Duugaan...




Di tempat baru.
Suasana baru.
Rakan baru dan tentunya ragam yg pelbagai.
Masih lagi berusaha menyesuaikan diri dengan suasana di sini.
Biasa-lah!

Cubaan dan dugaan silih berganti dari hari ke hari.
Setiap hari,melihat ramai manusia yang perlu diperbaiki.
InsyaAllah,1 hari nanti.
Kini masih merancang kaedah dan intipati yang perlu diberi.

Bayangkan,selama 18 tahun hidup senang tanpa 'masalah'.
Di sini,teman katil bawah sendiri 'bermasalah'.
Musibah..Dugaan..

Dulu,terfikir juga nak belajar hidup susah,bermusibah dan masalah.
Sekarang,dah ada depan mata.
Baru tahu!

Betul-lah,Allah beri ujian untuk mematangkan kita.
Hatta Rasulullah SAW sendiri tidak pernah lekang daripada dilanda pelbagai musibah.
Kadang-kadang terfikir juga,apa yang membuatkan manusia sering sahaja ditimpa pelbagai musibah?
Kadang2,rasa seolah-olah hanya diri kita sahaja yang banyak dilanda musibah.
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar
gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa
musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami
milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)."


(Al-Baqarah: 155-156).

Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah ada membicarakan mengenai perkara ini-musibah.
Ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang itu dilanda musibah.
Antaranya ialah:

1) Allah sayang kepada kita.
2) Allah mahu menyuci dosa kita disebabkan oleh dosa kita yang banyak.
3) Allah mahu menguji seteguh mana kekuatan iman kita.
4) Allah mahu mengangkat martabat kita.
5) Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Tetapi hamba-hambaNya yang menzalimi diri sendiri.
6) Setiap kebaikan bermula dengan musibah.
7) Untuk menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa.
8)Kita tidak mengenal diri sendiri. Perlu muhasabah diri tentang kesalahan yang telah kita lakukan.
9) Allah mahu beri yang lebih baik.
10) Sebab terlalu gopoh gapah dalam melakukan sesuatu perkara.

Lebih kurang begitu-lah isi-isi yang Dato' berikan.
Hmm..sekadar perkongsian.
Agak2 rasa macam kena uji,cuba-lah gunakan tips ini :

1) Ingat,ini tanda Allah sayang kepada kita!
2) Mengambil wudhu’,minum air atau menghirup udara segar.
3) Muhasabah diri.Tanya diri,bagaimana musibah boleh menimpa diri kita yang mungkin disebabkan oleh dosa kita.
4) Berkongsi dengan sahabat yang setia.
5) Sentiasa senyum apabila menghadapi musibah.
6) Menunaikan solat taubat dan beristighfar.
7)Memperbanyakkan doa.Jangan sombong untuk berdoa kerana orang yang tidak berdoa boleh dianggap sombong dengan tuhan.
8) Sabar dan redha kerana Allah ingin mengangkat martabat dan darjat di sisi-NYA.
9) Menunaikan solat sunat hajat.
10) Cuba lihat kepada orang yang lebih hebat ditimpa musibah.
11) Selalu ziarah untuk eratkan silaturrahim.
12) Menyuci hati dan sentiasa minta nasihat.
13) Jangan lupa untuk membaca ‘innalillahi wa inna ilaihi raji’uun’ ketika ditimpa musibah.

Cuma satu perkara yang pasti adalah setiap sesuatu perkara yang berlaku adalah ujian/placement test daripada Allah.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya
dengan mengatakan “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui
orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-’Ankabut: 3-4). Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia. Allah
berfirman: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kemampuannya…"


(Al-Baqarah: 286)