Hakikat Gaza



17 Januari 2009 - Masuk hari ke-22 serangan Israel laknatullah ke atas Gaza.

Dan masuk hari ke-22 juga saya berdiam dari menulis di blog ini secara serius seperti biasa.

Jujurnya,bukan saya tak mahu, tapi rasa saya Gaza perlukan lebih dari sekadar tulisan saya yang tak seberapa. Saya cuba bantu apa yang saya mampu.

Teringat kata wakil HAMAS dulu : "Kami di Palestin memang akan terus berjuang hingga Islam menang, atau kami semua mati syahid. Anda yang di luar Palestin bagaimana? Jika anda semua tidak berbuat apa-apa,kami akan tuntut di akhirat nanti atas kelembapan anda semua!"

Sekadar berkongsi maklumat :

Dennis Ross, salah seorang penasihat Timur Tengah Obama sudah beri pesan kepada Obama :

1. Obama mesti sokong sepenuhnya Mahmud Abbas
2. Obama tidak boleh mengadakan sebarang rundingan dengan Hamas
3. Obama mesti tunjuk kepada dunia ada usaha dari Amerika untuk pelan damai (teruskan drama Bush yang tak habis-habis).

Mungkin juga ramai yang tidak tahu, sebenarnya serangan ke atas Gaza ini sudah pun diketahui banyak pihak sebelum terjadi, termasuklah Hamas sendiri.

Mesir sudah diminta awal-awal lagi oleh Livni untuk menutup ketat sempadan di Rafah.

Parti Fattah sudah pun memindahkan pemimpin dan ahli-ahlinya di Gaza ke Tebing Barat,dan memberi kebenaran kepada Israel untuk membunuh semua ahli Hamas kecuali orang awam (kononnya atas dasar keamanan Palestin).

Dan Hamas sendiri sudah pun mengambil langkah berjaga yang cukup. Kesemua pemimpin tertinggi di'hilang'kan dari pandangan umum. Rakyat sudah diminta untuk terus menyokong usaha Hamas demi Palestin. Dan semua tentera Hamas (Kataib Al-Qassam) sudah pun berada pada tahap kesediaan yang tinggi untuk bertempur.

Kesannya, hingga sekarang, hanya 9 tentera Hamas yang terkorban,manakala tentera Israel sudah mencecah 45 orang. (1000 orang Palestin yang terkorban dalam berita itu semuanya orang awam - semoga syahid-syahid ini diredhai Allah).
Hamas juga sudah mampu mencipta bom roket yang mampu mencapai 50 km radius. (Pusat Nuklear Israel terdekat ialah 65 km. Tidak hairan mereka semakin terdesak sekarang.)

Hamas sememangnya adalah contoh keajaiban Iman buat semua umat Islam. Dengan iman mereka, mereka melaungkan :

- Tidak akan selamanya berhenti dari menentang dan menerima pelan damai/gencatan senjata (ada sebab tertentu untuk ini). Samada Syahid atau Menang.

- Akan memberi kepedihan yang takkan dilupakan oleh Israel,andainya perang ini tidak dapat lagi dibendung.

Banyak usaha-usaha Hamas yang lain yang sedang dijalankan pada masa yang sama,terutamanya dari sudut politik,dengan bantuan negara-negara Arab yang ada simpati dengan nasib Palestin. Diungguli oleh Turki (rapat umum di sana mencecah 1.5 juta yang hadir), dan negara-negara lain seperti Libya dan Qatar.

Arab Saudi, Mesir, dan Jordan pula sangat menyedihkan. Di Saudi malahan dikeluarkan fatwa melarang sebarang Demo,dengan alasan melalaikan dari solat dan ibadah.

Dan kita juga harus beriman. Dengan kemenangan yang dekat dan pasti.

Hasbunallah wa ni'mal wakiil.
" Wal 'aaqibatu lil muttaqiin, wala 'udwan illa 'ala az-Dzolimin ".