah,lalu memberinya 3 pilihan:
minum arak,berzina atau membunuh..
Difikiran si 'alim itu,minum arak itu lebih ringan dosanya berbanding kedua-dua perbuatan yang lain..
Lalu,teguklah si 'alim itu akan air arak sehingga mabuk..
Lalu,tanpa disedari,ketika mabuk itu,dia telah berzina dan kemudian membunuh pula..
Tak pasal-pasal dia dapat pangkat "hatrick",tiga-tiga dia bolot..
Akh,syaitan itu pandai..Dia tahu Islam melarang couple,di ubahsuainya dan diolahnya dengan baik menjadi "CoupleIslamic"..
Dikaburinya pemikiran umat Islam dengan perkataan Islamic tersebut..
Walhal,kalau sesuatu itu telah nyata haram,diubahsuai banyak dan macam mana sekalipun,hukumnya tetap haram kan?
Cuba akh fikir,pernah ke orang couple tak keluar bersama-sama?
Ok,akh kate tadi,tak berjumpa,tak berpegang tangan..
Kita kaji pulak..
"Couple Islamic"
Kalau dah namenye Couple,tak kan tak nak sembang-sembang kut..
kemudian mulalah,ber"sms"..
Ayat masyuk-masyuk semua masuk..Ayang,Sayang,Darling,Honey dan sebagainya la..
Dah "sms",boring pulak,tak dapat tengok muka..
Mintak pulak gambar,send kat handphone..
Masa tu,bergeloralah hati tengok gambar..Tunjuk kat kawan-kawan..kawan-kawan puji..
Suruh kita berjumpa..
Timbul niat nak berjumpa pulak(kalau kawan tak puji pun,niat nak jumpe pun mesti ade kan?)
Akhir sekali,berjumpalah sepasang kekasih Islamic yang mengamalkan "Couple Islamic"..
Bila dua orang yang bertemu(lelaki dan perempuan),akan adalah yang ketiga yakni Syaitan laknatullah..
Digoda-goda oleh syaitan,akhirnya,maruah entah ke mana,syariah entah ke mana
Terkuburlah sudah Couple Islamic tersebut..
Logik tak apa yang ana cakap?
Kalau Allah tahu manusia boleh jadi macam tu,jaga pergaulan,tidak berzina, dengan sendirinya,
Allah takkan turunkan syariat membataskan hubungan antara lelaki dan perempuan..
Betul tak, akh?
Ana mohon akh pertimbangkan mana yang baik dan buruk,gunakan akal sebaiknya"


7 page saya perlukan untuk menaip semua itu..berehat sebentar..
Handphone berbunyi lagi,dari sahabat yang sama..


"ok saya faham..tapi kan akh,kenapa ada orang yang lebih arif dan 'alim,couple jugak? takkan diorang tak tau?"


Ringkas jawapan saya,


"iman seseorang ada masa turun dan ada masa naik,manusia mempunyai musuh yang cukup nyata dalam diri iaitu nafsu ,dan ilmu yang tanpa manfaat ibarat pokok yang tidak berbuah"


Kebingungan agaknya,sahabat saya membalas,


"ana tak faham..apa jawapannya?"


"Akh,itulah jawapannya..
Bila nafsu tak dikawal,dibentuk dan dididik,ilmu yang ada tak dimanfaatkan dan diamalkan,
dan tambahan pula iman ketika itu sedang menurun,tatkala itu,segala kemahuan nafsu dan godaan syaitan dituruti..
Nantikan sahajalah azab Allah.."


"ok,syukran lagi sekali ya akh..ana asif jiddan sebab mengganggu anta,salam"


Selesai berbincangan kami..disaat itu,sedar-sedar,saya sudah tiba di Stesen Putra Melati,stesen yang ditujui..
Melangkah lemah,kepenatan,keluar daripada train terus mendapatkan bas untuk pulang ke rumah..




* * * * * * * * *




Katakanlah kepada lelaki yg beriman agar menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya,yang demikian itu lebih suci bagi mereka

Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali yg biasa dilihat.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau anak-anak lelaki mereka atau anak-anak lelaki suami mereka atau saudara-saudara laki(adik beradik lelaki) mereka atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka atau perempuan(sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki(tua) yang tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

(An-Nur:30-31)


* * * * * * * * * * * * * * *
akh=saudara/saudaraku













dari Allah diwahyukan kepada nya dikala senja


(2.46a.m- 10/12/2007)