Siapa kejam?

Tenang sahaja mereka pada hari itu.Bersenang2 sambil menikmati hidangan roti panas bercicahkan kopi o' pekat.Sambil2 menjamu,mereka mula mengimbau saat pada mula2 mereka bersahabat.


Dahulunya,masing2 bersendirian.Tidak punya keluarga,isteri mahupun anak2.Kecuali seorang daripada mereka,yang ceritanya agak panjang lebar untuk diceritakan.Sehinggalah takdir tuhan mempertemukan dua orang daripada mereka ketika sedang secara kebetulan mahu menyamun mangsa yang sama.Tertimbullah bibit2 persahabatan mereka pada hari itu.Menyamun sama2,merompak sama2.Semuanya bersama.


Dan dari jauh,tanpa disedari sahabat yang ketiga ini tertarik dengan aktiviti mereka dan berminat untuk bersahabat baik dengan mereka.Tambahan,dirinya akan selamat dari disamun dan dia akan menikmati kekayaan yang melimpah ruah.Setelah ditemu duga,akhirnya mereka bertiga mencapai kata sepakat untuk bersahabat.Susah senang bersama.


Dan kini,ketiga2 daripada mereka terkenal dengan sikap bengis,biadap dan kejahatan2 yang telah mereka lakukan.Orang2 disekeliling tidak mampu berbuat apa2 lantaran takut dengan kejahatan mereka yang maha dahsyat.


Sambil menambah kopi panas ke cawan,sahabat yang pertama daripada mereka bertanya."Siapa antara kita yang paling jahat dan kejam?".Lantas sahabat yang kedua menjawab,"aku-lah"."Buktikan",arah si penyoal.Sahabat yang kedua itu terus ke rumah yang berdekatan dan menyamun harta2 mereka.Kemudian dia kembali,membawa barang2 rompakannya sambil berkata,"Akulah yang paling jahat dan kejam!"


Rasa tercabar,sahabat yang pertama (yang menyoal) terus bangun dan meluru ke arah rumah yang sama.Dia merampas semua harta2 mereka yang tinggal,dia bunuh semua kaum lelaki yang ada,merogol wanita dan membunuh mereka dan membunuh anak2 mereka sehingga tidak ada seorang pun yang hidup di rumah itu.Sambil tangan dan pakaian yang berlumuran darah,dia berteriak,"akulah yang terkejam dan terjahat di bumi ini..!!"..


Tiba2,sahabat ketiga bangkit perlahan2 dan berkata,"tidak!Bahkan akulah yang paling zalim,kejam dan jahat di dunia.."..Sahabatnya yang lain kehairanan."Mengapa pula,wahai sahabatku?",soal sahabat yang pertama.
"Aku paling jahat.Aku paling kejam.Kerana rumah yang kamu berdua samun itu adalah rumah aku.Lelaki yang kamu bunuh itu adalah ayah dan adik beradik lelakiku,dan wanita yang kamu cabuli dan bunuh itu adalah ibu dan adik beradik perempuanku.Tiada yang lebih kejam di dunia ini melainkan aku kerana membiarkan mereka,kaum kerabatku terseksa dan menderita sedangkan aku mampu menegahnya,sedangkan aku mampu membantunya.."





Begitukan kita?
Jangan lupa membantu keluarga kita di Palestin.
Sekurang2nya,berdoa setiap kali selepas sembahyang.
Doakan sekali untuk Malaysia ye..