Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Kisah Pemuda Yahudi
Alhamdulillah,kembali pada fitrah. Kita? Kembali-lah pada Islam yang Sebenar. Bukan Islam Sekular,Islam Liberal atau Sister in Islam. Wallahu'alam. Saya-kah yang housemate David? Oh tidak!Saya masih di Malaysia. Plus,saya berkulit cerah.=) Cerita ini dari INIJALANKU.wordpress
Di mana jua..Apa yang penting..Suatu ketika Abu Darda' menulis kepada Salman Al-Farisi ; "Marilah kembali ke bumi yang menyucikan ini (Madinah)" Maka Salman Al-Farisi membalas suratnya ; "Sesungguhnya bumi tidak pernah menyucikan sesiapapun, tetapi yang menyucikan seseorang hamba itu adalah amalannya" (Salman Al-Farisi telah dipersaudarakan dengan Abu Darda' oleh Rasulullah s.a.w di Madinah, dan Salman lebih faqih daripada Abu Darda' dalam banyak hal, di antaranya hal ini) - dipetik dari Al-Muntalaq (Abu Ammar), sumber asal Majmuk Fatawa Ibni Taimiyyah. UIAM? UiTM? UM? UPM? Al-Azhar? Bumi tidak menyucikan... kredit kepada schml.blogspot.com & mikrajovic.blogspot.com ....is back!Alhamdulillah.Subhanallah.Allahu Akbar
Kembalinya tokoh IslamSiapakah penggantinya..? Lubnan, 13 Jun - Ketua جبهة العمل الاسلامي yang juga mantan ahli parlimen Lubnan, Ustaz Dr Fathi Yakan diberitakan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya di sini hari ini. Ustaz Dr. Fathi Yakan yang lahir pada tahun 1933 di Kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang tokoh penting bagi gerakan Islam di dunia Islam dan telah mengasaskan gerakan Islam di Lubnan pada sekitar 50-an. Sepanjang hayatnya, beliau telah melahirkan sejumlah karya ulung,termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lain. Ustaz Dr. Fathi Yakan telah menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak Sunni di Tripoli.Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta dalam Muktamar Islam Antarabangsa. Beliau memainkan peranan besar di Lubnan bagi menyatukan dan menghindari perselisihan dalam kalangan rakyat Lubnan,terutama antara kekuatan golongan majoriti dan minoriti. Innalillahi Wainna Ilaihi Roji'un ************** Dari Allah kita 'datang',kepada Allah kita 'kembali' Setiap yang hidup,pasti akan merasai kematian. Dan berbekal-lah,maka sesungguhnya sebaik2 bekalan itu adalah Taqwa. *********************** Tunduk mengerti dan menyedari, Hidup ini tidak lama. Al-Fatihah buat Ustaz. Selamat tinggal dan selamat bertemu Rabb-mu yang abadi. Moga ditempatkan dalam kalangan mereka yang Soleh. Halalkan ilmu-mu padaku. Syukran 'ala Kulli Hal. Allah.Subhanallah.Astaghfirullah. Al-Fatihah juga buat ikhwah Mesir yang ditimpa musibah. Kemalangan. 1 Syahid. 2 Koma. lain? Duugaan...Di tempat baru. Suasana baru. Rakan baru dan tentunya ragam yg pelbagai. Masih lagi berusaha menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Biasa-lah! Cubaan dan dugaan silih berganti dari hari ke hari. Setiap hari,melihat ramai manusia yang perlu diperbaiki. InsyaAllah,1 hari nanti. Kini masih merancang kaedah dan intipati yang perlu diberi. Bayangkan,selama 18 tahun hidup senang tanpa 'masalah'. Di sini,teman katil bawah sendiri 'bermasalah'. Musibah..Dugaan.. Dulu,terfikir juga nak belajar hidup susah,bermusibah dan masalah. Sekarang,dah ada depan mata. Baru tahu! Betul-lah,Allah beri ujian untuk mematangkan kita. Hatta Rasulullah SAW sendiri tidak pernah lekang daripada dilanda pelbagai musibah. Kadang-kadang terfikir juga,apa yang membuatkan manusia sering sahaja ditimpa pelbagai musibah? Kadang2,rasa seolah-olah hanya diri kita sahaja yang banyak dilanda musibah.
Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah ada membicarakan mengenai perkara ini-musibah. Ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang itu dilanda musibah. Antaranya ialah: 1) Allah sayang kepada kita. 2) Allah mahu menyuci dosa kita disebabkan oleh dosa kita yang banyak. 3) Allah mahu menguji seteguh mana kekuatan iman kita. 4) Allah mahu mengangkat martabat kita. 5) Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Tetapi hamba-hambaNya yang menzalimi diri sendiri. 6) Setiap kebaikan bermula dengan musibah. 7) Untuk menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa. 8)Kita tidak mengenal diri sendiri. Perlu muhasabah diri tentang kesalahan yang telah kita lakukan. 9) Allah mahu beri yang lebih baik. 10) Sebab terlalu gopoh gapah dalam melakukan sesuatu perkara. Lebih kurang begitu-lah isi-isi yang Dato' berikan. Hmm..sekadar perkongsian. Agak2 rasa macam kena uji,cuba-lah gunakan tips ini : 1) Ingat,ini tanda Allah sayang kepada kita! 2) Mengambil wudhu’,minum air atau menghirup udara segar. 3) Muhasabah diri.Tanya diri,bagaimana musibah boleh menimpa diri kita yang mungkin disebabkan oleh dosa kita. 4) Berkongsi dengan sahabat yang setia. 5) Sentiasa senyum apabila menghadapi musibah. 6) Menunaikan solat taubat dan beristighfar. 7)Memperbanyakkan doa.Jangan sombong untuk berdoa kerana orang yang tidak berdoa boleh dianggap sombong dengan tuhan. 8) Sabar dan redha kerana Allah ingin mengangkat martabat dan darjat di sisi-NYA. 9) Menunaikan solat sunat hajat. 10) Cuba lihat kepada orang yang lebih hebat ditimpa musibah. 11) Selalu ziarah untuk eratkan silaturrahim. 12) Menyuci hati dan sentiasa minta nasihat. 13) Jangan lupa untuk membaca ‘innalillahi wa inna ilaihi raji’uun’ ketika ditimpa musibah. Cuma satu perkara yang pasti adalah setiap sesuatu perkara yang berlaku adalah ujian/placement test daripada Allah.
Ikhwahku,dengar-lah..
************* Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Untuk mendapatkan sesuatu yang baik,tentu-lah perlu dicagarkan dengan sesuatu yang baik juga. Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha.Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bukan dengan sms siang malam, atau bergayut di telefon memanjang, Atau keluar,belanja santapan. Bukan2 dan bukan.
Langgan:
Catatan (Atom)
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |