1 Agenda 1 Ummah


Pergi tak program ni?
Meriahkan! Hehe..
Satu2nya program seumpama ini diadakan di Malaysia.
Hari ini,saya terasa seperti mahu berkongsi pengalaman dengan anda semua,pengalaman sepanjang menolong mengendalikan program KBAZ.
Ala,santai2 ja..

Saya dan kawan2-ada la dalam 6-7 orang dari tempat belajar yang sama,telah mendaftar sebagai 'URUSETIA'.
Secara jujurnya,semasa mendaftar,saya menyangkakan kerjanya tak ada-lah banyak mana.
Sehari sebelum program tersebut,kami ada 'rehearsel'@raptai penuh program tersebut.
Dari jam 3.00 petang,hingga-lah jam 1.00 pagi!
Dalam hati berkata,"memang tak banyak kerja!"
Dah kata sukarelawan..=)..(pastikan nada anda betul ketika menyebutnya,kalau tak,susah faham)

Tapi,bukan ini yang saya mahu kongsikan sebenarnya.
Itu sekadar mukaddimah je.Sebelum program.

Ini adalah hari program tersebut berlangsung.9MEI2009.

Selepas subuh lagi,kami (orang2 yang terlibat) telah bersiap2.
Para media telah bersiap sedia dengan komputer,PA System dan kamera masing2.
Unit Keselamatan juga segak bergaya,berspek hitam,berdiri megah menanti kelibat VIP untuk di 'lindungkan'.
Kumpulan Usher juga tidak ketinggalan.
Segak ber'tie' dan tersenyum manis,menanti tetamu2 dan peserta2.

Saya,kumpulan usher yang pertama dari 4 kumpulan,telah ditempatkan di Menara Tun Husin Onn,menyambut tetamu yang rata2nya adalah peserta yang datang berkumpulan,menaiki bas dan lain2 kenderaan yang mampu memuatkan ramai orang.

Perak,Melaka,Terengganu,Selangor dan Kuala Lumpur adalah antara ribuan peserta yang kami sambut.
Semuanya berpakaian cantik2.
Cuma,ada beberapa golongan dari mereka yang mungkin kurang arif tentang pakaian yang sesuai untuk sebuah program yang diadakan di sebuah dewan sejuk dalam tempoh yang lama seperti ini.
Akan tetapi,mereka itu-lah yang menarik perhatian saya!
Tak perlu-lah kan saya nak tunjuk contoh pakaiannya..

Cumanya,saya secara tiba2 terfikir,jika program unik dan mantap serta berperancangan teliti seperti ini tidak diadakan,bagaimana mereka2 yang 'berpakaian-kurang sesuai',yang kurang berpengetahuan dan cetek pemahamannya tentang isu Palestin ini dapat meraih pengetahuan dan kefahaman?
Sedang selama ini,isu2 ini hanya dibincangkan di dalam masjid2,di kelas2 kuliyyah universiti.
Tentunya,hanya segelintir yang dapat mendengarnya.
Masjid,bukan semua daripada mereka datang.
Tambahan,masjid yang jauh,atau assignment yang menimbun dan lain2 alasan,menyebabkan mereka akan ke masjid cuma sehari dalam seminggu-solat jumaat.
Begitu juga kelas2 'agama' yang diadakan pada waktu malam.
Mereka lebih senang untuk duduk di bilik masing2,menatap buku,ulangkaji atau bersembang kosong dengan rakan2 dari menapak ke dewan kuliyyah,yang kehadirannya,tidak akan diambil kira untuk exam duniawi.

Mungkin atas dasar ini,pihak Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Aman Palestin merancang suatu program besar,dan berpengaruh untuk menarik minat golongan2 seperti ini.
Dan pada pengamatan saya,Alhamdulillah,mereka berjaya!
Bayangkan,hanya RM10,peserta mendapat makanan yang mencukupi sepanjang seminar,peralatan seminar dan duduk di sebuah dewan mewah,berhawa dingin dan kerusi yang selesa..!
Siapa yang tidak tertarik!
Strategi yang cukup unik untuk meraih peserta!
Bilangan pesertanya,hampir menyamai Perhimpunan Agung UMNO..
Seramai 3000 orang peserta,tak campur ratusan peserta di luar dewan yang tidak dapat mendaftar kerana tiada kekosongan.

