Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Kembalinya tokoh IslamSiapakah penggantinya..? Lubnan, 13 Jun - Ketua جبهة العمل الاسلامي yang juga mantan ahli parlimen Lubnan, Ustaz Dr Fathi Yakan diberitakan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya di sini hari ini. Ustaz Dr. Fathi Yakan yang lahir pada tahun 1933 di Kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang tokoh penting bagi gerakan Islam di dunia Islam dan telah mengasaskan gerakan Islam di Lubnan pada sekitar 50-an. Sepanjang hayatnya, beliau telah melahirkan sejumlah karya ulung,termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lain. Ustaz Dr. Fathi Yakan telah menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak Sunni di Tripoli.Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta dalam Muktamar Islam Antarabangsa. Beliau memainkan peranan besar di Lubnan bagi menyatukan dan menghindari perselisihan dalam kalangan rakyat Lubnan,terutama antara kekuatan golongan majoriti dan minoriti. Innalillahi Wainna Ilaihi Roji'un ************** Dari Allah kita 'datang',kepada Allah kita 'kembali' Setiap yang hidup,pasti akan merasai kematian. Dan berbekal-lah,maka sesungguhnya sebaik2 bekalan itu adalah Taqwa. *********************** Tunduk mengerti dan menyedari, Hidup ini tidak lama. Al-Fatihah buat Ustaz. Selamat tinggal dan selamat bertemu Rabb-mu yang abadi. Moga ditempatkan dalam kalangan mereka yang Soleh. Halalkan ilmu-mu padaku. Syukran 'ala Kulli Hal. Allah.Subhanallah.Astaghfirullah. Al-Fatihah juga buat ikhwah Mesir yang ditimpa musibah. Kemalangan. 1 Syahid. 2 Koma. lain? AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |