Part 2





Lebih sebulan rasanya,saya membiarkan kisah 'Part 1' saya itu tak bersambung.
Buat mereka yang masih belum membaca,sila klik di sini.


*****************
Jika kamu mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusaha-lah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, jangan-lah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusaha-lah menJADI yang soleh.Bertemu yang solehah,solehahnya belum tentu kekal.Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah kerana si soleh dan solehah adalah insan biasa.Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukan CARI, maka ramai-lah calon dan mudah-lah kehidupan.Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun tidak 100% mengenalinya.Berkahwin adalah sebahagian daripada proses untuk menJADI dan bukan menCARI.

"Hmm..tak boleh berhubung..Senang je kut," fikirnya sendirian.
Malam itu,mereka ber'sms' buat kali terakhir,untuk berkongsi nasihat dan ucapan.

"Bagus juga kan ummi buat macam ni..Latih diri bergantung pada Allah"
"Qiam setiap malam kalau mampu.Moga Allah sentiasa bersama kita...Wassalam"

Bait2 tulisan gadis itu,masih segar diingatannya.
Ingatan itu-lah yang menjadikan nya lebih bersemangat dan cekal melawan kerinduannya pada gadis tersebut.
Namun,kecekalan yang diharapkannya akan kekal sehingga 'masa-yang-sesuai' tidak dapat bertahan lama.
Dek terpengaruh dengan kisah dan cerita kawan2 tentang pasangan masing2,jiwanya terasa kesunyian,kekosongan dan kerinduannya kepada si'dia' kembali muncul.
Saat itu,dirinya terasa sungguh kosong dan sungguh2 tidak punya semangat untuk belajar.
Lalu,terlintas di hatinya untuk mengadu pada 'pasangannya'..

Mulanya teragak2,namun digagahkan juga demi memenuhi kehendak nafsunya.
"Awak,saya down la.."
Diam.Begitu tekun dan sabar sekali dia menanti balasan dari 'sana'.
1minit.
2minit.
Argh!..Lamanya.Seminit bagaikan 1000 tahun baginya.
3minit.
Dia gelisah..
Buku di hadapannya tidak dipedulikan lagi..
4minit berlalu..
dan..handphone nya bergetar,tanda ada message masuk.
Segera dia mencapainya,membaca.

Aduh..!Menerima satu message sahaja dah mampu mengubat kerinduan di hatinya.
Dia kembali membalas..
"Tq,ni no siapa?No baru eh?"
Send!

Tapi,kali ini 'sms' nya tidak dibalas.
Sebaliknya,dia menerima satu panggilan.
Dari mak si gadis tersebut!

"Assalamualaikum,makcik",dia memulakan perbualan.
"Wa'alaikumussalam.Apa khabar?Tengah buat apa tu?",balas mak gadis tersebut.
"Ehe,tak ada buat apa2,belajar je.Alhamdulillah,sehat.Ada apa,makcik?",dia membalas.
"Anak ada hantar 'sms' ye pada,Hira?"
"Err..Ada,makcik.Kenapa?",dia membalas,teragak2.
"Macam ni-lah,kalau ada apa2 anak nak bagitau kat dia,'sms' je makcik ye.Tak perlu 'sms' dia.Boleh",mak gadis tersebut berterus terang.
"Oh..hmm,baik-lah.Maafkan saya ye,makcik."
"Tak apa,makcik nasihatkan je.Kita ni manusia,selalu syaitan sesatkan."

Oh!Seakan2 satu tamparan kuat dikepalanya,menyedarkan nya,betapa dia sudah tersalah arah,tersilang langkah.
"Ya Allah,ampuni-lah hamba-MU ini..Kurniakan kekuatan untuk hamba-MU ini mengharungi dugaan2-MU ini..",spontan terlintas di hati,fikiran dan pertuturannya.

Dia kembali seperti biasa,gagah dan gah di mata manusia.

Namun,manusia mana yang sempurna.
Dia kembali rasa kekosongan,di saat2 dirinya sendirian,dia pasti teringat pada 'anda-tahu-siapa'.
Akan tetapi,Dia tekad,untuk tidak 'sms' si dia sehingga-lah waktu yang sepatutnya.
Puas dia bermujahadah,melawan nafsu.
Lantas,si laknatullah kembali memainkan peranan.
Benar,dia tidak ber'sms' dengan gadis tersebut,tetapi dia ber'sms' dengan gadis
lain."
"Ala,sekadar nak teman2 sembang,tak pelah kut,"fikirnya.

Syabas,wahai syaitan..Ideamu cukup
bernas!

Hari itu,cuaca maghrib sungguh sejuk.
Angin bertiup kencang,membawa bauan air hujan dari nun jauh di sana,tempat yang telah disimbahi dengan rahmat Allah itu.
Kilat dan petir muncul di sana sini,begitu juga dengan bunyi dentuman bingit sang guruh di langit.
Semuanya seakan2 membawa satu petanda,ada pengajaran dan peringatan yang ingin Allah berikan pada hamba2-NYA.

Maghrib itu,dia segera bersiap2 untuk ke masjid.
Digagahkan juga dirinya untuk ke masjid,meskipun keadaan cuaca di luar yang tidak mengizinkan.
Selesai solat,dia bersolat sunat dan berdoa,kemudian terus melangkah keluar untuk ke asrama,ada urusan.
Dalam perjalanan pulang,dia berzikir dengan doa2 ma'sum dari nabi yang telah dikumpulkan oleh As-Syahid Hasan Al-Banna.
Ya,Al-Mathurat.
Sambil melangkah pulang ke asrama,mulutnya terkumat kamit membaca wirid2 tersebut,langsung tidak mengendahkan kilat,petir dan guruh yang mengganas di langit.

Bismillahil ladzi,La yadhurru ma'asmihi syai unn fil Ardhi,wala fis samaa'....

Dummm!!!!


Pandangannya jadi cerah semuanya.
Kelihatan percikan2 api jatuh dari atas kepalanya,melewati pandangannya.
Spontan,nama Tuhan Yang Maha Esa,keluar dari mulutnya.
Dia kaget,terkejut.
Terus memberhentikan langkah.
Seketika,dia terbau bauan hangus di tempatnya berdiri.
Dirinya jadi seram sejuk.
Satu persatu bayangan dosa2nya menjelma di fikirannya.
Spontan itu juga dia beristighfar.
Dia menoleh kebelakang,melihat kawan2nya yang berjalan di belakangnya.
Semuanya tergamam,sungguh!
Mereka nampak apa yang dia nampak.
Mereka dengar apa yang dia dengar.
Mereka bau apa yang dia bau.
Sah!Itu bukan bayangannya.

Satu dentuman kuat,betul2 di atas kepalanya.

"Maha Suci Engkau,Ya Allah,memberiku peluang untuk bertaubat sebelum tibanya ajalku",air mata menitis sambil hatinya berulang-ulang kali menuturkan tasbih,tahmid dan takbir pada empunya seluruh alam.

Malam itu,dia menangis sehendaknya,memohon keampunan dari tuhannya.
Benar kata orang,penyakit hati itu memang merbahaya.
Penyakit hati itu memang berat.
Penyakit hati itu memang sukar di cari penawarnya,melainkan orang yang Allah kehendaki.
Dalam doanya itu,entah tiba2 wajah gadis impiannnya itu muncul kembali.
Gadis impiannya itu,baik,berpendidikan tinggi dan kuat berpegang pada agama.
"Huh!",Dia mengeluh sendirian.
Takut terlepas.

Dia lupa agaknya.
Akan kata2 sahabatnya yang merantau di Mesir.
Jika kamu mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusaha-lah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, jangan-lah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusaha-lah menJADI yang soleh.Bertemu yang solehah,solehahnya belum tentu kekal.Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah kerana si soleh dan solehah adalah insan biasa.Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukan CARI, maka ramai-lah calon dan mudah-lah kehidupan.Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun tidak 100% mengenalinya.Berkahwin adalah sebahagian daripada proses untuk menJADI dan bukan menCARI.

Dan dia lupa agaknya.
Janji2 dalam kitab agung,Mukjizat Kekasih Sebenarnya,yang sering dia lupa akan kasih sayang-NYA.

Perempuan2 yang jahat untuk lelaki2 yang jahat...
Perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik...

....Melainkan mereka yang bertaubat....

Begitulah firman Allah dalam Al-Quran.
Dari itu,dia sedar.
Dia sedar akan tarbiyyah yang cuba diberikan Allah kepadanya.

Ya! Untuk mendapatkan gadis seperti itu,dia perlu jadi seperti itu.

***********

Biar susah,biar senang..Prinsip jangan goyah!