Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
George Galloway di LondonSedang di Malaysia,kenyataan di akhbar yang saya baca kelmarin,tentang isu boikot tentunya.
Kenyataan dari seseorang yang memiliki cawangan sebuah syarikat besar kepunyaan Amerika di Malaysia. Jika saya nyatakan,pasti ada cukup kenal! Orangnya Muslim. Namun,syarikatnya sering kali menimbulkan pelbagai kontrovesi. Tidak perlu-lah saya nyatakan apakah kontrovesi-kontrovesinya. Beliau mengatakan,jangan kita terburu-buru memboikot barangan Amerika. Bukan semua barangan Amerika memberi sumbangan pada Israel. "Fikirkan masa depan",katanya. Syarikatnya akan cuba menguasai cawangan satu dunia. Fikirkan nasib umat Islam yang berkerja di tempatnya.Majoriti,yang berkerja di situ adalah orang Islam. "Jika kita boikot,mereka ini kelak akan kehilangan pekerjaan",katanya lagi. Terpulanglah anda semua hendak fikirkan apa. Cuma,saya hendak tinggalkan beberapa persoalan di sini. 1)Anda lupa-kah Kerajaan Amerika memberi sumbangan pada Israel? 2)Anda lupa-kah,jika produk tersebut 'lahir' dari Amerika,syarikat pengeluar tersebut perlu membayar cukai pada kerajaan Amerika? 3)Anda lupa-kah penderitaan anak-anak anda di Palestin?Jika benar anda fikirkan masa depan yang jelas,berapa lama lagi-kah rakyat Palestin akan berhenti ditindas,dibunuh tanpa belas kasihan DISEBABKAN sikap anda yang memikirkan masa depan yang kabur? 4)Berapa lama anda perlukan untuk mengambil alih syarikat satu dunia?Anda lupa-kah bahawa anda sedang berdepan dengan kaum yang telah diciptakan 'genius' dengan tipu helah dan niat jahat? 5)Anda lupa-kah anda manusia?Ada Tuhan yang memberi rezeki.Hanya syarikat nya sahaja-kah yang memberi peluang pekerjaan? 6)Anda lupa-kah bahawa yang memberi rezeki,duit,makanan dll adalah ALLAH RABBUL JALIL,BUKAN manusia? 7)Anda lupa-kah bahawa kenyataan anda disidang akhbar kelmarin sedikit sebanyak menyebabkan mereka yang dahulunya boikot,kini tidak terus memboikot kerana kata-kata anda? 8)Anda lupa-kah bahawa anda akan diazab,ditanya di akhirat kelak akan amalan anda? 9)Anda lupa-kah bahawa Syeikh Yusuf Qaradhawi telah memfatwakan hukum boikot adalah wajib?Setiap 1Dinar atau 1Dolar yang diberikan kepada Israel adalah haram! 10)Anda lupa-kah atau buat-buat lupa atau tidak pernah tahu?? ANDA-ANDA LUPAKAH? Jika anda lupa,saya bukan saudara anda! Bila keinginan pada dunia menguasai diri, Baik buruk,halal haram sudah tidak diendah. Kelak bila dibangkitkan dari kubur sendiri, Nantikan azab pembalasannya daripada Allah. Wahai orang-orang yang beriman,ambil-lah pengajaran dari kisah mereka-mereka yang terdahulu. AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |