Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Dalam Debat Cinta...Juta-juta manusia Labels: Adab wa Syi'r Relax ar...!??
Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini
1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar) Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!". Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syar'ie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil ‘warak berbungkus’. 2. Couple Duduk berdua di taman-taman, kedai- kedai makan, berjalan berdua malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa. Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita. Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'jangan jaga tepi kain orang'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tiada lagi ungkapan "amar makruf nahi mungkar" dalam kalangan masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda dengan sewenangnya berdua-duaan. 3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin "Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air hingga melibatkan keluarga. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘cop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan. 4. Telefon Tidak ‘Urgent’ Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syar'ie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab di hadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daie, ulama dan taruhan masyarakat di tanah air sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku. 5. SMS Tidak ‘Urgent’ Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala. 6. Berbicara Mendayu-Dayu Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan. 7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’ Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.. Allah Knows Best!
Allah Knows Best...
Allah Knows What's Best for us So, why should we complaint We always want the sunshine But He knows there must be rain We always want the laughter and the merriment cheer But our heart will lose their tenderness If we never shed a tear Allah test us often... Allah test us not punish us But to help us meet tomorrow And for every pain He gives us provided we're patient For growing trees are strengthened When they were strike by storm And sharp cut of the chisel Gave the marble grace and form So, whenever we feel we're down And whenever we feel that everything is going wrong It's just Allah's way to make your spirit strong! Indeed, ALLAH KNOWS BEST ~Asma Allah~
Rahim-Merciful Movement of Islamic Couple (MIC)(P/S:gambar hanyalah hiasan untuk menyedapkan lagi pandangan) Telah dijadikan Allah setiap ciptaanNya dengan berpasangan,Kaum Adam dan Kaum Hawa,sifat baik sifat jahat..... Dan setiap ciptaan Allah itu terdapat sebab yang tersendiri Yang pada sesetengahnya,hanya Yang Maha Pencipta sahaja yang tahu.. Dan telah Allah jadikan juga perkara-perkara yang diperintah dan perkara-perkara yang dilarang. Ketahuilah setiap perkara yang diperintah oleh Allah itu untuk kebaikan hambaNya begitu juga perkara-perkara yang dilarang olehNya.. * * * * * * * * * * * * * Keluar dari stesen komuter di KL Sentral,saya bergegas menuju ke Stesen Putra.. Syukur Alhamdulillah,tiba sahaja saya di platform,train pon tiba.. Sekadar menghilangkan lelah di dada,saya duduk bersandar sebentar di tepi pintu.. Memikirkan pekerjaan saya hari ini.. Puas! kerana dapat mengerjakan kebaikan..Kerja apa? Rahsia saya! Sedang duduk memuhasabah diri,tiba-tiba handphone saya berbunyi.. Message masuk.. "Salam,akh..knape kite xbole kapel?" Sambil tersenyum sendirian,akal saya ligat memikirkan hujah yang sesuai untuk meyakinkan