رمضان كريييييم !

Ramadhan Kareem

Ahlan Ya Ramadhan.

Kullu 3am wa antum Ilallahi Atqa'
Kullu 3am wa antum Ilallahi Aqrab
Kullu 3am wa antum Tayyibiin.

-----********-----


"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan. Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat kamu berlumba-lumba pada bulan ini dan membanggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka tunjukkanlah kepada Allah perkara-perkara yang baik dari kamu kerana orang yang sengsara (celaka) adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini.”


Rasul S.A.W bersabda:sesungguhnya bagi org berpuasa itu ketika dia berbuka doanya tidak akan ditolak

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. 
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Puasa dan Quran merupakan dua syafaat buat seorang hamba di akhirat kelak. (HR Ahmad)

“Apabila masuk bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu syaitan-syaitan” 
(HR Bukhari)

‎"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak." 
(HR Bukhari,Muslim)

-----*****-----

Hanya sebahagian kecil dari hadis-hadis nabi tentang amalan,kelebihan dan ganjaran yang disediakan khusus untuk bulan Ramadhan.
Hanya tinggal kita untuk mengamalkannya.

Beribadahlah,seolah-olah tiada lagi hari esok untuk kita.
Selamat beramal ! ^_^