Just an Exam Tip



Saya mahu bersenang-senang hari ini.Sambil berkongsi buah fikiran yang saya peroleh dari seorang teman,di perantauan ini tentunya.

Katanya,"Hari ini, penindas agama Islam semakin berani. Islam dicabar dan ditindas dari semua sudut. Saat sebahagian kita melihat bahawa Islam sedang membina kekuatan, mungkin tidak ramai yang benar-benar cakna, musuhnya juga semakin kuat menindas. "

Jauh di sudut hati saya,perlahan-lahan membenarkan kata-katanya.Namun,hanya sebilangan kecil umat Islam sahaja yang menyedarinya. Kelmarin,saya meneliti sinarharian.com.my, mengenai kes pembakaran 2 buah surau di Johor.Mungkin rentetan dari vandalisme kecil yang berlaku terhadap sebuah gereja di Johor,juga impak dari keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah 'Allah' untuk golongan bukan Islam.Apa yang pastinya,saya perhatikan golongan bukan Islam di Malaysia sudah mula berani membangkitkan rasa tidak puas hati mereka terhadap agama Islam.Benar-lah,dalam sebahagian daripada kita melihat bahawa Islam sedang membina kekuatan,musuh Islam juga turut sama membina kekuatan.

Jazakallah buat sahabat saya yang cuba merumus-rumus masalah ini melalui Qawaid Fiqhiyyah (Kaedah-Kaedah Fiqh).Rumusan beliau berbunyi begini :

Kaedah : Apa yang diperlukan oleh sesuatu yang wajib untuk terlaksana, maka ia juga dikira wajib.
Masalah : Umat Islam ditindas dan agama kita yang tercinta ini dipijak dan diletak di bawah, dan kesannya juga berserakan ke seluruh penjuru dunia, baik ke atas muslimin atau pun yang bukan. Dunia menyaksikan berbagai-bagai malapetaka dan bahaya,samada yang hakiki,mahupun maknawi,melanda ke atas seluruh penghuninya.
Kewajipan : Meletakkan kembali Islam di tempatnya, membina kembali maruah dan izzah umat Islam, sehingga manusia dan dunia seluruhnya kembali merasai rahmat tunduk di bawah peraturan Allah, dan terselamat dari segala bahaya dan kesan buruk meninggalkan syariah.
Keperluan : Satu ruh baru bagi ummat ini, yang terdiri dari kalangan mukmin yang sempurna ciri Islam dan Imannya, yang mempunyai kefahaman mendalam bagaimana Islam mampu ditegakkan kembali, dan mempunyai kemahiran serta penguasaan yang tinggi dan cukup dalam setiap lapangan yang akan disentuh oleh keajaiban Islam dan syariahnya.

Jika kewajipan itu ialah wajib, maka keperluan untuk melaksanakannya juga ialah wajib.

Entah bagaimana,membaca rumusannya itu memberi kesan dan menimbulkan sesuatu perasaan yang cukup berat pada saya.Bagaimanakah rasanya bila secara tiba-tiba,sebuah batu yang besar diletakkan di atas badan kita,untuk dipikul hingga ke suatu destinasi yang jauh dan merentasi laluan yang sangat sukar?

Dengan penuh kejujuran dan kehambaan,saya tiba-tiba rasa sangat bersalah,berdosa.Saya kebimbangan.Tentunya kerana kelalaian saya yang lalu.Laungan dan buah mulut rakan-rakan yang ingin cemerlang dibidang masing2,kini baru saya fahami sebaiknya.

Sememangnya,cemerlang itu bukan suatu pilihan,akan tetapi sebuah kewajipan untuk yang memahami.Moga sisa-sisa masa yang berbaki ini,dapat saya manfaatkan sebaiknya.

Lupakan saya yang lalu,saya adalah Syed Anas yang baru.
Hijrah itu perlu,pada bila2 masa walaupun diluar kebiasaan masa manusia kebanyakan berhijrah.
berbintang-bintang kredit buat Syed Ahmad Israa'