1 Agenda 1 Ummah


Pergi tak program ni?
Meriahkan! Hehe..
Satu2nya program seumpama ini diadakan di Malaysia.
Hari ini,saya terasa seperti mahu berkongsi pengalaman dengan anda semua,pengalaman sepanjang menolong mengendalikan program KBAZ.
Ala,santai2 ja..

Saya dan kawan2-ada la dalam 6-7 orang dari tempat belajar yang sama,telah mendaftar sebagai 'URUSETIA'.
Secara jujurnya,semasa mendaftar,saya menyangkakan kerjanya tak ada-lah banyak mana.
Sehari sebelum program tersebut,kami ada 'rehearsel'@raptai penuh program tersebut.
Dari jam 3.00 petang,hingga-lah jam 1.00 pagi!
Dalam hati berkata,"memang tak banyak kerja!"
Dah kata sukarelawan..=)..(pastikan nada anda betul ketika menyebutnya,kalau tak,susah faham)

Tapi,bukan ini yang saya mahu kongsikan sebenarnya.
Itu sekadar mukaddimah je.Sebelum program.

Ini adalah hari program tersebut berlangsung.9MEI2009.

Selepas subuh lagi,kami (orang2 yang terlibat) telah bersiap2.
Para media telah bersiap sedia dengan komputer,PA System dan kamera masing2.
Unit Keselamatan juga segak bergaya,berspek hitam,berdiri megah menanti kelibat VIP untuk di 'lindungkan'.
Kumpulan Usher juga tidak ketinggalan.
Segak ber'tie' dan tersenyum manis,menanti tetamu2 dan peserta2.

Saya,kumpulan usher yang pertama dari 4 kumpulan,telah ditempatkan di Menara Tun Husin Onn,menyambut tetamu yang rata2nya adalah peserta yang datang berkumpulan,menaiki bas dan lain2 kenderaan yang mampu memuatkan ramai orang.

Perak,Melaka,Terengganu,Selangor dan Kuala Lumpur adalah antara ribuan peserta yang kami sambut.
Semuanya berpakaian cantik2.
Cuma,ada beberapa golongan dari mereka yang mungkin kurang arif tentang pakaian yang sesuai untuk sebuah program yang diadakan di sebuah dewan sejuk dalam tempoh yang lama seperti ini.
Akan tetapi,mereka itu-lah yang menarik perhatian saya!
Tak perlu-lah kan saya nak tunjuk contoh pakaiannya..

Cumanya,saya secara tiba2 terfikir,jika program unik dan mantap serta berperancangan teliti seperti ini tidak diadakan,bagaimana mereka2 yang 'berpakaian-kurang sesuai',yang kurang berpengetahuan dan cetek pemahamannya tentang isu Palestin ini dapat meraih pengetahuan dan kefahaman?
Sedang selama ini,isu2 ini hanya dibincangkan di dalam masjid2,di kelas2 kuliyyah universiti.
Tentunya,hanya segelintir yang dapat mendengarnya.
Masjid,bukan semua daripada mereka datang.
Tambahan,masjid yang jauh,atau assignment yang menimbun dan lain2 alasan,menyebabkan mereka akan ke masjid cuma sehari dalam seminggu-solat jumaat.
Begitu juga kelas2 'agama' yang diadakan pada waktu malam.
Mereka lebih senang untuk duduk di bilik masing2,menatap buku,ulangkaji atau bersembang kosong dengan rakan2 dari menapak ke dewan kuliyyah,yang kehadirannya,tidak akan diambil kira untuk exam duniawi.

Mungkin atas dasar ini,pihak Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Aman Palestin merancang suatu program besar,dan berpengaruh untuk menarik minat golongan2 seperti ini.
Dan pada pengamatan saya,Alhamdulillah,mereka berjaya!
Bayangkan,hanya RM10,peserta mendapat makanan yang mencukupi sepanjang seminar,peralatan seminar dan duduk di sebuah dewan mewah,berhawa dingin dan kerusi yang selesa..!
Siapa yang tidak tertarik!
Strategi yang cukup unik untuk meraih peserta!
Bilangan pesertanya,hampir menyamai Perhimpunan Agung UMNO..
Seramai 3000 orang peserta,tak campur ratusan peserta di luar dewan yang tidak dapat mendaftar kerana tiada kekosongan.

Alhamdulillah!
Subhanallah!

Lebih mengujakan saya,
program ini,secara totalnya dikendalikan oleh para belia.
Kebanyakannya,masih bujang dan berumur bawah 40-an.
Lagi?
Kesemua arus perdana hadir membuat liputan.

Wal hamdulillah wallahu akbar.
Biarkan gambar-gambar yang bercerita. Sudi-sudilah melawat :



Tuntasnya,pendakwah zaman kini perlu kreatif untuk menarik mad'u2 nya kembali pada Islam dan al-Quran.
Isu Palestin,bukan hanya isu kemanusiaan.
Tapi,isu keagamaan.
Wallahu'alam.