saudara se-Islam saya ini.. "Salam,akh..bole ana tau,spe yg nak couple tuu",saya membalas.. Cuba mengelak sambil menantikan ilham muncul tiba.. Soalan demi soalan saya ajukan berulang kali sehingga akhirnya dia membalas, "Ala..ape yg susah sgt nih..bg jela tau jwpn" Disaat itu,ilham daripada Allah berkunjung tiba,menyusun setiap bait-bait hujah untuk dilontarkan kepada sahabat.. Sememangnya kalau saya memberikan musabab yang bernas,kukuh sekali pun,pastinya takkan dapat memuaskan kehendaknya(jawapan untuk couple) Justeru,tangan saya bergerak pantas menyusuri setiap butang-butang handphone,menyusun satu hujah yang bisa menjawab seluruh persoalannya.. "Ya akh,tau knape susah sangat untuk anta dapatkan jawapan daripada ana tadi? Itulah dia simbolik betapa susahnya manusia nak ikut perintah Allah.. Padahal apa yang diperintahkan Allah itu bukanlah sukar untuk dilakukan dan dipatuhi. Tetapi disebabkan sifat manusia yang tidak pernah bersyukur dan tidak pernah berpuas hati, bermacam-macam soalan yang tidak logik,remeh dan tak masuk akal dilontarkan oleh manusia apabila Allah memberikan perintah dan melarang.. Sedangkan manusia ini hanyalah manusia yang hina..Manusia penciptakah?? atau Allah yang menciptakan manusia? Tentulah Allah yang menciptakan manusia..Nah! sudah terang lagi bersuluh.. Tentunya yang mencipta lebih mengetahui tentang barang ciptaannya daripada barang ciptaannya mengetahui tentang diri mereka sendiri.. Allah menciptakan manusia,justeru Allah lebih mengetahui apa yang baik dan buruk untuk manusia.. Justeru juga,terciptalah perintah dan larangan Allah terhadap manusia.. Kalau Allah dah tetapkan batas hubungan antara lelaki dan perempuan sebegitu, mengapa perlu kita mempersoalkannya? Jangan banyak tanya,ya akh..Ikut sahaja apa yang Allah dah perintahkan dan jauhi daripada perkara yang Allah larangkan.. Kenapa kita tak ikut umat nabi Muhammad(selawat ke atasnya) dahulu?? Menerima setiap syariat yang diturunkan Allah tanpa mempersoalkannya.. Kenapa? Dan kenapa kita perlu mengikut jalan dan cara hidup orang kafir yang tidak mendapat petunjuk dan sentiasa mengharapkan kemusnahan agama Islam dan umat Islam?? Kenapa ya akh? Kenapa perlu kita ikut mereka?" Saya mengakhiri "sms" saya di situ.. Sahabat saya kemudian membalas, "Ok,syukran ya akh..tapi,macam mane pula dengan "couple islamic",maknanye tak pernah jumpe,pegang tangan dan sebagainya?boleh ke?" Tergelak sendirian,sekali lagi tangan saya ligat memicit punat-punat handphone, merangka jawapan untuk soalannya.. "Akh,kita kena ingat,syaitan & kafir (laknatullah) ini pandai memikirkan cara untuk menyesatkan manusia.. Contoh,kisah 'alim yang telah beribadah beberapa tahun lamanya.. Didatangi seorang perempuan yang dihasut syaitan laknatullah,lalu memberinya 3 pilihan: minum arak,berzina atau membunuh.. Difikiran si 'alim itu,minum arak itu lebih ringan dosanya berbanding kedua-dua perbuatan yang lain.. Lalu,teguklah si 'alim itu akan air arak sehingga mabuk.. Lalu,tanpa disedari,ketika mabuk itu,dia telah berzina dan kemudian membunuh pula.. Tak pasal-pasal dia dapat pangkat "hatrick",tiga-tiga dia bolot.. Akh,syaitan itu pandai..Dia tahu Islam melarang couple,di ubahsuainya dan diolahnya dengan baik menjadi "CoupleIslamic".. Dikaburinya pemikiran umat Islam dengan perkataan Islamic tersebut.. Walhal,kalau sesuatu itu telah nyata haram,diubahsuai banyak dan macam mana sekalipun,hukumnya tetap haram kan? Cuba akh fikir,pernah ke orang couple tak keluar bersama-sama? Ok,akh kate tadi,tak berjumpa,tak berpegang tangan.. Kita kaji pulak.. "Couple Islamic" Kalau dah namenye Couple,tak kan tak nak sembang-sembang kut.. kemudian mulalah,ber"sms".. Ayat masyuk-masyuk semua masuk..Ayang,Sayang,Darling,Honey dan sebagainya la.. Dah "sms",boring pulak,tak dapat tengok muka.. Mintak pulak gambar,send kat handphone.. Masa tu,bergeloralah hati tengok gambar..Tunjuk kat kawan-kawan..kawan-kawan puji.. Suruh kita berjumpa.. Timbul niat nak berjumpa pulak(kalau kawan tak puji pun,niat nak jumpe pun mesti ade kan?) Akhir sekali,berjumpalah sepasang kekasih Islamic yang mengamalkan "Couple Islamic".. Bila dua orang yang bertemu(lelaki dan perempuan),akan adalah yang ketiga yakni Syaitan laknatullah.. Digoda-goda oleh syaitan,akhirnya,maruah entah ke mana,syariah entah ke mana Terkuburlah sudah Couple Islamic tersebut.. Logik tak apa yang ana cakap? Kalau Allah tahu manusia boleh jadi macam tu,jaga pergaulan,tidak berzina, dengan sendirinya, Allah takkan turunkan syariat membataskan hubungan antara lelaki dan perempuan.. Betul tak, akh? Ana mohon akh pertimbangkan mana yang baik dan buruk,gunakan akal sebaiknya" 7 page saya perlukan untuk menaip semua itu..berehat sebentar.. Handphone berbunyi lagi,dari sahabat yang sama.. "ok saya faham..tapi kan akh,kenapa ada orang yang lebih arif dan 'alim,couple jugak? takkan diorang tak tau?" Ringkas jawapan saya, "iman seseorang ada masa turun dan ada masa naik,manusia mempunyai musuh yang cukup nyata dalam diri iaitu nafsu ,dan ilmu yang tanpa manfaat ibarat pokok yang tidak berbuah" Kebingungan agaknya,sahabat saya membalas, "ana tak faham..apa jawapannya?" "Akh,itulah jawapannya.. Bila nafsu tak dikawal,dibentuk dan dididik,ilmu yang ada tak dimanfaatkan dan diamalkan, dan tambahan pula iman ketika itu sedang menurun,tatkala itu,segala kemahuan nafsu dan godaan syaitan dituruti.. Nantikan sahajalah azab Allah.." "ok,syukran lagi sekali ya akh..ana asif jiddan sebab mengganggu anta,salam" Selesai berbincangan kami..disaat itu,sedar-sedar,saya sudah tiba di Stesen Putra Melati,stesen yang ditujui.. Melangkah lemah,kepenatan,keluar daripada train terus mendapatkan bas untuk pulang ke rumah.. * * * * * * * * * Katakanlah kepada lelaki yg beriman agar menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya,yang demikian itu lebih suci bagi mereka Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali yg biasa dilihat.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau anak-anak lelaki mereka atau anak-anak lelaki suami mereka atau saudara-saudara laki(adik beradik lelaki) mereka atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka atau perempuan(sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki(tua) yang tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An-Nur:30-31) * * * * * * * * * * * * * * * akh=saudara/saudaraku dari Allah diwahyukan kepada nya dikala senja (2.46a.m- 10/12/2007) Atas Nama Cinta!Awan yang berwajah mendung,diiringi dengan angin yang bertiup kencang..Seakan-akan memahami keadaan hati ini..Awan yang mendung itu tiba-tiba menitiskan air mata,menambahkan lagi kepiluan yang tebuku di hati.Disaat itu,hati ini hanya mampu menadah tangan dan berdoa kepadamu Ya Rabbi.Sesungguhnya ketenangan dan kedamaian itu hanya lah milikMu..Maha suci Engkau yang telah mengajarku erti hidup ini.. * * * * * * * * * Ya Allah Ya Rahim, Sungguh!!,hatiku ini tidak mampu untuk melawan dugaan ini..Dugaan kali ini sememangnya sangat membebankan diriku..Seandainya diriku ini tidak punya iman ya Rabbi,nescaya sudah lama ku kecundang,tersungkur di bawah godaan musuhMu-Syaitan laknatullah.. Ya Fattah Ya 'Alim, Yang menciptakan segala pencipta tiruan,yang Maha Mengetahui