Alhamdulillah!
Subhanallah!

Lebih mengujakan saya,
program ini,secara totalnya dikendalikan oleh para belia.
Kebanyakannya,masih bujang dan berumur bawah 40-an.
Lagi?
Kesemua arus perdana hadir membuat liputan.

Wal hamdulillah wallahu akbar.
Biarkan gambar-gambar yang bercerita. Sudi-sudilah melawat :



Tuntasnya,pendakwah zaman kini perlu kreatif untuk menarik mad'u2 nya kembali pada Islam dan al-Quran.
Isu Palestin,bukan hanya isu kemanusiaan.
Tapi,isu keagamaan.
Wallahu'alam.

Part 2





Lebih sebulan rasanya,saya membiarkan kisah 'Part 1' saya itu tak bersambung.
Buat mereka yang masih belum membaca,sila klik di sini.


*****************
Jika kamu mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusaha-lah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, jangan-lah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusaha-lah menJADI yang soleh.Bertemu yang solehah,solehahnya belum tentu kekal.Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah kerana si soleh dan solehah adalah insan biasa.Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukan CARI, maka ramai-lah calon dan mudah-lah kehidupan.Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun tidak 100% mengenalinya.Berkahwin adalah sebahagian daripada proses untuk menJADI dan bukan menCARI.

"Hmm..tak boleh berhubung..Senang je kut," fikirnya sendirian.
Malam itu,mereka ber'sms' buat kali terakhir,untuk berkongsi nasihat dan ucapan.

"Bagus juga kan ummi buat macam ni..Latih diri bergantung pada Allah"
"Qiam setiap malam kalau mampu.Moga Allah sentiasa bersama kita...Wassalam"

Bait2 tulisan gadis itu,masih segar diingatannya.
Ingatan itu-lah yang menjadikan nya lebih bersemangat dan cekal melawan kerinduannya pada gadis tersebut.
Namun,kecekalan yang diharapkannya akan kekal sehingga 'masa-yang-sesuai' tidak dapat bertahan lama.
Dek terpengaruh dengan kisah dan cerita kawan2 tentang pasangan masing2,jiwanya terasa kesunyian,kekosongan dan kerinduannya kepada si'dia' kembali muncul.
Saat itu,dirinya terasa sungguh kosong dan sungguh2 tidak punya semangat untuk belajar.
Lalu,terlintas di hatinya untuk mengadu pada 'pasangannya'..

Mulanya teragak2,namun digagahkan juga demi memenuhi kehendak nafsunya.
"Awak,saya down la.."
Diam.Begitu tekun dan sabar sekali dia menanti balasan dari 'sana'.
1minit.
2minit.
Argh!..Lamanya.Seminit bagaikan 1000 tahun baginya.
3minit.
Dia gelisah..
Buku di hadapannya tidak dipedulikan lagi..
4minit berlalu..
dan..handphone nya bergetar,tanda ada message masuk.
Segera dia mencapainya,membaca.

Aduh..!Menerima satu message sahaja dah mampu mengubat kerinduan di hatinya.
Dia kembali membalas..
"Tq,ni no siapa?No baru eh?"
Send!

Tapi,kali ini 'sms' nya tidak dibalas.
Sebaliknya,dia menerima satu panggilan.
Dari mak si gadis tersebut!

"Assalamualaikum,makcik",dia memulakan perbualan.
"Wa'alaikumussalam.Apa khabar?Tengah buat apa tu?",balas mak gadis tersebut.
"Ehe,tak ada buat apa2,belajar je.Alhamdulillah,sehat.Ada apa,makcik?",dia membalas.
"Anak ada hantar 'sms' ye pada,Hira?"
"Err..Ada,makcik.Kenapa?",dia membalas,teragak2.
"Macam ni-lah,kalau ada apa2 anak nak bagitau kat dia,'sms' je makcik ye.Tak perlu 'sms' dia.Boleh",mak gadis tersebut berterus terang.
"Oh..hmm,baik-lah.Maafkan saya ye,makcik."
"Tak apa,makcik nasihatkan je.Kita ni manusia,selalu syaitan sesatkan."

Oh!Seakan2 satu tamparan kuat dikepalanya,menyedarkan nya,betapa dia sudah tersalah arah,tersilang langkah.
"Ya Allah,ampuni-lah hamba-MU ini..Kurniakan kekuatan untuk hamba-MU ini mengharungi dugaan2-MU ini..",spontan terlintas di hati,fikiran dan pertuturannya.

Dia kembali seperti biasa,gagah dan gah di mata manusia.

Namun,manusia mana yang sempurna.
Dia kembali rasa kekosongan,di saat2 dirinya sendirian,dia pasti teringat pada 'anda-tahu-siapa'.
Akan tetapi,Dia tekad,untuk tidak 'sms' si dia sehingga-lah waktu yang sepatutnya.
Puas dia bermujahadah,melawan nafsu.
Lantas,si laknatullah kembali memainkan peranan.
Benar,dia tidak ber'sms' dengan gadis tersebut,tetapi dia ber'sms' dengan gadis
lain."
"Ala,sekadar nak teman2 sembang,tak pelah kut,"fikirnya.

Syabas,wahai syaitan..Ideamu cukup
bernas!

Hari itu,cuaca maghrib sungguh sejuk.
Angin bertiup kencang,membawa bauan air hujan dari nun jauh di sana,tempat yang telah disimbahi dengan rahmat Allah itu.
Kilat dan petir muncul di sana sini,begitu juga dengan bunyi dentuman bingit sang guruh di langit.
Semuanya seakan2 membawa satu petanda,ada pengajaran dan peringatan yang ingin Allah berikan pada hamba2-NYA.

Maghrib itu,dia segera bersiap2 untuk ke masjid.
Digagahkan juga dirinya untuk ke masjid,meskipun keadaan cuaca di luar yang tidak mengizinkan.
Selesai solat,dia bersolat sunat dan berdoa,kemudian terus melangkah keluar untuk ke asrama,ada urusan.
Dalam perjalanan pulang,dia berzikir dengan doa2 ma'sum dari nabi yang telah dikumpulkan oleh As-Syahid Hasan Al-Banna.
Ya,Al-Mathurat.
Sambil melangkah pulang ke asrama,mulutnya terkumat kamit membaca wirid2 tersebut,langsung tidak mengendahkan kilat,petir dan guruh yang mengganas di langit.

Bismillahil ladzi,La yadhurru ma'asmihi syai unn fil Ardhi,wala fis samaa'....

Dummm!!!!


Pandangannya jadi cerah semuanya.
Kelihatan percikan2 api jatuh dari atas kepalanya,melewati pandangannya.
Spontan,nama Tuhan Yang Maha Esa,keluar dari mulutnya.
Dia kaget,terkejut.
Terus memberhentikan langkah.
Seketika,dia terbau bauan hangus di tempatnya berdiri.
Dirinya jadi seram sejuk.
Satu persatu bayangan dosa2nya menjelma di fikirannya.
Spontan itu juga dia beristighfar.
Dia menoleh kebelakang,melihat kawan2nya yang berjalan di belakangnya.
Semuanya tergamam,sungguh!
Mereka nampak apa yang dia nampak.
Mereka dengar apa yang dia dengar.
Mereka bau apa yang dia bau.
Sah!Itu bukan bayangannya.

Satu dentuman kuat,betul2 di atas kepalanya.

"Maha Suci Engkau,Ya Allah,memberiku peluang untuk bertaubat sebelum tibanya ajalku",air mata menitis sambil hatinya berulang-ulang kali menuturkan tasbih,tahmid dan takbir pada empunya seluruh alam.

Malam itu,dia menangis sehendaknya,memohon keampunan dari tuhannya.
Benar kata orang,penyakit hati itu memang merbahaya.
Penyakit hati itu memang berat.
Penyakit hati itu memang sukar di cari penawarnya,melainkan orang yang Allah kehendaki.
Dalam doanya itu,entah tiba2 wajah gadis impiannnya itu muncul kembali.
Gadis impiannya itu,baik,berpendidikan tinggi dan kuat berpegang pada agama.
"Huh!",Dia mengeluh sendirian.
Takut terlepas.

Dia lupa agaknya.
Akan kata2 sahabatnya yang merantau di Mesir.
Jika kamu mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusaha-lah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, jangan-lah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusaha-lah menJADI yang soleh.Bertemu yang solehah,solehahnya belum tentu kekal.Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah kerana si soleh dan solehah adalah insan biasa.Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukan CARI, maka ramai-lah calon dan mudah-lah kehidupan.Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun tidak 100% mengenalinya.Berkahwin adalah sebahagian daripada proses untuk menJADI dan bukan menCARI.

Dan dia lupa agaknya.
Janji2 dalam kitab agung,Mukjizat Kekasih Sebenarnya,yang sering dia lupa akan kasih sayang-NYA.

Perempuan2 yang jahat untuk lelaki2 yang jahat...
Perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik...

....Melainkan mereka yang bertaubat....

Begitulah firman Allah dalam Al-Quran.
Dari itu,dia sedar.
Dia sedar akan tarbiyyah yang cuba diberikan Allah kepadanya.

Ya! Untuk mendapatkan gadis seperti itu,dia perlu jadi seperti itu.

***********

Biar susah,biar senang..Prinsip jangan goyah!

....


25 Disember 2007

"Salam,anas..anta dah dapat dah surat tawaran sambung belajar...?"
"Wslm,belum lagi.Kenapa?Anta dah dapat eh?"
"Erm..Aah..Asal kawan2 yang lain pun tak dapat lagi eh?"
"Hmm..Entah-lah..Lambat sikit kut..Tak pela,nanti kalau dah dapat,ana 'sms' anta..."

Hampir seminggu menunggu,surat yang ditunggu2 tidak juga sampai.
Tapi,kenapa ye saya tak rasa sedih atau rugi?
Malah bersyukur sebab tidak dapat sambung belajar ke sana.
Namun,atas desakan keluarga,saya akhirnya terpaksa juga membuat rayuan untuk masuk ke sana..

Dan,saya berjaya mendapatkan tempat di sana.....
(saya kurang pasti apa tujuan saya untuk masuk ke 'tempat' itu..sebab kehendak keluarga?
mungkin..tapi,Allah memilih saya...)

7 Januari 2008

Berbaju 'Raihan' putih,seluar 'slack' dan berkasut hitam,dihi
as dengan songkok putih bersih dikepala,menjadikan saya begitu semangat pada hari itu untuk hadir ke hari pendaftaran.
Semangat,berada di tempat baru agaknya.

Selesai sesi pendaftaran,kami-pelajar2 bergerak ke kawasan
 asrama.
Biliknya,mewah!
1 bilik,2 orang..
Namun,hari pertama,kami dilatih untuk bersabar.Kami tidak dapat ditempatkan di bilik tersebut.
Sebaliknya,kami ditempatkan di sebuah bilik rehat atas mas
alah teknikal.

Dan di situ,bermulanya bait2 perkenalan kami.

Daripada kenal nama dan muka,kepada mengenali hati budi masing2.
Kami mula belajar menjaga dan menghormati satu sama lain.
Kami belajar menerima kekurangan dan meraikan kelebihan seseorang.
Kami mula belajar erti ukhuwwah Islam yang sering kali dide
ngar,tetapi tidak pernah melaluinya.
Suka,duka,senang dan susah,kami meraikannya bersama.
Dan di situ,kami mula belajar menempuh dan memikul dan menjaga amanah berat pemberian Allah.

Allah,Maha Bijaksana Engkau memilih kami dari ribuan m
anusia untuk menjalani latihan-MU.


22 Mei 2009

Takdir menentukan,kami hanya 'menempat' di situ untuk seketika.[22 Mei 2009.]
InsyaAllah,kami tak lupa..
Kenangan dan dugaan di daerah "Kiri Kanan Bukit"...

Terima kasih ustaz&ustazah,para pensyarah dan seluruh kakitangan.
Syukran Jadzilan sahabat-sahabiah generasi ke-8,10 dan 9.
Tidak lupa,pakcik2 dan abang2 prebet (kereta sapu) yang peramah,baik hati dan budiman.
Begitu juga 'pegawai2' yang setia menjaga keselamatan,
Jazakallah utk semua,semoga berada dalam rahmat Tuhan.
Maafkan ye,kesalahan dan kesilapan..

***************


Daerah ini daerah tenang
Sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai
Sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka
Sekalipun ada yang memeranginya

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman tuhan
Bukan hukum insan
Bukan gemar sorakan
Bukan riuh tepukan

Daerah ku ini berpasakkan nabi
Baginda-lah mimpi
Baginda-lah realiti

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku,
Aku tak pernah sunyi dengan alunan murni

Biarkan saja,aku di daerah ini...

Persijilan,Gen9,
Darul Quran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kuala kubu Bharu



1000 tahun lagi?


Awan sedikit mendung, ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet. 

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin.Tangan kanannya
memegang ice-cream sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk
dicicapi,sementara tangan kirinya mencengkam ikatan sabuk celana ayahnya. 

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet,melihat sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965" 

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat
wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan
ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia  mendengarkan ayahnya berdo'a
untuk Neneknya... 

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk
sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibunya. 

"Hmm,kalau macam tu,nenek dah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani
berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu
sudah di dalam kubur 42 tahun ... " 

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kubur di sana .
Di samping kubur neneknya ada kubur tua berlumut "Muhammad Zaini:
19-02-1882 : 30-01-1910" 

"Hmm.. Kalau yang tu dah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah",jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala satu-satunya anak yang dia miliki itu.
"Kenapa,Yani?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam kata,bila kita mati,kat kubur,kalau kita banyak dosanya,kita akan disiksa dan masuk neraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?" 

Ayahnya tersenyum, "Ye,terus(kalau ikut bahasa Indonesia)?" 
"Iya .. Kalau nenek banyak dosa,maknanya nenek dah disiksa 42 tahun kat kubur? Kalau nenek banyak pahala,42 tahun pula nenek senang kat kubur .... kan yah?" mata Yani bersinar kerana mampu menjelaskan pendapatnya kepada Ayahnya. 

Ayahnya tersenyum,namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampak cemas ...... "Iya nak,pandai2," kata ayahnya pendek. 

Pulang dari tanak perkuburan,ayah Yani tampak gelisah di atas sejadahnya,memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang...kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia
dikubur .... Lalu dia menunduk ... Menitis air matanya... 


Kalau dia meninggal ... banyak pula dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi bererti dia akan disiksa 1000 tahun? 
'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un' .... Air matanya semakin banyak menitis,sanggupkah dia selama itu disiksa? Itu pun kalau kiamat 1000 tahun ke depan,kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu dia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi? 
Tahankah? Nak tengok drama disiksa di tv kemarin pun dah tak tahan..!!


Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat,setinggi bahunya,seperti seorang hamba yang sangat berharapkan sesuatu dari tuannya..air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah".. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar suara batuk Yani. 

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas katil. Di betulkan selimutnya.Yani terus tertidur,nyenyak.... Tanpa mengetahui,betapa sang bapa sangat berterima kasih padanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan... Dan mengingatkannya apa yang akan datang di depannya,yang sering manusia lupa... 

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Sedikit ruangan

Aduh!
Maafkan saya kerana lama membiarkan ruangan ini tanpa diisi.
Sedikit masa lagi,saya akan kembali.

(gambar hiasan)

Doakan kejayaan saya.
Persijilan Tahfiz DQ-UIAm 08/09