Kita dan Perubahan.



“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga   mereka mengubah nasib mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11)


Ketikamana Allah SWT menurunkan al-Quran kepada Rasulullah SAW, lalu baginda membacakannya kepada kaum Arab pada waktu itu, al-Quran memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap jiwa mereka dan menguasai sepenuh hati mereka, dengan itu Allah mengubah diri mereka menjadi peribadi-peribadi yang sangat berbeza keadaan mereka selepas memeluk Islam jika dibandingkan dengan keadaan mereka semasa jahiliyah.

رمضان كريييييم !

Ramadhan Kareem

Ahlan Ya Ramadhan.

Kullu 3am wa antum Ilallahi Atqa'
Kullu 3am wa antum Ilallahi Aqrab
Kullu 3am wa antum Tayyibiin.

Hanya tinggal sehasta




Aku tahu
Ramadhan tinggal sehasta
Indah gerbangnya 
Seperti melengkung cakerawala
terlingkar mawar, wangi kasturi
Dan salsabila setiap mengkungnya.




Mohon doa

Jadual peperiksaan saya dan rakan-rakan.
Peperiksaan Akhir Tahun Dua Perubatan,
Universiti Al-Azhar Kaherah.

Mohon doa dari semua.
Kemudahan.Kejayaan.
Dunia dan Akhirat tentunya.

اللهم آمين
Jazakumullahu Khairan Kathira

اخشوشنوا..Bersusah-susahlah..

Mahu menjadikan tubuh badan itu sasa,memerlukan seseorang itu untuk kerap melatih otot-ototnya terhadap aktiviti-aktiviti yang berat dan menyusahkan.Kekerapan untuk memberikan kesusahan kepada otot,akhirnya akan menjadikan otot tersebut mampu menghadapi kesusahan-kesusahan yang diletakkan ke atasnya.
Perkara ini makruf (diketahui) oleh mereka yang membina badan ^_^


Musyrikin Pasti Membenci ini.


Rakyat Malaysia, terutama umat Islam yang hidup dengan panduan Al-Quran adalah diseru untuk membantah keras penganjuran Konsert MTV di i-City, Shah Alam pada bulan Julai ini. Ini adalah kerana konsert tersebut seperti konsert-konsert ala Barat yang lain mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran dan syariat Islam seperti pendedahan aurat, percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, kata-kata yang tidak selari dengan disiplin Syarak serta meleka dan melalaikan umat Islam dari agenda-agenda utama yang mesti mereka tangani seperti menunjukkan teladan yang ulung kepada umat dan bangsa lain serta menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk rantau dan dunia.

Selamat Hari Guru.










16 Mei 2011.
Selamat Hari Guru buat semua guru.

Debu Yang Berterbangan


Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka tadabbur ayat-ayatnya dan supaya mereka mendapat pelajaran (atau memberi peringatan) kepada orang-orang yang mempunyai akal fikiran (ulul albab).




#islahdiri



Bismillahirrahmanirrahim.
Kutujukan bingkisanku ini buat mereka yang bergelar dan berusaha untuk menjadi pendokong serta penggerak Islam,walau di mana kalian berada.
Moga Allah memberkati usaha kalian.


Bangkitlah menuju Perubahan!

“Rancang apa untuk cuti mengejut ni?” tanya saya pada seorang rakan sebagai pembuka bicara ketika kami bertemu di Madinatul Hujjaj,Jeddah ketika proses evakuasi para pelajar Mesir sedang berjalan.
“Tak tahu-lah. Tolong family,hantar adik sekolah,main games, tengok movies.Mungkin nak cari kerja,kumpul duit nak balik Mesir nanti.”
“Oh,baguslah ada perancangan untuk cari kerja,kumpul duit.Tapi,movie dan game tu.....Kalau ada program nanti, datanglah ye.” komen saya.
“Boleh insyaAllah. Bagitau-lah nanti ye. Kalau free saya datang.” jawabnya sambil tersenyum.