akan apa yang diciptakan,Yang Mengetahui segala isi hati,tindak-tanduk dan perilaku hambaMu.. Kurniakanlah ketenangan kepada hati ini.. Hati ini bagaikan sedang dilanda sebuah kiamat kecil mengenangkan nostalgia.. Pastinya bukan nostalgia-nostalgia yang biasa.. Nostalgia panjang,mengenangkan hati ini mula tumbuh,bertunas dan berkembang mekar di bawah RahmahMu.. Dengan RahmahMu jua, hati ini dapat disatukan dengan hati-hati yang lain melalui halaqah-halaqah kecil, yang tediri daripadanya hati-hati yang nekad menolong agamaMu demi mencari keredaan dan keberkatanMu.. Ya Halim, Dari halaqah-halaqah itu Engkau temukan hati ini dengan hati yang ikhlas ingin menjadi pembimbingnya.Tekun memeriksa hati ini, dan bersungguh memaut hati ini dengan AgamaMu yangagung. Di tangan pemilik hati itu, hati ini terbuka untuk bersuci, belajar, danpasti, ingin beramal. Semoga rahmah-Mu yang Engkau letakkan di tangan‘naqib-naqib’ itu Engkau lanjutkan Ya Rahiim Melalui halaqah-halaqah kecil ini, Kau susunkan kami dengan pelbagai kenangan manis dan pahit semata-mata untuk menyimpulkan,memperkemaskan hubungan antara hati-hati ini.. Dengan izinMu ya Allah,hati-hati telah bertaut dengan erat.. Ku bermohon padaMu,Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini Melalui halaqah-halaqah kecil ini juga, Kau aturkan kami dengan begitu kemas sekali Dengan dugaan-dugaan daripada manusia-manusia Yang hanya mengenal diriMu ya Allah ,hanyalah sekadar diriMu. Dan diakhir dugaan-dugaan tersebut, rupanya tersimpan pelbagai hikmah pelaksanaan ketentuanMu Ya Allah, Hati ini pernah suatu ketika dahulu mengkufuri pemberian nikmatMu, mempertikaikan segala ketentuanMu.. Sesungguhnya hati ini kini sedar, Disebalik keperitan dan kepayahan yang Kau berikan, terselit kebaikan dan kenikmatan di akhirnya.. KetentuanMu mengatur hidupku untuk ditarbiyyah di bumi yang bernama SMAKL ini, sungguh-sungguh menginsafkan diriku.. Pernah hati ini terfikir,bagaimana sekiranya hati ini langsung tidak dipedulikan olehMu? Dituruti segala kemahuanku tanpa sedikit pun keberkatan dariMu? Oh Tidak! pastinya hidup ini tidak lagi bermakna tanpa keredaan dan keberkatanMu Maka oleh itu Ya Rahim, limpahkanlah keberkatan kepada seluruh hati-hati SMAKL yang mencari keredaanMu limpahkanlah cahaya rabbaniMu kurniakanlah hidayahMu dan taufiq iradatmu kepada hati-hati itu Ya Dzal Jalali Wal Ikram Yang membolak-balikkan hati kami,tetapkanlah hati-hati ini, sentiasa di atas jalan yang lurus, limpahkanlah ma'firah dan kasih-sayangMu kepada hati-hati ini Semoga hidup ini lebih bererti.. Terima Kasih Ya Allah,Syukran Jazilan di atas nikmat keimananMu kepada hati-hati ini.. Kerana nikmat tersebut, hati-hati ini kini bercita-cita tinggi untuk Syahid di jalan Mu, bercita-cita untuk mengorbankan jiwa dan raga semata-mata kerana kecintaan kepadaMu Atas Nama Cinta hati-hati ini korbankan segalanya...... Terima kasih juga YaAllah, senja ini, hati ini keluar dari SMAKL, dan hidupku di dalam bumi SMAKL menjadi senja,dengan pernah merasai hidup dalam ‘uzlah jiwa dan perasaan dari kecamuk dunia dan masyarakat luar yang gila. Nostalgia hati ini takkan pernah berakhir, kerna hati ini akan kerap-kerap lagi terkenang akan bumi itu, bukan kerana tanahnya dan bukan kerana sistemnya, tapi kerana pintu mengenal jalan-Mu yang lurus, Engkau izinkan ia terbuka di sana. Ia pinta moga Engkau jua menyusun jalannya, seperti Engkau menyusun jalan Rasul-Mu, ketika ‘uzlahnya di gua beransur senja dan keluar darinya dengan ubat bagi umatnya... Dipetik dan diubah suai daripada Mujahid oleh Mujahid untuk semua
Langgan:
Catatan (Atom)
|